Followers

Showing posts with label Keluarga Bahagia. Show all posts
Showing posts with label Keluarga Bahagia. Show all posts

Saturday, August 7, 2010

Alahai Anak Omak...

Ahad minggu lalu tertunai sudah hajat Bonda untuk membuat Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat sempena kedatangan Ramadhan dan mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Maha Pencipta. Kesempatan itu juga, Bonda dapat berjumpa rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu lantaran faktor usia dan kesihatan yang sedikit menjejaskan pergerakan Bonda untuk aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Juga, pastinya anak-anak Bonda yang sejak awal telah menetapkan bahawa tarikh tersebut merupakan tarikh 'wajib' pulang ke kampung...

Lazimnya, 'kenduri' merupakan majlis yang agak sibuk. Usai majlis utama, tetamu dijemput menikmati makan tengah hari. Dalam kesibukan melayan tetamu, perhatian dialihkan dan anak-anak 'terlepas' daripada pemerhatian aku seketika.

Maka sedikit kecoh apabila Kak Chik @ Malihah hilang dari kumpulan rakan sepermainan. Kalut, risau dan resah silih berganti. Memang aku bimbang sehinggalah akhirnya...

|

|

|

|

|

|

Kak Chik ditemui dicelah-celah tetamu yang hadir sedang menjamu selera...

DUN: Awasi anak anda...!

Saturday, July 3, 2010

Sejujur Mana Kata-Kata...

Jumaat datang lagi dan seperti biasa aku berbaju Melayu...dan sebaik memasuki kelas Tahun 1, aku disapa oleh anak-anak ini yang bicaranya pasti bukan ikut skrip...hahahaha!

"Cikgu kalau hari Jumaat je hensem gilerrr!"

Erk? Hari Jumaat je? Sama ada yang dimaksudkan ialah pakaian berbaju Melayu tu...atau memang setiap pagi Jumaat wajah aku 'berseri-seri'...aku pun tak pasti...yang pasti aku bukan la nak lawan mamat berbaju melayu pink tu...

sekadar gambar hiasan

DUN: Tema baju raya aku sekeluarga pada tahun ini hijau macam model di atas cuma warna hijaunya lebih gelap sedikit...

Friday, June 18, 2010

Siapa Sangka Siapa Menduga...

Seawal jam 6.30 pagi Rabu yang lalu, aku menerima sms berbunyi "tunggu aku kat rumah mak ko...aku nak bagi kek"...

Seperti yang dijanjikan...si Pengusaha Kek ni bersusah payah mengendong 3 beg...erkkk...3 LAGI...yang berisi 3 jenis kek dan yang sewaktu dengannya...(khas dari MELAKA!)

Alhamdulillah...alangkah indahnya dunia jika hidup dipenuhi bunga-bunga kasih sayang antara keluarga, sahabat dan masyarakat...

DUN: Semuanya sedap-sedap belaka...terima kasih sahabat! Semoga dimurahkan rezeki dan berbahagia di dunia dan di akhirat...

Sunday, May 9, 2010

Bertakhta Di Hati...

Saban tahun sambutan Hari Ibu diawalkan sehari kerana 8 Mei merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Bonda dan Cik Ayang...sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup aku apabila dua orang insan yang paling aku sayang berkongsi tarikh yang sama...


Kepada Bonda, terima kasih kerana menjadi ibu yang hebat, membesarkan aku dengan penuh lara tanpa suami disisi sejak 25 tahun yang lalu dan kini setiap detik akan aku cuba untuk membahagiakanmu ibu...

Kepada Cik Ayang...inilah luahan dari hati seorang suami...yang tidak pernah berhenti untuk mencintaimu...insan yang telah sudi menerima seadanya aku...aku sangat bersyukur dan berterima kasih kerana dikau menjadi ibu kepada anak-anak kita...

Dan kepada ibu-ibu ini dan ibu-ibu di luar sana, sesungguhnya keikhlasan anda melahirkan anak-anak telah meletakkan anda ke satu martabat yang sangat tinggi dan mulia yang tidak dimiliki oleh lelaki yang bergelar suami...


DUN: Sayangi ibu, sayangi ibu, sayangi ibu!!!

Tuesday, April 6, 2010

Ada Untukmu...

Petang hari minggu yang ceria...

Usai makan tengah hari dan menunaikan 'tugasan' yang lain...aku mengambil alih menjaga Mardhiah di dalam bilik sementara Cik Ayang mengemas apa yang patut...bertemankan sebuah majalah berbentuk kekeluargaan yang menjadi bahan bacaan kegemaran Cik Ayang...aku tertarik dengan satu 'penemuan terbaru' yang tiba-tiba membangkitkan rasa keinginan yang seakan tidak boleh ditahan-tahan...

Selesai mengemas, Cik Ayang masuk ke bilik dan aku memberi isyarat yang aku 'perlu' keluar sebentar dan memintanya tunggu sehingga aku beri isyarat yang lain...

Dipendekkan cerita...

Bahan-bahan yang dibeli ketika aktiviti 'keluar' berlangsung...(tiada dalam gambar ialah cik tomato, daun bawang, garam dan gula secukup rasa...)

|

|

|

|

|

|

|


Istimewa untuk Cik Ayang dan anak-anak...akhirnya Spaghetti Salad Thai aku menjadi kenyataan...

DUN: Hujung minggu ni nak masak apa pulak ye...

Monday, March 8, 2010

Serasi Bersama...

6 Mac 2010
Sekitar Majlis Perkahwinan Yus & Iluni
Dewan Orang Ramai Salak Selatan

Apsal kek aku dulu tak tiga tingkat macam ni?

Pengantin diapit oleh ibu masing-masing...

Antara pensyarah dan rakan-rakan yang hadir...

DUN: Biarpun lepas ni kalian jauh di Jepun, kotakan apa yang dikata...acu doakan yang terbaik untuk kalian berdua...

Wednesday, February 17, 2010

Kembali Senyum...

Cuti hujung minggu yang panjang memberi kesempatan kepada aku dan Cik Ayang untuk 'bercanda' di dapur...dan menu yang dituntut oleh Kak Long adalah Ikan Siakap 3 Rasa...dan pastinya salah satu rasa tersebut adalah rasa nanas...maka pencarian nanas bermula...kebetulan saiz nanas yang ada...ondaik, godang amek!

Oleh kerana kami kurang gemar dengan nanas mentah, lebihan nanas telah dibincangkan untuk menu hari berikutnya iaitu Nanas Masak Ros a.k.a Nanas Masak Senyum..menu ini sangat popular di majlis kenduri di kawasan aku cuma cara penyediaannya merupakan satu cabaran bagi kami berdua lebih-lebih lagi Cik Ayang hanya mengenal menu tersebut sejak berada di sini...

Lalu aku teringatkan Pakcik Gugel dan dengan bantuannya pada peringkat awal menemui kegagalan demi kegagalan...dan aku percaya ia disebabkan masalah nama...ternyata telahan aku benar dan akhirnya aku temui resepinya dengan nama lain...

Hasil percubaan pertama, Nanas Masak Ros a.k.a Nanas Masak Senyum
Sila abaikan seni memasak dan terima kasih kepada Pakcik Gugel dan rakan-rakan...

DUN: Ko jangan jeles ye Juliet!

Wednesday, January 6, 2010

Berjuta Batu...

Oleh kerana musim persekolahan bermula kembali, hari ni aku nak buat n3 yang ada unsur-unsur operasi matematik...huhuhu!

DB telah mengutip 60 biji batu daripada berjuta batu yang ada...dia telah membaling sehingga ke hari ini sebanyak 30 biji batu sambil tersenyum...


Soalannya:

1. Berapa biji batu yang tinggal?

2. Mengapa dia tersenyum?

Anda perlu menjawab semua soalan yang diberikan. Anda juga diingatkan hanya jawapan dalam pernyataan matematik sahaja diterima...hahahahaha!

Tiba-tiba telefon bimbit cokianya berbunyi dan senyumannya tidak seghairah tadi...sambung esok!

DUN: Hari ni genap sebulan umur Mardhiah dan merupakan ulangtahun perkahwinan kami...

Monday, December 14, 2009

Laila Namamu Teratas...

Itu kata Amy Search...

Dalam hal aku ni...nampak gayanya nama Mardhiah telah mengungguli carta dari awal-awal lagi...terima kasih kepada rakan-rakan yang turut sama membuat undian...dan secara rasminya aku perkenalkan seperti yang diminta oleh Iluni...

Sofwah Mardhiah

Ermmm...Abang Lang dan Kak Cik tak kacau ke? Soalan yang paling kerap ditanya...biasa la naluri kanak-kanak...tapi ada cara nak handle...antaranya...

Abang Lang dan Kak Cik yang 'makan pujuk'...

DUN: Aku ok je!

Wednesday, December 9, 2009

3 Malam...

Tiga malam berlalu dengan jayanya tanpa ada aktiviti mencakar dinding seperti yang diramal oleh brader Shifu67...aku ok je bro!

Sambil menghabiskan baki cuti yang masih tinggal beberapa hari sahaja lagi dan 'berehat' daripada kesibukan tugas di pejabat, malam-malam begini terasa panjang namun cukup menenangkan...

Si Puteri masih belum punya nama secara sah...bukan tidak bersedia cuma ada beberapa cadangan sampingan daripada orang-orang terdekat yang terpaksa difikirkan semula...

Tradisinya...anak perempuan kami mempunyai gabungan pangkal nama S+M (S tu pangkal nama aku, M tu pangkal nama Cik Ayang) manakala yang lelaki M+S...M tu dah tentu Muhammad!

Pangkal S memang tidak menjadi masalah kerana telah ditetapkan sama bagi semua anak perempuan iaitu Sofwah dan yang membezakan hanya nama M dan antara cadangan-cadangannya: Madihah, Mariah, Marinah, Mardhiah dan dua tiga lagi yang rasanya terpaksa aku tolak awal-awal...Dalam nama-nama yang diberi tidak terkecuali nama yang 'memang kami cadang'...agak-agak yang mana satu?



DUN: Semuanya akan terjawab pada hari Jumaat ini...

Monday, December 7, 2009

Kita Serupa...

Alkisah...n3 yang lepas punya sambungan...

Tanda awal kelahiran pagi Jumaat tu tak memberikan sebarang rasa sakit...jadi Cik Ayang berhajat untuk menangguhkan dulu rancangan ke hospital...maka cerita lompat ke hari Sabtu...

Sabtu, 10 pagi aku dan Cik Ayang tiba di Dewan Bersalin dan kelihatan seorang bakal bapa muda sedang ke hulu ke hilir...menanti dalam resah...isterinya telah diberi 'ubat paksa bersalin' seawal jam 7 pagi...tak lama lepas tu datang seorang lagi bakal bapa muda keturunan asli...dengan wajah yang cemas...Cik Ayang selepas diperiksa terus dibawa ke wad biasa kerana tiada rasa sakit hendak bersalin...Aku bertekad untuk terus menunggu...

Oleh kerana aku yg 'senior' antara mereka, maka aku pun keluarkan la tips2 yang sesuai dan menariknya hanya kami bertiga sahaja sepanjang hari yang menunggu di luar Dewan Bersalin. Masa terus berlalu dan akhirnya jam 2.00 pagi Cik Ayang dibawa ke Dewan Bersalin...aku turut serta dan alhamdulillah jam 2.30 pagi Cik Ayang bersalin anak perempuan kami dengan selamat...

Rakan-rakan baru yang menunggu di luar turut gembira...dan aku terus bagi sokongan kepada mereka...sepanjang hari bersama memang menjadikan kami 'rapat'...ke lobi bertiga, baring di kerusi bertiga dan macam-macam lagi...

Jam 5.30 pagi, bapa muda yang pertama pula mendapat khabar gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata sulung walau pada awalnya tidak bersedia untuk masuk ke Dewan Bersalin kerana tidak bersedia namun aku sempat beri dorongan untuk kuatkan semangat...'rasai' apa yang isteri rasa...

Ahad, 7.00 pagi setelah memastikan semuanya selamat, aku pulang ke rumah bonda untuk menguruskan hal2 lepas bersalin...waktu melawat jam 1.00 petang aku kembali ke hospital dan turut dikhabarkan bahawa bapa muda keturunan asli juga baru menerima kelahiran anak sulungnya dan kegembiraan terpancar diwajahnya...kami bertemu semula sebelum masing-masing pulang dengan urusan tersendiri...

Kepada kedua-dua bapa muda tersebut, kita telah rasa debar yang sama, kita telah kongsi cerita yang sama dan mungkin akan kita kenang sampai bila-bila...


DUN: Sesungguhnya Engkau Maha Segala-galanya Ya Allah! Kepada rakan-rakan yang mendoakan, terima kasih di atas doa kalian...

Friday, November 20, 2009

Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya

Lama kan aku 'mendiamkan diri'...bukan sebab lupa password seperti yang didakwa, atau masuk workshop bagai diduga jauh sekali melawat mangsa banjir bagai dikata...tapi aku sebenarnya kelemasan dalam kebanjiran tugasan yang mengganas hujung-hujung tahun ni...namun semalam aku ambil keputusan untuk bercuti kerana ini...

Abang Ngah ketika 'digraduankan'...

Abang Ngah dan rakan-rakan ketika membuat persembahan...

Kak Long ketika menunggu giliran untuk menerima hadiah...

Terbaik mata pelajaran BM (Pemahaman) dan Sains Tahun 2...perlu gandakan usaha!

Anak buah (Hakim)...tempat pertama Tahun 3 dengan 7 mata pelajaran terbaik...tahniah!

Anak buah (Ridzuan) dengan 2 mata pelajaran terbaik (English & Matematik) dan UPSR 4A 1B...tahniah!

Ada seorang lagi anak buah (Farhan) dengan kedudukan dalam kelas nombor 4 keseluruhan tapi disebabkan tiada terbaik dalam mata pelajaran maka tahun ni 'direhatkan' daripada naik ke pentas...apapun Farhan tetap terbaik!!!

Dan kesibukan aku berterusan lagi terutama menjelang minggu hadapan kerana Cik Ayang dijangka bersalin anak kami yang ke-5...semoga semuanya berjalan dengan selamat... Amin!

DUN: Di kala asmara lepaskan layarnya dalam musim hujan...huhuhu!

Thursday, November 5, 2009

Maafkanlah...

Kesibukan menjadi-menjadi sejak kebelakangan ni...


Dek kerana sibuk dan penat...aku tidur awal malam tadi...sebaik menunaikan Isyak, aku dah tergolek sebelah Malihah...kononnya nak tidurkan dia...rupanya siap tidur sekali...

Jam 5 pagi aku dah terjaga...kelihatan pakaian sekolah anak-anak bergantungan gara-gara dikering menggunakan kipas...sebabnya hampir satu hari bekalan air terputus...Cik Ayang basuh pakaian 'yang penting2' menggunakan saki baki air yang disimpan...

Tak lama kemudian Cik Ayang keluar bilik untuk meneruskan kerja-kerja yang tergendala...dan ketika itu aku terperasan yang seterika dalam bilik berkeadaan panas...lantas aku bertanya kepada Cik Ayang...rupa-rupanya dia terlupa untuk menutup suis sebelum tidur...ada riak bersalah pada wajahnya...berapa jam tu?


Hati aku pun dah 'panas' gak...aku masuk ke dalam bilik seterika dan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
...aku baling seterika tu ke dinding...
.
.
.
.
oh tidak, tak pasal2 aku kena beli seterika baru...
aku ambil pakaian anak2 dan aku seterika satu persatu...kan Cik Ayang dah kata dia terlupa...dan aku percaya dia akan lebih berhati-hati lain kali...

Duhai jelita hatiku
Janganlah kau bersedih...maafkan lah...maafkanlah...
Usah kau sedih dan pilu
Lupakan yang telah berlalu....maafkanlah...maafkanlah...

DUN: Sekarang musim ujan weh...tak elok marah-marah...

Tuesday, September 29, 2009

Ku Ke Udara Lagi...

Salam lebaran,

Rasa terharu + gelisah lak tinggalkan rumah ni bersawang lama-lama...tapi apakan daya sudah begitu suratannya...'rumah rakyat dalam kawasan' perlu diutamakan...hihihihi!

Lebih terharu rupa-rupanya si Zyma Saad tu asyik dok lalu lalang ketuk pintu sambil naik gerek nak beraya tapi tuan rumah dok syok bercuti...hahaha...tak dapek den nak nolong do!

Musim-musim raya ni apalagi nak dipaparkan melainkan yang ini...

Sesi nangis-nangis 7 anak dan 7 menantu tatkala memohon keampunan daripada bonda...
PERINGATAN : ini bukan lakonan semata-mata...huhu!

Antara cucu dan cicit yang sempat di'tangkapmuat'kan daripada 27 cucu dan 2 cicit.

Tu dia...setelah tiada lagi sudut yang sesuai untuk menangkap gambar...'enterprem' mana-mana yang ada...

DUN: Suasana hari raya...semuanya pulang ke desa...lalalalala!

Wednesday, August 5, 2009

One Two Ka Seven...

Sejak kebelakangan ni aku agak 'sibuk memanjaaaannnngggg' (otak jangan tukar kaler k)...turun 'padang' sana sini...tu yang tak berapa sempat kemas rumah atau menziarah blog rakan-rakan...tapi yang aku nak cerita kali ni adalah 'pasal ini'...kerana ada lanjutan yang boleh dikongsikan bersama barangkali...

Gara-gara 'pasal ini', aku yang dulu kena 'tempiasnya'...hahahahaha!

One...aku bukan nak nyamar jadi ko bro!

Two



Ka



Seven (insya Allah this coming November)

DUN: Petang semalam, member aku tu bagitahu, "bro...dah berjangkit le...baru sebulan..."

Monday, July 27, 2009

Lagu Kita...

Abang Ngah: Ayah tau tak lagu AHMAD DONA?

Aku pandang Cik Ayang, Cik Ayang sekadar angkat bahu.

Aku: Macam mana lagu tu?

Abang Ngah : Macam ni...Ahmad Dona had a farm...e.i.e.i.o...(berlagu sambil berlalu ke ruang tamu.)


DUN: Aku pandang Cik Ayang lagi...Cik Ayang pandang aku...1, 2, 3...Hahahahaha! Tapi tak de la sampai guling-guling k!

Wednesday, July 8, 2009

Antara Dua...

Dalam kereta...

Kak Long: Apa tu?

Abang Ngah : Anak cempedak la...

Kak Long : Bukan, tu anak nangka!

Abang Ngah : Anak cempedak!


DUN: Pemberian seorang ustazah semasa MTQ baru-baru ni...

Sunday, June 21, 2009

Kenangan Terindah...

Hari ini mungkin ramai bloggers yang bergelar bapa dilayan dengan istimewa sekali...mungkin juga pelbagai 'kezutan' yang layak disimpan sebagai kenangan terindah sepanjang hayat...apapun memperingati jasa dan pengorbanan seorang ayah bukan hanya pada hari-hari tertentu cuma pada hari ini ianya diraikan di merata tempat...

Bagi aku, ungkapan 'Selamat Hari Bapa' tidak dapat dilafazkan kerana ayah telah meninggalkan kami kira-kira 25 tahun yang lalu...biarpun begitu segala gelak tawa dan kasih sayangnya masih terasa hingga kini...

Dan kini, seawal pagi aku sendiri telah menerima ucapan keramat itu daripada Kak Long yang semakin mengerti dunia realiti dan terima kasih juga kepada Guru Pendidikan Seni Kak Long (Pn. Rozita a.k.a Mem Besor Azlanlin) yang telah 'mengajar' Kak Long membuat kad ucapan yang sangat bermakna buat aku...

DUN: Semoga kita semua menjadi bapa yang berjaya memikul amanah Allah dengan sempurna mungkin...

Thursday, May 21, 2009

Aku Lebih Tahu...

Musim periksa...Kak Long sibuk 'baca' buku selepas beberapa kali ditegur, Abang Ngah lak sibuk 'buat' kerja sekolah, juga selepas kena 'syarah'...Abang Lang mundar mandir, kejap kacau Kak Long, kejap usik Abang Ngah...tak boleh jadi ni...

Aku : Abang Lang mari sini...kita baca buku!

Kelihatan Abang Lang sangat gembira lantas duduk diribaanku.

Aku : a + yam = ayam!

Abang Lang : a + yam = ayam!

Masa terus berlalu...

Abang Lang: Babenjoji!

Aku: Mana babenjoji?

Abang Lang : Ni!

Aku: Hahahaha!

Babenjoji?

DUN: Seronok belajar bahasa budak-budak nih!

Tuesday, May 12, 2009

Terlalu Istimewa...

8 Mei merupakan tarikh yang terlalu istimewa kerana dua insan yang aku sayang berkongsi tarikh ulang tahun kelahiran iaitu Cik Ayang dan Bonda. Oleh kerana tarikh itu juga hampir dengan sambutan Hari Ibu, maka aku memilih untuk menggabungkan kedua-dua sambutan tersebut dalam satu majlis yang sederhana tetapi penuh makna.

Setiap orang ada cara yang tersendiri sama ada 'menggantung periuk' pada hari tersebut atau pelbagai aktiviti lain. Aku memilih untuk memasak sendiri mee goreng dan pastinya tiada unsur-unsur 'rasa chicken chop' dalam masakan aku ini. Dan hasilnya, tadaaaaa....!

Licin woooo...!

Kek yang aku pilih membuatkan 'tetamu cilik' tak sabar menunggu...

Sesi meyuap kek kepada para ibu...kesimpulannya, yang menyuap lebih ternganga...

Aqim ditugaskan menyuap Opah...

Cik Ayang pun nak kena suap gak...'birthday girl' a.k.a Hari Ibu la katakan!

Opah bergambar bersama sebahagian daripada cucu-cucunya...

DUN: Kepada insan-insan yang bergelar ibu, anda memang manusia yang hebat...kepada bonda, terima kasih kerana telah melahirkan aku dan kepada Cik Ayang, terima kasih kerana menjadi isteriku dan ibu kepada anak-anakku...