8 Mei merupakan tarikh yang terlalu istimewa kerana dua insan yang aku sayang berkongsi tarikh ulang tahun kelahiran iaitu Cik Ayang dan Bonda. Oleh kerana tarikh itu juga hampir dengan sambutan Hari Ibu, maka aku memilih untuk menggabungkan kedua-dua sambutan tersebut dalam satu majlis yang sederhana tetapi penuh makna.
Setiap orang ada cara yang tersendiri sama ada 'menggantung periuk' pada hari tersebut atau pelbagai aktiviti lain. Aku memilih untuk memasak sendiri mee goreng dan pastinya tiada unsur-unsur 'rasa chicken chop' dalam masakan aku ini. Dan hasilnya, tadaaaaa....!
Kek yang aku pilih membuatkan 'tetamu cilik' tak sabar menunggu...
Sesi meyuap kek kepada para ibu...kesimpulannya, yang menyuap lebih ternganga...
Aqim ditugaskan menyuap Opah...
Cik Ayang pun nak kena suap gak...'birthday girl' a.k.a Hari Ibu la katakan!
Opah bergambar bersama sebahagian daripada cucu-cucunya...
Sesi meyuap kek kepada para ibu...kesimpulannya, yang menyuap lebih ternganga...
Aqim ditugaskan menyuap Opah...
Cik Ayang pun nak kena suap gak...'birthday girl' a.k.a Hari Ibu la katakan!
Opah bergambar bersama sebahagian daripada cucu-cucunya...
DUN: Kepada insan-insan yang bergelar ibu, anda memang manusia yang hebat...kepada bonda, terima kasih kerana telah melahirkan aku dan kepada Cik Ayang, terima kasih kerana menjadi isteriku dan ibu kepada anak-anakku...
8 comments:
leh ccaye ko buat mee goreng tuh?? ke ko catering kek juliet?? heheheh
To iina:
Mmg aku pun tak caya aku leh masak mee goreng...2 kilo tu...2 minggu study buku resepi ngalahkan study PTK, maleh dah catering kek juliet...asyik2 raso lain yo!
Ampun juliet!!!
Alo...
Mau order..
itu mee goreng 'mamak style'
kasi 4 kilo..
itu kek... kasi 2 bijik
taruk straw + beri atas lebih2..
hntr sana... ituu... krts kalumpang kalu..
brapa mau caj?
To GPI:
Kawan punya pasal, kek 2 biji = 140 hengget + mee goreng 4 kilo = 20 hengget, suma skali 200 hengget...ada stuju?
wah! hadiah hari ibu yg sungguh bermakna...=)
~bestnyer...
***
To sepohon kayu:
Mahal dan bermakna adalah perkara yg berbeza jika menilai pengorbanan seorang ibu...yg sememangnya tiada tandingan!
kita tunggu hari bapak pulak...peace!!!
To One Z:
Agak2 apa hadiah ek para isteri sediakan utk suami pd Hari Bapa nanti?
Post a Comment