Followers

Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Friday, September 21, 2012

Ku Pinangmu Dengan Bismillah...

Ingat bila dah keluar dari PKG, teman ni dah tiada siapa yang pandang. Bermula dengan nak tolong member lama...teman terima juga 'pinangan' untuk mengendalikan satu bengkel biarpun dalam keadaan 'ketaq'. Itupun sebenarnya hanya perkongsian pengalaman sebab teman bukannya arif dalam bab yang diperlukan. 2 hari bagaikan 2 tahun lamanya...akhirnya bengkel tersebut dilaksanakan seperti yang dirancang...itupun sebab sahabat a.k.a orang kuat Firdaus ada...dan selepas itu kami bersepakat untuk 'tutup operasi'...





Tiba-tiba dalam minggu ni, 'pinangan' datang lagi...khabarnya dari Sungkai...

Tuesday, November 30, 2010

Di Penghujung Rindu...

Esok Disember mula menjengah...bermakna kurang lebih sebulan sahaja lagi persekolahan 2011 akan menghampar laluan ...

Bagi murid-murid yang bercuti pastinya percutian sekolah diisi dengan pelbagai 'acara' dan terselit juga rasa rindu mereka pada sekolah...dan juga pada guru?



Adalah sesuatu yang normal sebenarnya apabila mereka berperasaan sedemikian cuma zaman ini mereka boleh luahkan melalui teknologi sedia ada...dan sebenarnya kita masih boleh mendidik mereka melalui rindu yang tertulis...

DUN: Rindu pada yang sudi...

Saturday, July 3, 2010

Sejujur Mana Kata-Kata...

Jumaat datang lagi dan seperti biasa aku berbaju Melayu...dan sebaik memasuki kelas Tahun 1, aku disapa oleh anak-anak ini yang bicaranya pasti bukan ikut skrip...hahahaha!

"Cikgu kalau hari Jumaat je hensem gilerrr!"

Erk? Hari Jumaat je? Sama ada yang dimaksudkan ialah pakaian berbaju Melayu tu...atau memang setiap pagi Jumaat wajah aku 'berseri-seri'...aku pun tak pasti...yang pasti aku bukan la nak lawan mamat berbaju melayu pink tu...

sekadar gambar hiasan

DUN: Tema baju raya aku sekeluarga pada tahun ini hijau macam model di atas cuma warna hijaunya lebih gelap sedikit...

Monday, May 24, 2010

Aku Yang Kau Panggil Sayang...

Kemeriahan Hari Guru tidak berakhir pada 16 Mei atau 17 Mei sahaja sebaliknya berlarutan seminggu lamanya dan dalam tempoh tersebut aku masih menerima beberapa hadiah dari anak-anak Tahun 1 ini...

Bukan nilai atau harga yang jadi ukuran tetapi rasa dihargai oleh anak-anak ini membuatkan aku lagi terpanggil untuk mendidik semampu yang boleh tetapi bukan bermakna yang tidak menghadiahkan aku apa-apa akan dipinggirkan...bagi aku mereka adalah sama!

Namun, seawal pagi Rabu aku dihadiahkan sesuatu di dalam sebuah kotak yang tidak berbalut. Teruja untuk melihat apa isinya, aku lantas membuka dan...jeng...jeng...jeng...

|

|

|

|

|

|

Seutas tangan berjenama POLO CLUB!

Keterujaan aku bertukar menjadi bimbang...lantas aku belek belakang jam tersebut dan tertera 'Bank $$$$$ - 25 th Anniversary'...alahai anak...

DUN: Aku perlu bersemuka dengan kedua ibu bapa murid ini...

Friday, May 21, 2010

Percayalah...

Pengumuman....pengumuman....

Kepada Pn. Linda, Cik Juliet, Cik KTS, Pn. Catwoman, KakNgah, Cikgu ckLah, iina, Cikgu Sonata dan yang sewaktu dengannya...mohon sediakan 'apa-apa' yang patut...sebab aku tidak bertanggungjawab dengan apa yang bakal berlaku selepas ini...

Diumumkan 'Artis' Solo Terbaik bagi persembahan Hari Guru SKTM 2010 disandang oleh DUN Behrang 2020! Biar betullllll??? Lihatlah duniaaaaaaaaaa....


Dan setelah menonton semula rakaman yang dibuat, aku mengambil keputusan untuk bersara seketika secara serta merta dalam bidang seni ini...kata orang elok 'bersara' ketika nama tengah memuncak, hahahahahaha!

DUN: Aku tak salahkan korang andai tak percaya kerana aku pun sebenarnya masih tidak percaya...

Monday, May 17, 2010

Lagu Jiwa Lagu Cinta...

Bersaksikan murid-murid dan warga sekolah...akhirnya dendamku terlerai sudah...

DUN: Cik Ayang dan anak-anak tak payah jadi juri dah lepas ni...

Sunday, May 16, 2010

Terlalu Istimewa..

Umum mengetahui 16 MEI merupakan hari guru...dan buat sekian lama akhirnya hari ni aku menerima ucapan sms bertalu-talu daripada nombor-nombor yang aku kenali juga nombor-nombor yang aku tak pasti...apapun terima kasih atas ucapan itu...juga kiriman ucapan melalui FB!


Esok, seawal pagi sambutan di peringkat sekolah...bermula dengan aku 'dipilih' sebagai salah seorang pembaca perutusan...diikuti acara sukaneka dan kemuncaknya persembahan guru...

Sebagai Ketua Persembahan Guru, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pentadbir dan guru-guru kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada aku yang masih 'baru'...walau pada peringkat awal khabarnya ada yang menentang di belakang, hairannya aku mendapat maklum balas yang di luar jangkaan...dan semua cadangan tidak mendapat sebarang bantahan...

Dan kerana aku berjaya 'memaksa' kumpulan-kumpulan guru membuat persembahan, sudah pasti aku 'terpaksa' menjadi lebih over...dan buat pertama kalinya esok aku sanggup membuat persembahan solo di hadapan pentadbir, guru-guru dan murid-murid...dan atas 'permintaan', aku bakal men'sumbang'kan lagu Yank/Yang (Wali Band)...hahahaha...jangan ada yang rakam pastu masuk youtube...

Dan ketika ini juga aku sedang giat berlatih disaksikan oleh Cik Ayang dan anak-anak...

DUN: Kini baru kurasai semula kemanisannya bagai....sila sambung ikut kreativiti kalian...

Wednesday, May 5, 2010

Diam Diam Jatuh Cinta...

Diam tak diam sudah sebulan aku bergelar guru semula dan segalanya sangat manis sehingga ke hari ini. Bermula dengan jadual waktu yang sedikit, waktu balik sekolah sebelum jam 1.00, rakan-rakan guru yang menerima aku sebagai 'ahli keluarga' dengan baik, kakak-kakak yang sediakan soalan ujian bulanan serta lembaran kerja (maklum la...aku budak 'baru' belajar) sehinggalah kepada sapaan murid-murid dengan kalimat yang aku rindu dan telah ditinggalkan 6 tahun yang lalu...

Mengajar murid tahun satu (kelas akhir) menuntut satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih santai tetapi berkesan. Setiap pergerakan perlu diawasi dan setiap jiwa perlu dirasa agar proses pembelajaran ada impaknya. Biar sedikit asal berdikit: menyanyi, menari, melompat sangat sinonim dengan kanak-kanak dan itulah yang aku lakukan supaya aku juga adalah mereka...

Biar dimarah, biar ditegur, biar sebesar mana mata, gerun anak-anak ini seketika...bila melintas lalu di kelas, di kantin atau di mana jua...aku disapa, dilaung dan didekati membuatkan azam aku semakin tinggi...betapa tiada dendam di hati bersih anak-anak ini...

p/s: Ada seorang murid lelaki tahun 6, asal jumpa aku je salam cium tangan...padahal aku tak mengajar kelas dia pun...nanti la aku cuba 'siasat' sebab apa...

DUN: Sesungguhnya Ya Allah, aku bahagia dan bersyukur dengan setiap rahmatMu ini...

Saturday, April 17, 2010

Ramalanku Benar Belaka...

Kesibukan beberapa minggu diakhiri dengan temasya sukan sekolah pagi tadi...dan esok di pusat bowling JJ, Ipoh...aktiviti 'memenatkan' badan diteruskan namun berbaloi dek rasa kekeluargaan dan kekitaan yang mendalam...anjuran Badan Kebajikan Staf SKTM.

Pagi tadi, ketika juru acara meminta guru-guru lelaki berentap dalam acara 100 meter, aku pada mulanya berat hati namun kekurangan seorang lagi peserta membuatkan aku menukar fikiran...

Sememangnya semasa di maktab aku merupakan ahli kelab olahraga dan peluang ini aku gunakan untuk melihat sejauh mana keupayaan aku yang telah terlalu lama aku 'tinggalkan'...

Ke garisan...

Sebaik wisel dibunyikan, aku mengerah seluruh tenaga untuk memecut semampu yang boleh...dan anehnya aku bagaikan berlari di awang-awangan...satu perasaan yang tidak pernah aku alami ketika berlari sebelum ini...

Akhirnya ketika penyampaian hadiah dijalankan...tempat ke 4 dimenangi Cikgu Azmir, ketiga: Cikgu Mukhrizal, kedua: Ustaz Sallehuddin dan JOHAN...jeng...jeng...jeng...

|

|

|

|

|

bukan aku weh...Cikgu Affendy yang menang...seperti yang aku ramal...aku dah patut pencen dalam bidang ni, lagi pun tak manis sebenarnya kalau aku menang...nanti apa kata cikgu-cikgu muda tu...kan...kan...hahahahahaha!

DUN: Pakcik dah tuo!

Monday, March 29, 2010

Pagi Yang Gelap...

Pagi yang gelap kini sudah terang...

Pagi yang gelap seperti biasa aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja tetapi tidak lagi 'terkejar-kejar' ke Gopeng untuk punch card kerana jarak dari rumah ke tempat kerja baru hanya sekitar 5 km sahaja.

Keterujaan memang tidak dinafikan bila malam sebelumnya aku telah bersiap sedia dengan 'semangat' baru...

Tu diaaaaa...

Usai perhimpunan pagi aku mengadap GB dan setelah berbincang akhirnya aku mengajar satu subjek sahaja dengan 8 waktu. Ini disebabkan aku dilantik sebagai Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan sememangnya waktu mengajar untuk GPB antara 8 hingga 10 waktu...

Namun 'misi' aku adalah untuk memaksimakan penggunaan ICT dalam PnP dan persekitaran sekolah supaya ia seiring dengan arus zaman...insya Allah!

DUN: Dan satu lagi yang penting aku boleh pergi kerja sama-sama dengan Cik Ayang dan makan tengah hari bersama-sama...

Friday, March 26, 2010

Aku Bukan Superman...

Aku...bukanlah superman
Aku juga bisa nangis...

Memakai baju korporat untuk kali terakhir sebagai PTP PKG...dan Hasri selaku 'MC'...

Ketua PKG Daerah Kinta Selatan menyampaikan cenderamata bagi pihak PKG Daerah...

Yang 3 'beradik' tu dari PKG Gopeng(Yus, Aziz, Amirul & Abg Joe), Jam (Syamil & Seela : PKG Tg. Tualang) dan tali pinggang tu yang dalam kotak (gambar atas)...

DUN : Terima kasih kepada semua rakan-rakan PKG Daerah Kinta Selatan yang sudi 'meraikan' dan juga En. Shakri dari BTPN Perak...

Thursday, March 25, 2010

Tika Dan Saat Ini...

Tika dan saat ini...malam jumaat yang dibasahi gerimis...

Tika dan saat ini...aku mula mencari kotak kosong untuk membawa pulang 'khazanah peribadi' di pejabat esok...sob sobbb!

Tika dan saat ini...aku mula sibuk mencari pen biru pen merah...yang dah lama aku tak guna...

Tika dan saat ini...aku mula sibuk menyelongkar almari mencari butang baju melayu warna PURPLE ( baca : purple ye...bukan pink) sebab lepas ni hari Jumaat 'kena' berbaju melayu dan aku ada 2 baju melayu 'kaler purple' (warna korporat la pulak)...


'Pinjam' gambar butang baju melayu dari rumah Che' Pit TANPA izin...yang paling kiri tu lawa la, kanan tu pun...eh...kat tengah ngan bawah tu pun cun gak...hahahahaha...

DUN: Tika dan saat ini sebenarnya aku sedang menggamit memori ketika di PKG...uwaaaaaa!

Monday, March 22, 2010

Ketahuan...

Hahaha...saja letak tajuk ni sebab nak bagi sama dengan tajuk n3 CP...suratan atau kebetulan bro?

Diringkaskan cerita...aku telah mendapat pengesahan penempatan semula di SK Tanjong Malim...dan setelah ditolak cuti sekolah - mohon penangguhan kerja = akhirnya aku akan memulakan 'kerjaya' sebagai seorang guru pada 29 MAC 2010...Insya Allah!

SKTM...Insya Allah aku pasti datang...dan kepada Cik Ayang : lepas ni kita pergi kerja sama-sama ye...

DUN: GB kata, "kami tak sabar menunggu DUN datang..." (malu le pulak!)

Wednesday, March 10, 2010

Mimpi Yang Tak Sudah...

Tentu ada antara kalian yang masih ingat kisah aku 'terpaksa' memilih antara Bahagian A dan Jabatan B...dan dalam keadaan perlu bertindak segera akhirnya aku memilih Jabatan B.

Memilih Jabatan B bukan bermakna aku perlu bekerja di Jabatan tetapi aku sebenarnya menanti penempatan semula untuk kembali ke sekolah...dan biasanya kita impikan tempat kerja yang 'menepati' cita rasa kita...kan...kan...

1. SMK Bandar Behrang 2020...suka sekolah ni sebab baru dan cantik...alangkah bangganya...

2. Suka sebab lepas baris kedua rumah yang nampak tu adalah baris rumah aku (tak nampak dalam gambar)...alangkah senangnya...

Dan rasanya tempoh aku membuat pilihan tu dah agak lama...tiba-tiba...

"En. Dun, Unit Sekolah Rendah JPN telefon", beritahu Pembantu Tadbir.

Aku jawab panggilan dulu ye...nanti aku beritahu perkembangan terkini...

DUN : Back to school...

Friday, February 26, 2010

Kian...

Pagi 23 Februari yang lalu aku mempunyai satu 'tugasan' yang berkait rapat dengan janji kepada seorang kawan...tapi perasaan aku tidak seperti biasa padahal ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi sebegini...

Peraduan mencari barang tersembunyi...tapi tak perlu cari sebab tempoh peraduan telah berakhir...hihihi!

Ini dia kawan aku yang dah jadi pengarah tu...pengarah projek sedang memantau peserta bengkel...

2 orang kuat PPD yang turut hadir...

Selesai tugasan lewat petang, perasaan tidak selesa itu terus mengganggu...rupa-rupanya aku mengalami simptom awal demam selsema dan sampai di rumah terus mendapatkan 'rawatan' daripada Cik Ayang...

p/s: Pinjam gambar dari sini.

DUN: Kian rasa semakin selesa dengan daerah lama...

Friday, February 12, 2010

Kawan...

Malam tadi dengan ditemani seorang kawan, aku berkesempatan bertemu dengan seorang kawan...yang sekarang ini sudah menjadi 'pengarah'...


Tidak lama kemudian, 'kawan' merangkap orang kuat kepada kawan aku yang jadi 'pengarah' pun tiba dan kami berempat memulakan topik perbincangan...korang jangan pening dulu!

'Si Pengarah' kawan aku ni dan pasukannya mempunyai satu projek dan memerlukan 'khidmat' aku yang tak seberapa ni atas dasar kawan katanya...padahal dia lagi handal dalam mengendalikan pengisian projek tersebut...korang dah pening ke?

Atas dasar kawan itu juga la aku terima pelawaannya walaupun aku bakal berdepan dengan kawan-kawan yang semuanya pemimpin-pemimpin hebat kepada organisasi yang mapan...aku dah pening dah weh!

DUN: GPI...ko kawan aku kan...kan...kan!

Thursday, January 7, 2010

Kerna Terpaksa...

Sambungan...

Tiba-tiba telefon bimbit cokia DB berbunyi dan senyumannya tidak seghairah tadi...

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa kuturut kata hati
Gementar hatiku dengan keputusan ini
Biarpun pedih kuteruskan jua...

Boleh saya bercakap dengan Encik DB?

Saya bercakap!

Sebentar encik, ada panggilan daripada bahagian perjawatan.

Baik, terima kasih!

Panggilan disambungkan...

Pihak kami sudah terima surat perlantikan anda ke ****. Cuma perlukan pengesahan lisan dengan kadar segera sebab sudah agak terlewat dan perlu difaks pada hari ini juga. Hendak kekal di bahagian ini atau ke jabatan B?

Kalau kekal di bahagian, bagaimana dengan penempatan baru saya?

Itu bergantung kepada kekosongan, mungkin di Johor, Kedah atau Pulau Pinang!

Kalau begitu saya pilih jabatan B!

Baiklah, mohon datang ke sini esok untuk isi borang-borang yang diperlukan.

Membuat pilihan pada saat 'cemas' begini memang 'memedihkan'. Meninggalkan suasana kerja, dan persekitaran yang mendamaikan memang memilukan. Berpisah dengan rakan-rakan yang 'sehati sejiwa' teramat melukakan...namun apakan daya...kehidupan perlu diteruskan jua...

Petang yang diiringi gerimis mengundang sebak dijiwa...memandang wajah-wajah staf yang terpinga menyesakkan dada...namun apakan daya...itulah lumrah dunia...


DUN:Kupujuk hati meniti hari-hari sebelum kaki ini melangkah pergi...

Friday, October 16, 2009

Setelah Pertemuan Ini...

Tarikh : 15 Oktober 2009

Tempat : Makmal Komputer Upsi

Aktiviti : Bengkel Penghasilan Asas Blog

Anjuran : PPGB Kohort 7 UPSI

Buat pertama kalinya aku dipelawa untuk berkongsi pengalaman dalam bidang blog dengan bakal graduan PPGB Kohort 7 UPSI. Kalau dengan guru-guru tu biasa la jugak...tapi dengan 'kelompok baru' ni sedikit 'menggerunkan' pada awalnya...namun kesediaan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka akhirnya menjadikan suasana pada petang itu agak ceria dan menyeronokkan walaupun raut-raut lesu kian terpapar...sampai jam 6 lebih weh! Semoga kumpulan ini akan menjadi penulis blog yang hebat pada masa akan datang...

Sesi memperkenalkan 'penceramah'...
Kelihatan dalam gambar ialah Pengerusi Majlis dan Pengarah Projek...

Peserta yang sedang bersiap sedia untuk memulakan 'pembelajaran'...

Dan pada akhir sesi, aku 'dibekalkan' dengan 'cenderamolot' yang cantik hiasannya dan satu sampul surat putih yang 'penuh makna'...terima kasih kepada semua...yang paling aku seronok bila tengok anak-anak teruja 'mengulit' cenderamolot yang menarik dan meliurkan itu...

Aku gelar cenderamolot sebab sekejap ada...sekejap dah tak ada! Tapi yang cenggini lagi besh...semua leh rasa...tenkiu 10x!!!

DUN: Bro Azlan...jangan kata aku tak nak masuk UPSI...petang semalam aku dah membuktikannya...!

Wednesday, October 14, 2009

Bila Bulan Berwarna Biru...

Malam tadi adalah 'malam pertama' aku...korang relaks dulu...aku belum habis cerita...nak teguk coffeemix jap...


Malam pertama aku tidur di pejabat...atas alasan yang logik...bukan sebab Cik Ayang yang suruh...kalau boleh Cik Ayang memang nak aku sentiasa bersama dia siang dan malam...aku tahu la...kan aku suami dia...aku pun camtu gak...dan Cik Ayang selalu percayakan aku...sokong aku...

Bukan gak sebab aku nak latih sapa-sapa dalam bab urusan pejabat...no...no...no...kat sini tak ada Si Memeh ker...Si Pasah ker...atau sapa-sapa la yang seangkatan...aku tidur sorang je k! (punyala tak besh!)... Aku pencinta yang setia...korang boleh percaya yang ini...Boleh 'check' ngan abang-abang jaga kat luar tu...Hahahaha!

Menjelang jam 12...hujan mula turun...titisan demi titisan menyebabkan hati aku tiba-tiba sayu rindukan Cik Ayang dan anak-anak...serius weh...tapi aku layan kerja-kerja yang saja aku sediakan supaya malamku tidak membosankan sehingga mengantuk...

Bila dah ngantuk...apalagi...sedar-sedar dah jam 6.00 pagi...terus bersihkan diri...dan bancuh coffeemix ni...jap lagi nak bakar roti pulak...jom sarapan!

DUN: Kepada yang belum kahwin...korang kahwin la cepat-cepat...yang lelaki kahwin satu la dulu...yang perempuan jangan berangan nak bersuami 3-4 sekaligus...tak sesuweiiii!

Thursday, August 13, 2009

Pahit Akan Manis Akhirnya...


Biasa la kan...bila kita dah 'selesa' kerja kat satu-satu tempat tu, tetiba kena tukar...memang semacam je rasa...pahit ada, payau pun ada...apapun kena telan macam dalam entri yang pernah aku tulis sebelum ni...(selak jangan tak selak!)

Dan seperti yang selalu kita dengar..."adalah hikmahnya tu"...aku memang percaya dengan pernyataan ini...setiap kejadian pasti ada hikmahnya...

HQ : En. Dun ye...saya Pn. X dari bla...bla...bla...

Aku : Ye, saya bercakap.

HQ : Encik kena pergi ke Royal Albert Hall (sila jgn percaya, sebenarnya Royal Bintang di Seremban) pada 17 & 18 Ogos ni.

Aku : Boleh saya tahu atas urusan apa ye?

HQ : APC, encik salah seorang yang terima anugerah tu...bla...bla...bla...

Aku : Ok. (terkejut sebenarnya)

HQ : Surat akan menyusul kemudian, itu sahaja encik.

Aku : Ok, terima kasih.

Smileys

DUN: Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang sudi menghargai...