Sambungan...
Tiba-tiba telefon bimbit cokia DB berbunyi dan senyumannya tidak seghairah tadi...
Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa kuturut kata hati
Gementar hatiku dengan keputusan ini
Biarpun pedih kuteruskan jua...
Boleh saya bercakap dengan Encik DB?
Saya bercakap!
Sebentar encik, ada panggilan daripada bahagian perjawatan.
Baik, terima kasih!
Saya bercakap!
Sebentar encik, ada panggilan daripada bahagian perjawatan.
Baik, terima kasih!
Panggilan disambungkan...
Pihak kami sudah terima surat perlantikan anda ke ****. Cuma perlukan pengesahan lisan dengan kadar segera sebab sudah agak terlewat dan perlu difaks pada hari ini juga. Hendak kekal di bahagian ini atau ke jabatan B?
Kalau kekal di bahagian, bagaimana dengan penempatan baru saya?
Itu bergantung kepada kekosongan, mungkin di Johor, Kedah atau Pulau Pinang!
Kalau begitu saya pilih jabatan B!
Baiklah, mohon datang ke sini esok untuk isi borang-borang yang diperlukan.
Kalau kekal di bahagian, bagaimana dengan penempatan baru saya?
Itu bergantung kepada kekosongan, mungkin di Johor, Kedah atau Pulau Pinang!
Kalau begitu saya pilih jabatan B!
Baiklah, mohon datang ke sini esok untuk isi borang-borang yang diperlukan.
Membuat pilihan pada saat 'cemas' begini memang 'memedihkan'. Meninggalkan suasana kerja, dan persekitaran yang mendamaikan memang memilukan. Berpisah dengan rakan-rakan yang 'sehati sejiwa' teramat melukakan...namun apakan daya...kehidupan perlu diteruskan jua...
Petang yang diiringi gerimis mengundang sebak dijiwa...memandang wajah-wajah staf yang terpinga menyesakkan dada...namun apakan daya...itulah lumrah dunia...
DUN:Kupujuk hati meniti hari-hari sebelum kaki ini melangkah pergi...
Petang yang diiringi gerimis mengundang sebak dijiwa...memandang wajah-wajah staf yang terpinga menyesakkan dada...namun apakan daya...itulah lumrah dunia...
DUN:Kupujuk hati meniti hari-hari sebelum kaki ini melangkah pergi...
30 comments:
aku pun sama...tunggu surat untuk berhjrah. tapi masih atas ni jugak la. ofis je berlainan.
sama lah menunggu..
tapi bukan tunggu surat naik pangkat atau pindah opis..
menunggu sapelah bakal pengganti kawan sebilik kat opis ni.. mamat tu entah mana lah hilang.. dah 2 bulan larikan diri..
terus terlupa kiraan batu sblm ni...
To One Z:
Ye ke...dengo2nye kat mana tu...alahai...tp masih leh jadi 'duta pelancongan' lagi kan...
To Che'Pit:
Larikan diri? Ishh...seram lak aku dengo...bukan ko kan yg menyebabkan dia melarikan diri tu...
Ingat td tunggu lamaran diterima ke tak...ish ish ish...
To kakngah:
Yo lah...kono mulo balik tak?
::Selamat menulis setiap hari. Tentu skill menulis tak ilang lagi...Itupun kalu ko nak menulis..
::Itulah putaran kehidupan yang menambahkan Warna-warni Kehidupan.
Selamat kembali ke pangkal jalan kerana udah menyeluk sepangkal lengan.
To azlan:
Tulis cerita sembang2 leh le bro...nanti aku refer ko ek...ko kan terer n da bomb!
Aku suka ayat yang akhir tu...jarang anak melayu leh tulis camtu...
emmm elok gak kalau tukar tempat keje... apa tah lagi kalau dpt tukar gred....
mintak kat K la Bro KAJANG ! hehehe
Pindah keje lg ke? Takpe mungkin ada sebab yang baik itu semua itu.. Semoga terus sukses ;)
Selamat datang ke Jabatan B...
Anda telah membuat pilihan yang TEPAT! Anda sememangnya hebat!
Psst! Pilihan B tu ape?
ya ... hidup mesti diteruskan dan jalan mesti ke depan ! semoga lebih berbahagia di tempat baru.
Salam DUN...
Kalau ko kene pindah ke Kedah, cakap la kat aku. Boleh la aku tolong ko & family berkemas barang2 ke, menyimpan barang2 ke, masak2 ke.....
Aku boleh la kenal2 dgn ko & family ko kannnnzzzz......
:)
To shifu:
Kata orang tinggal2kan masa masih sayang...
To sheikh:
Ok gak tu...aku mmg suka satay kajang...peberet aku tu!
To iina:
Perjalanan hidup macam tu la kan...asal 'pindah randah' tu bukan sebab orang tak suka kita...
To GPI:
'Anda telah membuat pilihan yang TEPAT! Anda sememangnya hebat!'
Ermmm...tang mana hebatnye tu...jom lawan ping pong tengok hebat ke tak...hahahahaha!Dushhhhh!
Al-lavendari:
Ye...kehidupan perlu diteruskan dan JGN PANDANG BELAKANGGGGGG...???
Kena tgk gak ke belakang supaya jalan ke depan lebih bergaya...hihihi!
To zyma:
Waa...best ooo kalo ada orang masak2kan ke...tolong kemas satu rumah ke...
Sayangnya aku dah 'tolak' tawaran tu...kerna terpaksa....
Apapun ko mmg baik!
Semoga pilihan yang dah dibuat itu pilihan yang terrrrbaik!
owhh... memang memedihkan . Fuhh...nasib baik tak dengar secara live awak menyanyi . Mesti saya pun menanggis dan meraung2 suruh awak diam. muahhhahaa
Bila kita bertukar or ditukarkan.. ada banyak 'perkara' yang secara suka or tidak suka, kita mesti kena lepaskan .
Untuk kesekian kalinya, saya nak ucapkan gud luck . Anggap ini rezeki awak dan anak2.
Bertemu dan berpisah dah lumrah ..
Hati akan terasa kehilangan.. Tapi keputusan perlu dibuat demi kehidupan dan masa depan.
Moga DUN berjaya dalam penghijrahan..
To xiiinam:
Harap cam tu gak...mudah-mudahannn!
To Linda:
Awak tak dengar lagi...takut nanti awak mintak lagu tambahan...hahahaha!
Terima kasih byk2 atas ucapan awak yang kesekian kalinya itu...
To Cgu Rashid:
Semoga tahun 2010 menjanjikan kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua...
bro..
tiba2 gua rasa syahdu jerk...
:(
To semut api:
Lumrah kehidupan bro...lu tetap dalam ingatan...
Semoga DUN dapat membuat pilihan yang terbaik...
To Jasnia:
Terima kasih kerana mendoakan...semoga semuanya terbaik untuk kita...
Post a Comment