Followers

Monday, October 1, 2012

Kini Baru Ku Sedar...


Hari minggu...aktiviti yang sesuai untuk bercucuk tanam...lalu kereta dipandu menuju nurseri yang berhampiran dengan rumah bonda...setelah selesai membuat pilihan...seorang remaja yang juga merupakan pekerja 'part time' memasukkan barang-barang dibeli ke dalam kereta...

Remaja: Nanti saya masukkan ye pakcik...

Aku : (Dalam hati : Pakcik dipanggilnya aku...huhuhu!) Kamu ni anak siapa ye?

Remaja : Anak Z...cucu A..duduk kat Jalan D.

Aku : Oooo...ayah kamu tu dulu masa sekolah rendah satu kelas...kirim salam kat dia ye....terima kasih...PAKCIK balik dulu....




Sunday, September 23, 2012

Aku Pasti Datang...

Ini undangan makan-makan Kak Salbiah (PK KoKu) kali ketiga...2 undangan terdahulu tak dapat ditunaikan...sebabnya...'ada aral melintang'.

Kali ni teman dah nekad...nak datang juga...sebabnya member kata rumah Kak Sal ni besar dan cantik...perkarangan luas dan udah rupa macam kat R&R Bukit Gantang...banyak tempat untuk bersantai...bab makan usah cerita la...makan sampai kenyang pun makanan tak habis-habis...

Kak Salbiah sedang melayan tetamu...
Rumah besar dan cantik...perkarangan luas...
Kenyang perut...suka hati...

Cendol sudah mari...

DUN: Moga Kak Sal sekeluarga terus dilimpahi rezeki yang berpanjangan...

Friday, September 21, 2012

Ku Pinangmu Dengan Bismillah...

Ingat bila dah keluar dari PKG, teman ni dah tiada siapa yang pandang. Bermula dengan nak tolong member lama...teman terima juga 'pinangan' untuk mengendalikan satu bengkel biarpun dalam keadaan 'ketaq'. Itupun sebenarnya hanya perkongsian pengalaman sebab teman bukannya arif dalam bab yang diperlukan. 2 hari bagaikan 2 tahun lamanya...akhirnya bengkel tersebut dilaksanakan seperti yang dirancang...itupun sebab sahabat a.k.a orang kuat Firdaus ada...dan selepas itu kami bersepakat untuk 'tutup operasi'...





Tiba-tiba dalam minggu ni, 'pinangan' datang lagi...khabarnya dari Sungkai...

Tuesday, August 30, 2011

Satu Hari Di Hari Raya...

Syawal datang lagi dan untuk tahun ini kami telah bersetuju untuk memilih warna biru sebagai tema...dan kali ini giliran raya pertama di rumah Bonda. Satu hari di rumah Bonda dan esok akan berangkat ke rumah mertua untuk menyambung raya di sana sehingga 'habis' cuti...


DUN : Entah berapa kali 'take' tapi tak semua yang pandang kamera...nak buat macam mana kan?

Thursday, March 10, 2011

Mengusung Rindu...


Makin lama aku biarkan 'rumah' ini sepi...makin aku rindu...lebih2 lagi terhadap rakan2 yang pernah menyapa dan sering menjadi tetamu istimewa dalam ruang komen...dan kerana rindu yang makin dalam, akhirnya aku kembali untuk bersama2 dengan kalian...

DUN: Sudi-sudikan lah...

Tuesday, November 30, 2010

Di Penghujung Rindu...

Esok Disember mula menjengah...bermakna kurang lebih sebulan sahaja lagi persekolahan 2011 akan menghampar laluan ...

Bagi murid-murid yang bercuti pastinya percutian sekolah diisi dengan pelbagai 'acara' dan terselit juga rasa rindu mereka pada sekolah...dan juga pada guru?



Adalah sesuatu yang normal sebenarnya apabila mereka berperasaan sedemikian cuma zaman ini mereka boleh luahkan melalui teknologi sedia ada...dan sebenarnya kita masih boleh mendidik mereka melalui rindu yang tertulis...

DUN: Rindu pada yang sudi...

Sunday, November 21, 2010

Bukan Ku Tak Sudi...

Eid ul Adha kali ini memberi kesempatan sekali lagi untuk aku membawa anak-anak menziarahi pusara ayah yang telah meninggalkan ibu dan kami adik beradik pada 22 Mei 1984.

Dan kini aku menumpang kasih ayah mertua ...walau berjauhan kasih sayang ayah tetap sama...sungguhpun begitu ayah tidak pernah menelefon apatah lagi menghantar sms....namun pagi ini aku 'dikejutkan' dengan kiriman sms daripada seseorang yang mengaku sebagai ayah...
Dikirim menggunakan no. 62852464807##, sms ditulis sebegini:

Ini ayah Tlong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah 012827104# ayah lgi ada msalah kat balai Police. Ta payah call ayah sekejap ayah call.penting

Persoalannya, ayah kandung dah lama tiada...ayah mertua memang tidak pernah menghantar sms sebelum ini lebih-lebih lagi menggunakan ayat-ayat yang agak meragukan...

DUN: Selalu baca amaran pihak polis di mesin pengeluaran wang tentang penipuan sms, malangnya masih ramai yang terpedaya...

Sunday, November 14, 2010

Syurga Di Telapak Kaki Ibu...


Semalam aku terima kiriman sms daripada seorang rakan lama yang juga ibu kepada seorang anak gadis tunggal berusia 13 tahun...

Si ibu menceritakan bahawa si anak yang ditatang penuh kasih sayang dan diberi pendidikan terbaik sehingga berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun lepas mula semakin 'pandai'...pandai 'merencana' kehidupan sendiri dan mula 'pandai' menghabiskan masa di luar bersama rakan-rakan.

Larangan si ibu sudah tidak dipedulikan apatah lagi setelah mendapat 'lesen besar' daripada si ayah. Lebih terluka hati si ibu apabila terbaca catatan si anak dalam diarinya yang semakin tidak selesa dengan 'kongkongan' si ibu dan merasakan si ayah lebih memahami jiwa remajanya...

DUN: Hanya mampu menasihatkan si ibu agar terus wujudkan komunikasi yang berkesan kerana sesal dahulu pendapatan...

Friday, September 24, 2010

Dedebu Cinta : Misteri kehilangan remaja kembar dan rakan dari Kampar...

Syawal sepatutnya menjadi bulan yang menggembirakan namun ada juga mampu membuatkan orang menangis...

Bagi semua kejadian yang di luar kehendak manusia...itu adalah takdir tetapi bagi kes-kes yang kita istilahkan sebagai 'cari penyakit' ianya sangat-sangat dikesalkan...

Terpanggil untuk menulis n3 sebegini apabila mengenangkan hancur luluhnya hati 2 ibu di Kampar tatkala 'kehilangan' anak-anak gadis mereka di pagi Syawal. Lebih memilukan, anak-anak gadis yang masih muda remaja ini sengaja menghilangkan diri dan lebih rela bersama rakan lelaki seperti yang dilaporkan di sini...

Dan kita juga telah muak disogokkan dengan berita yang melibatkan kejadian rogol oleh 'teman lelaki' sama ada yang baru kenal satu jam mahupun yang telah kenal lama...

Cawat besi

DUN
: Dunia makin canggih, moral makin tergadai!!!

Wednesday, September 15, 2010

Satu Hari Di Hari Raya...


Anak lelaki kedua aku Syakir yang kini berusia 3 tahun semakin 'riuh' mulutnya. Dan ketika menyambut 1 Syawal di rumah atuk opah sebelah ibu...berlaku beberapa dialog yang membuatkan aku sehingga kini tersenyum sendirian...

#1.
Aku : Syakir makan apa?

Syakir : Makan ayam masak merah tapi ayam dia warna kuning.

Rendang ayam le tu...memang anak-anak aku sangat menggemari ayam masak merah...


#2.

Aku : Syakir, mana Abang Ngah?

Syakir : Abang Ngah kat dapur. Abang Ngah tak puasa ayah, dia korek hidung!

Ni gara-gara Abang Ngah dan Kak Long sering saling ingat mengingatkan antara satu sama lain sepanjang bulan Ramadan yang lalu.

DUN : Pengalaman adalah guru yang sejati...

Tuesday, September 7, 2010

Biru Mata Hitamku...

Masjid Al-Hidayah, Behrang 2020 yang serba biru tatkala menyambut kedatangan Ramadan tempohari...

Kad hari raya berlatarbelakangkan 'Masjid Biru' (bukan pink ye!') khas untuk semua rakan-rakan blogger...

DUN: Kepada semua rakan-rakan blogger...Maaf Zahir & Batin...

Saturday, August 28, 2010

Umpama Mimpi Dalam Mimpi...

Selasa lepas usai tugas 'wajib' disempurnakan...aku bersiaran secara atas talian sambil mengemaskini blog sekolah - antara 'tugas khas' aku yang kadangkala menjadi bahan gurauan rakan-rakan yang sengaja kononnya tidak berpuas hati dengan kesempatan masa yang aku perolehi...

Dan kebiasaannya ketika itu juga aku turut mengaktifkan sama fb dan ketika itulah aku menerima satu sapaan melalui 'chat box' yang tertera nama Baggio Daharun atau lebih dikenali sebagai Baggio Damasutra...ye betulllll...penyanyi Kumpulan Damasutra tu...


Masih terkejut dengan sapaannya...ada antara rakan-rakan yang membuat spekulasi masing-masing sama ada Baggio punya rencana untuk mempelawa aku berduet dalam album terbarunya atau ???

DUN: Apapun Baggio sempat meninggalkan nombor telefonnya untuk dihubungi...

Saturday, August 7, 2010

Alahai Anak Omak...

Ahad minggu lalu tertunai sudah hajat Bonda untuk membuat Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat sempena kedatangan Ramadhan dan mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Maha Pencipta. Kesempatan itu juga, Bonda dapat berjumpa rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu lantaran faktor usia dan kesihatan yang sedikit menjejaskan pergerakan Bonda untuk aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Juga, pastinya anak-anak Bonda yang sejak awal telah menetapkan bahawa tarikh tersebut merupakan tarikh 'wajib' pulang ke kampung...

Lazimnya, 'kenduri' merupakan majlis yang agak sibuk. Usai majlis utama, tetamu dijemput menikmati makan tengah hari. Dalam kesibukan melayan tetamu, perhatian dialihkan dan anak-anak 'terlepas' daripada pemerhatian aku seketika.

Maka sedikit kecoh apabila Kak Chik @ Malihah hilang dari kumpulan rakan sepermainan. Kalut, risau dan resah silih berganti. Memang aku bimbang sehinggalah akhirnya...

|

|

|

|

|

|

Kak Chik ditemui dicelah-celah tetamu yang hadir sedang menjamu selera...

DUN: Awasi anak anda...!

Saturday, July 3, 2010

Sejujur Mana Kata-Kata...

Jumaat datang lagi dan seperti biasa aku berbaju Melayu...dan sebaik memasuki kelas Tahun 1, aku disapa oleh anak-anak ini yang bicaranya pasti bukan ikut skrip...hahahaha!

"Cikgu kalau hari Jumaat je hensem gilerrr!"

Erk? Hari Jumaat je? Sama ada yang dimaksudkan ialah pakaian berbaju Melayu tu...atau memang setiap pagi Jumaat wajah aku 'berseri-seri'...aku pun tak pasti...yang pasti aku bukan la nak lawan mamat berbaju melayu pink tu...

sekadar gambar hiasan

DUN: Tema baju raya aku sekeluarga pada tahun ini hijau macam model di atas cuma warna hijaunya lebih gelap sedikit...

Friday, June 18, 2010

Siapa Sangka Siapa Menduga...

Seawal jam 6.30 pagi Rabu yang lalu, aku menerima sms berbunyi "tunggu aku kat rumah mak ko...aku nak bagi kek"...

Seperti yang dijanjikan...si Pengusaha Kek ni bersusah payah mengendong 3 beg...erkkk...3 LAGI...yang berisi 3 jenis kek dan yang sewaktu dengannya...(khas dari MELAKA!)

Alhamdulillah...alangkah indahnya dunia jika hidup dipenuhi bunga-bunga kasih sayang antara keluarga, sahabat dan masyarakat...

DUN: Semuanya sedap-sedap belaka...terima kasih sahabat! Semoga dimurahkan rezeki dan berbahagia di dunia dan di akhirat...

Thursday, June 10, 2010

Kerana Kau...

Tag daripada CP...

Baru je nak 'menikmati' cuti sekolah...tiba-tiba disapa dengan satu tag daripada CP yang memang sengaja 'jeles' kat aku sebab dia tak dapat cuti panjang macam ni...

(a) Copy gambo kat atas tu : mula-mula dah copy...lepas tu tak tahu nak buat apa...jadi aku PASTE kat sini...boleh?

(b) Tulis 23 fakta rawak wak wak ( rendom dem dom ) tentang diri awak (tak kisah lerr bende tuu fakta kerr angan angan kerr cita cita kerr imaginasi ker or wat so ever la... )

1. Dilahirkan pada 3 hb...
2. Alamat rumah bonda : No. 3 Jalan M
3. Mempunyai 3 orang abang
4. Mempunyai 3 orang kakak
5. Mengenali Cik Ayang selama 3 bulan sebelum bersetuju untuk mengikat tali pertunangan
6. Hari pernikahan merupakan hari ke 3 bersua muka dengan Cik Ayang : Pertama -
semasa mula kenal, Kedua - semasa bertunang dan ke 3 - semasa nikah.
7. Mempunyai 3 orang adik ipar
8. Mempunyai 3 orang anak perempuan setakat ini daripada 5 orang anak
9. Kereta yang digunakan sekarang adalah kereta yang ke 3
10. Rumah yang didiami sekarang merupakan rumah yang ke 3 selepas berkahwin
(Kg. Manggis/Kuarters Poliklinik/Behrang 2020)
11. Mempunyai 3 rumah jiran sebelah kiri
12. Merupakan ahli ke 3 termuda ketika menyertai 'keluarga' BTPN Perak (2004)
13. Orang ke 3 bertanggungjawab menguruskan PKG Tanjong Malim sejak ia ditubuhkan
14. Juga orang ke 3 bertanggungjawab menguruskan PKG Gopeng (2009-2010)
15. Telah berkhidmat di 3 buah PKG sebelum kembali ke sekolah
16. Semasa di PKG Tanjong Malim...hanya ada 3 orang staf secara keseluruhannya...
17. Pekerjaan ke 3 sebelum masuk maktab (MPRM) ialah di Stesen Petronas Kepong
18. Pernah memenangi tempat ke 3 dalam acara 400 meter anjuran Kelab Olahraga MPRM
19. 3 jenis haiwan perliharaan yang pernah dibela : ayam, kucing dan ikan hiasan
20. 3 panggilan yang bermula dengan huruf A iaitu : Abang, Ayah dan Acu...
21. Menunggu peluang untuk dapat APC ke 3...hahahahaha...
22. Suka nombor 3...
23. 3 kali baca n3 ni sebelum publish...

DUN : Siap gak akhirnya...lopeh ni ekau tag orang lain pulo yo...pakcik dah ponek...pakcik tak kocik atinyo...

Monday, May 24, 2010

Aku Yang Kau Panggil Sayang...

Kemeriahan Hari Guru tidak berakhir pada 16 Mei atau 17 Mei sahaja sebaliknya berlarutan seminggu lamanya dan dalam tempoh tersebut aku masih menerima beberapa hadiah dari anak-anak Tahun 1 ini...

Bukan nilai atau harga yang jadi ukuran tetapi rasa dihargai oleh anak-anak ini membuatkan aku lagi terpanggil untuk mendidik semampu yang boleh tetapi bukan bermakna yang tidak menghadiahkan aku apa-apa akan dipinggirkan...bagi aku mereka adalah sama!

Namun, seawal pagi Rabu aku dihadiahkan sesuatu di dalam sebuah kotak yang tidak berbalut. Teruja untuk melihat apa isinya, aku lantas membuka dan...jeng...jeng...jeng...

|

|

|

|

|

|

Seutas tangan berjenama POLO CLUB!

Keterujaan aku bertukar menjadi bimbang...lantas aku belek belakang jam tersebut dan tertera 'Bank $$$$$ - 25 th Anniversary'...alahai anak...

DUN: Aku perlu bersemuka dengan kedua ibu bapa murid ini...

Friday, May 21, 2010

Percayalah...

Pengumuman....pengumuman....

Kepada Pn. Linda, Cik Juliet, Cik KTS, Pn. Catwoman, KakNgah, Cikgu ckLah, iina, Cikgu Sonata dan yang sewaktu dengannya...mohon sediakan 'apa-apa' yang patut...sebab aku tidak bertanggungjawab dengan apa yang bakal berlaku selepas ini...

Diumumkan 'Artis' Solo Terbaik bagi persembahan Hari Guru SKTM 2010 disandang oleh DUN Behrang 2020! Biar betullllll??? Lihatlah duniaaaaaaaaaa....


Dan setelah menonton semula rakaman yang dibuat, aku mengambil keputusan untuk bersara seketika secara serta merta dalam bidang seni ini...kata orang elok 'bersara' ketika nama tengah memuncak, hahahahahaha!

DUN: Aku tak salahkan korang andai tak percaya kerana aku pun sebenarnya masih tidak percaya...

Monday, May 17, 2010

Lagu Jiwa Lagu Cinta...

Bersaksikan murid-murid dan warga sekolah...akhirnya dendamku terlerai sudah...

DUN: Cik Ayang dan anak-anak tak payah jadi juri dah lepas ni...

Sunday, May 16, 2010

Terlalu Istimewa..

Umum mengetahui 16 MEI merupakan hari guru...dan buat sekian lama akhirnya hari ni aku menerima ucapan sms bertalu-talu daripada nombor-nombor yang aku kenali juga nombor-nombor yang aku tak pasti...apapun terima kasih atas ucapan itu...juga kiriman ucapan melalui FB!


Esok, seawal pagi sambutan di peringkat sekolah...bermula dengan aku 'dipilih' sebagai salah seorang pembaca perutusan...diikuti acara sukaneka dan kemuncaknya persembahan guru...

Sebagai Ketua Persembahan Guru, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pentadbir dan guru-guru kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada aku yang masih 'baru'...walau pada peringkat awal khabarnya ada yang menentang di belakang, hairannya aku mendapat maklum balas yang di luar jangkaan...dan semua cadangan tidak mendapat sebarang bantahan...

Dan kerana aku berjaya 'memaksa' kumpulan-kumpulan guru membuat persembahan, sudah pasti aku 'terpaksa' menjadi lebih over...dan buat pertama kalinya esok aku sanggup membuat persembahan solo di hadapan pentadbir, guru-guru dan murid-murid...dan atas 'permintaan', aku bakal men'sumbang'kan lagu Yank/Yang (Wali Band)...hahahaha...jangan ada yang rakam pastu masuk youtube...

Dan ketika ini juga aku sedang giat berlatih disaksikan oleh Cik Ayang dan anak-anak...

DUN: Kini baru kurasai semula kemanisannya bagai....sila sambung ikut kreativiti kalian...