Followers

Showing posts with label Fikir-Fikir. Show all posts
Showing posts with label Fikir-Fikir. Show all posts

Monday, October 26, 2009

Sendiri...

Satu lagi minggu yang sibuk....seawal hari Ahad aku telah ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu seminar kerjaya...membelah kesibukan kota yang tak pernah aku fikirkan selama ini...namun atas permintaan rakan-rakan di 'daerah' baru yang kononnya nak berkenalan dengan Che Puteh, maka aku pasrah...kepada Hasri yang pakar dengan teknologi GPS...tenkiu bro!

Hari Khamis...sehari selepas pulang dari Pulau Pinang, menanti pula satu mesyuarat di peringkat negeri...dan pada hari Jumaat satu lagi mesyuarat di peringkat daerah...

Itu secara ringkas kesibukan aku sepanjang minggu sehingga tak sempat jenguk rumah kengkawan apatah lagi nak kemaskini rumah yang semakin bersawang...

Namun dalam kesibukan, aku masih sempat melayan pendengaran melalui stesen 'yang sentiasa menyinari hidup anda'...al-kisah pada suatu petang setelah perasaan dibuai dengan suara merdu Lata Mangehskar, si penyampai radio memberikan satu 'fakta' yang agak menarik tentang penyanyi ini dan aku tertarik untuk kongsikan...

Why did you not marry? I never got time to think about it. I started working at 13 and I had the responsibility of ensuring the livelihood of nine people. It never occurred to me.

Namun kata si penyampai radio, Lata Mangeshkar sebenarnya tak mahu berkahwin kerana takut perkahwinan akan menjejaskan suaranya....

DUN: Ada sesiapa yang besetuju bahawa perkahwinan mampu menjejaskan kualiti suara? Beri alasan anda dengan menulis tidak melebihi 15 patah perkataan...hahahaha!

Friday, September 11, 2009

Sabarlah Sayang...

Tak tertahan hati ini menunggu kau tiba
Katamu...sabarlah sayang...


Alkisah, pertengahan Ogos gara-gara amukan H1N1, Cik Ayang dan rakan setugas diarahkan bekerja pada hari cuti (cuti hujung minggu + cuti umum). Arahan datang daripada 'orang atas' tempat Cik Ayang bertugas dan sebagai penjawat yang 'setia', Cik Ayang dan rakan setugas akur...maka bergilirlah mereka berdua 'berebut' (berebut sesangat le konon) hari cuti yang ada dan bekerja dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang!

Aku sebagai suami sebolehnya memahami tugas Cik Ayang dan merelakan kepergiannya demi tugas...dan selama tempoh itu aku menjadi Mr. Mama...sayu tatkala melihat Cik Ayang menggerakkan kereta (sambil membayangkan jam 5.00 petang) dan lebih sayu lagi bila aku hanya dengan berkain pelikat mendukung Malihah depan grill pintu...tu belum lagi Si Syakir yang ada masanya turut 'berminat' menyertai adiknya...

Minggu terus berlalu dan amukan H1N1 nampaknya semakin berkurangan (mudahan terus reda)...menyaksikan kemerosotan jumlah pesakit yang datang pada cuti hujung minggu dan cuti umum begitu ketara...laporan dibuat dan pada minggu berikutnya mereka diarahkan bekerja separuh hari...8.00 pagi hingga jam 1.00 petang!

Sehinggalah petang dua hari lepas...secara rasminya unit Cik Ayang menerima surat daripada 'orang lagi atas' memaklumkan bahawa waktu bekerja pada hari cuti hujung minggu bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 t/hari SAHAJA...DAN cuti umum 'tidak terlibat' kerana 'tiada bayaran' yang akan dibuat...

DUN: Alahai...kenapa lambat nor keluar surat tu...

Thursday, March 5, 2009

Marah Sepaku

Alkisah, bingkisan emel dari seorang rakan...



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" Tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu" jawab bapanya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia dapat mengurangkan kemarahannya. Dia mendapati lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya pada suatu hari, pemuda tersebut tidak lagi marah walau pun sekali. Lalu dia memberitahu bapanya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda itu lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangga.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok dan berkata,
"Kamu telah melakukan dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kamu menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti di atas. Tetapi ingatlah, berapa kali kamu memohon maaf dan menyesal dengan perbuatanmu, lukanya masih ada. Luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal."
DUN: Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda...

Tuesday, February 24, 2009

Biar Betul!

Selak punya selak bahan2 yang ada dalam ruang siber ni...tetiba aku terbaca satu cerita berkenaan seorang dramatis popular dan pernah menghangatkan waima orang-orang yang tinggal di tempat sejuk (macam brader one z ?) satu ketika dulu yang berasal dari pantai timur. Lama menyepi, akhirnya dramatis ini "keluar semula" dengan kisah ditinggalkan suami dan macam-macam lagi...

Baru-baru ni khabarnya si suami sanggup pulang ke rumah (sebab merajuk?) dengan 3 syarat kepada dramatis tersebut. Syarat-syaratnya adalah:

  1. Aku tak perasan apa dia tulis...
  2. Aku tak ingat dah apa yang ditulis...
  3. Buatkan dia air milo



Bior betui!!! Bertahun tinggalkan rumah...siap "bergaduh" lagi dalam paper, lari pasal tak dapat air milo ropanya! Spesel bebeno air milo dramatis nih!

DUN: Dapat "resepi" buat milo cam dramatis ni...boleh kayo pakcik!

Thursday, February 5, 2009

Apa Yang Orang Cemerlang Bincangkan

“Orang-orang gagal suka berbincang mengenai hal orang lain. Orang-orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang-orang berjaya pula, suka berbincang mengenai perkara yang dapat mengubah diri mereka ke arah pencapaian yang lebih cemerlang, lebih baik dari yang sebelumnya.”

Bila kita tekad mahu menjadi orang yang cemerlang, hentikan bercakap lebih banyak tentang orang lain, apa yang mereka lakukan, kegagalan mereka, bisnes mereka dan apa yang membuat kita tidak puas hati dengan sikap mereka.

Tetapi, ubah sikap itu dengan memfokus kepada perubahan yang boleh diaplikasikan pada diri Anda sendiri, supaya dapat membentuk Anda menjadi orang yang cemerlang, tak kira cemerlang dalam pelajaran, kerjaya mahupun perniagaan.

Salah satu sikap orang cemerlang adalah, mereka sentiasa berubah supaya dapat memajukan diri kepada level yang lebih baik.

Mereka meniru sikap orang-orang yang lebih cemerlang daripada mereka lalu menyerapnya menjadi sikap diri sendiri.

Tips motivasi kali ini, cari orang-orang cemerlang, tiru pemikiran mereka, mindset mereka dan kalau boleh berkongsi aspirasi mereka, agar Anda juga dapat berjaya seperti mereka!

Oleh Shukri Abdullah.

DUN: Gembira dikelilingi rakan blogger yang cemerlang...dan suka berkongsi aspirasi ngan blogger yg namanya azlanlin.

Apa Ada Dengan Kita...

Monday, January 19, 2009

The Moment Of Truth

Kalau diperhatikan tajuk n3 kali ni sama dengan tajuk satu rancangan "popular" stesen tv berbayar. Rancangan ni disiarkan agak lewat malam...tapi aku pun tak ingat pada hari apa...sebab aku tonton tv bila aku "sempat" tengok je. Agak menarik sebab rancangan ni mencari manusia yang masih jujur "di kalangan mereka" dan sebagai imbuhan akan menerima tunai yang sangat lumayan. Diuji dengan mesin poligraf terlebih dahulu, ketidakjujuran akan menyebabkan seseorang itu berputih mata, pulang dengan tangan kosong!

Setiap peserta boleh mengundang sapa-sapa je yang rapat dengan dorang tak kira suami / isteri, mak pak, kawan-kawan, sapa-sapa je la yang dorang suka...sebagai saksi "penelanjangan dari sebuah kejujuran". Apa taknya, soalan yang ditanya boleh dikategorikan sebagai "soalan maut"...peluh jangan cakap laaa...

Mana tak "maut" bila si isteri ditanya...pernah tak ada perasaan ingin berdamping dengan majikan lelaki:(ni kira ayat aku dah edit ni) kalau jawap "NO", mesin kata "TRUE", kira selamat la kan...kalau mesin tu kata "FALSE" tak ke naya...suami tertonggok kat depan tu hah! Tapi duit punya pasal tu yang dorang sanggup join tu!

Soalan berkaitan dengan kerja sehinggalah kepada hal-hal peribadi...kalau kat Malaysia boleh ditanya cam gini kot: "Pernahkan anda mencuri?" (soalan ni pun aku edit supaya tak laser sangat). Satu Malaysia lak tengah tengok time tu Kak Temah oiii!!!

Jauh lak menyimpangnya, yang aku nak cerita pasal ni hah. Apa korang buat bila "menatang "ni hinggap kat anggota badan korang?

Biasanya tepuk sampai mati kan? Kalau kuat sikit memang terus mati pastu kena lumat le...kalau masih ada "nyawa-nyawa ikan" walaupun "menatang" ni bukan ikan, pernah tak korang ambil, tengok dekat-dekat, pastu korang cabut kepak dia, cabut kaki dia satu persatu sampai dah tak berkaki dah, last sekali picit sampai lumat? The truth is...

DUN: YESSSSSSSSSSS!!! Your answer is.....(dag dig dug).... "TRUE!!!" Ini cerita "dolu-dolu" dan jangan lupa sertai kempen "Ten Minutes A Week, Take The Mosquito Away".

Friday, January 16, 2009

RE: TERJUNAN CINTA



U jump, I'll jump...
I dah jump, why u not jump-jump?


Seawal pagi ( tak ada maknanye kalau dah jam 7.30 pagi) ketika syok pekena roti canai di kedai mamak, pandangan aku tertarik pada gambar muka hadapan sebuah akhbar harian yang dibaca oleh brader meja bertentangan. Gambar bersiri yang menunjukkan aksi lompatan seorang wanita persis Bionic Woman itu dilaporkan sebagai "tergelincir" ketika cubaan membunuh diri akibat tertekan dengan masalah rumahtangga yang dihadapinya.

Bukan aku menidakkan masalah rumahtangga yang kadangkala memang payah untuk ditangani, lebih-lebih lagi kita pembaca yang tidak tahu apa masalah sebenar, tetapi cubaan membunuh diri sebegitu dan yang seangkatan dengannya bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik malah dosa besar bagi umat Islam. Ada kes-kes lain tu belum nikah pun lagi...baru dalam fasa kenal mengenali...nak terjun gak!

Mungkin pelaku beranggapan dengan terjun dari bangunan tinggi segala masalah akan selesai. Selesai ke kalau...

  • Lepas terjun tu cedera parah : kan bomba, polis, ahli keluarga dan orang ramai kena hantar ke hospital, kat tempat kejadian dah tentu "jem" teruk, sampai kat hospital lak terus ke bahagian kecemasan, doktor cemas, juru rawat cemas, ahli keluarga usah kata la...
  • Koma / Tahan di wad : Terpaksa la ahli keluarga tunggu siang malam bergilir-gilir, ahli keluarga yang bekerja kena ambil cuti, emak ayah yang dah tua tak pasal-pasal dok kat wad sekali kalau dah tak ada orang lain yang jaga, ada anak kecil tengok la siapa yang kesian nak tolong jagakan atau suami ada...padan muka suami?
  • Maut : Maut sekali pun, mungkin kat dunia macam dah selesai masalah sebab dah tak ada kat dunia tapi jangan lupa di sana menunggu...
DUN : Moga kita semua selalu di dalam perliharaan dan lindungan Yang Maha Esa.

Tuesday, January 13, 2009

Anak Dan Bola Ajaib

Dah macam tajuk buku cerita kanak-kanak la pulak "n3" aku kali nih...bukannya apa...bila terkena batang hidung sendiri...tersengih je la...


Anak-anak aku (aku cerita pasal anak-anak aku, tak nak la kata anak orang lain cam ni gak) bila time suruh mandi pagi untuk ke sekolah (antara tugas rutin aku uruskan Kak Long dan Abang Ngah : sehala ke sekolah dan tempat kerja) ...alahai...punyalah sayang nak tinggalkan tempat tidur tu...kekadang tu terpaksa dukung sebab kalau tak buat macam tu alamatnya dengan aku sekali lewat ke tempat kerja...sambil tu pujuk-pujuk...sayang, manja, semua keluar...kalau tak jalan gak terpaksa bebel beb, mana tahan! Lambat kang!

Banyak la benda-benda lain yang kadang-kadang memang boleh meningkatkan temperature ni... So setiap kali aku "naik angin", aku teringat zaman "dolu-dolu" (kira macam tengok dalam bola ajaib tu le...ada ke pun?) selalu gak kena marah ngan bonda tercinta...bila fikir semula...sebab ni rupanya kenapa ibu bapa selalu bebel kat anak-anak mereka...tapi masa tu anak-anak cuma tahu tak suka kena bebel sekalipun tahu kenapa mereka kena bebel. Kurang sabar gak aku rupanya, azam tahun baru ni nak tambahkan sabar la...

DUN: Sedang membelek buku "Why Children Don't Listen" tulisan Monika Kiel-Hinrichsen. Baca? Banyak buku ni weh...buku PTK pun tak ngadap lagi nih...!

Wednesday, October 15, 2008

Mantera Beradu : Tersurat Dan Tersirat

Masih belum sempurna....

Gerakkan hati hati gerakkan
Pandanglah aku akulah dia

Kulitku tebal kukebal ingatku kebal
Banyak berbual makan angin kembung perut mual

Resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang


Pecah tembelang peta dah hilang
Bangau dah pulang suara sumbang

Lidahku kaku tak selicik kuku teman baikku buku
Biniku pena tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

Ikut gerak hati pena melayang
Dilihat dua layang pandang taklah segarang
Takat meradang tanya abang gedang apa barang?
Badan macam badang main acah belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul

Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak


Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat semua janji yang terikat lebur di sisiMu

Yo! Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakar dan bersalaman
Konflik motivasi cuba meditasi
Positif yang benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi
Pekakkan sebelah alang biar keduanya
Muka cantik soalan bodoh yang ditanya
Jadi melodi yang lebih hina dari zina
Lu bikin dosa kubikin prosa
Testosterone testarosa

cita-cita sosa kl kl cosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan


Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat semua janji yang terikat lebur di sisiMu

Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau


Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaw
Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga ikan koi renang-renang
Pura-pura salah jawapan untuk naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan perkara temeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika belok maut


Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat semua janji yang terikat lebur di sisiMu

Puisi hatimu hatimu puisi
Palu hatiku...palu hatiku

Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini ku berbahasa baku
Tatakata nahu himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu
Akhirnya sempurna...


Sumber : Lirik lagu Malique ft M. Nasir.

DUN:Bakal Juara Lagu ni.

Tuesday, September 9, 2008

Salah Siapa?

Jumaat lepas ketika aku dalam perjalanan menunaikan Solat Jumaat, betul-betul di satu persimpangan aku "dikejutkan" dengan tindakan seorang "kakak" yang membelok kereta keluar dari simpang tanpa memberi isyarat sedangkan ketika itu aku berada di jalan utama. Mujur aku sempat memperlahankan kenderaan. Hairannya, pemandu tersebut terus memandu tanpa rasa bersalah atau sekurang-kurangnya memberi isyarat maaf. Lantas teringat aku pada satu tajuk perbincangan berkaitan "pemandu wanita vs pemandu lelaki" yang dikelolakan oleh sebuah stesen radio yang sentiasa panas.


Mungkin "kakak" tadi kecemasan dan oleh kerana tiada apa-apa yang berlaku, aku terus membontoti kereta tersebut untuk meneruskan perjalanan ke masjid. Tiba-tiba aku terpandang satu pelekat yang dilekatkan pada cermin belakang keretanya yang bertulis Perlahan Sikit "Brader"!

Gambar hiasan (dipetik dari juliansi.blogspot.com)

DUN: Siapa yang bersalah? Tetiba je aku teringat lagu Kak Melah...

Wednesday, August 13, 2008

3 Hati 1 Rasa


Pagi hari minggu yang lepas, aku yang dalam perjalanan ke pasar terserempak dengan 2 auntie dan 1 uncle berbangsa Cina terbongkok-bongkok mengutip sesuatu di persimpangan jalan utama Taman Orkid.

Lalu aku memberhentikan kereta dan bertanya kepada mereka apa yang sedang dilakukan. Jawapan yang agak mengejutkan aku terima apabila mereka menunjukkan genggaman masing-masing penuh berisi paku karat berukuran setengah inci.

Ketika itu terbit rasa bangga melihat kesungguhan "3 hati mulia yang mempunyai 1 rasa" dengan payah mengutip satu persatu paku karat tersebut sejak satu jam yang lalu. Seketika kemudian aku berepilog sendiri...andai kata paku-paku itu terjatuh tanpa disedari oleh pembelinya, maafkan dia...tapi sekiranya paku-paku itu sengaja ditabur di situ...,

"Cilaka ini olang oooo!" kata salah seorang auntie yang mengutip paku-paku yang bertaburan.

DUN : Lu fikirlah sendiri...!!!

Thursday, July 17, 2008

Pahitnya Hempedu # 1: Pulangkan

Sepasang suami isteri meninggalkan anak untuk diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dan kerap dibiarkan bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya yang kebetulan menaiki kereta lama ke tempat kerja.Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,

"Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan,

"Tak tahu... !"

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata,

"Ita buat ayahhh.. cantik kan?!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong dan menangis kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil luka-luka. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik luka-luka itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu,

"Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya kedua-dua tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan selepas diberi penerangan terperinci tentang keadaan sebenar anaknya. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.


Sumber : Emel Rakan



Tuesday, June 24, 2008

Nasib Si Penjamin

Alahai…! Sakit hati, sakit jiwa rasanya bila kenangkan perkara ini. Tapi bak kata pepatah “nasi sudah menjadi bubur”, jadi telan je la…sebenarnya aku terjebak dalam menjamin orang ni secara tak sengaja??? Ye la…masa tu aku dapat panggilan telefon dari guru besar beritahu nak datang ke rumah sebab kawan dia juga guru besar nak jumpa. Masa tu rasa seronok dan bangga sebab “orang-orang besar” nak datang melawat walaupun masa tu aku tak tahu sebab apa.

Maka pagi tu aku sibuk ke kedai cari mee basah dan keperluan yang sewaktu dengannya al-maklum nak jamu “orang-orang besar” makan mee goreng. Dengan perasaan teruja aku pun keluarkan kemahiran memasak mee goreng yang aku ada. Bertambah bangga apabila tetamu aku pagi itu memuji dan siap tambah lagi.

Setelah sesi menjamu selera selesai, kawan guru besar aku tadi mengeluarkan borang dan meminta aku menjamin anaknya yang hendak melanjutkan pelajaran. Aku dengan rasa serba salah…sebenarnya tak tahu nak kata apa pada masa tu terus turunkan tanda tangan. Masa tu aku rasa lidah terlalu kelu untuk berkata tidak. Lagipun aku percaya kawan guru besar aku tadi yang juga guru besar tentu akan memantau pembayaran balik anaknya dan sekiranya berlaku apa-apa, dia mampu menyelesaikannya.

Masa terus berlalu dan aku terus dihujani surat yang memberitahu bahawa peminjam tidak membuat pembayaran balik sehinggalah pada tahun lepas (2007), ketika sedang beristirehat pada hujung minggu, aku terpandang nama aku terpampang pada akhbar Berita Minggu sebagai penjamin kepada peminjam dan apa yang akan berlaku sekiranya pembayaran tidak dijelaskan dalam tempoh dua minggu.

Rasa marah, kesal, sakit hati silih berganti. Mood hujung minggu terganggu tiba-tiba. Keesokan harinya aku menghubungi guru besar (bekas guru besar sebab dah pencen) lalu menceritakan segala-galanya. Dengan bantuan bekas guru besar itu tadi aku berjaya menghubungi kawannya dan aku nyatakan rasa kesal yang amat sangat. Dia berjanji akan cuba menghubungi anaknya dan sempat memberitahu bahawa dia sendiri tidak setuju dengan apa yang berlaku sedangkan anaknya ketika ini bekerja, telah berkeluarga dan mampu memiliki kereta. Arrghhhh! Dush! Dush! Dush!

Dengan rasa geram yang masih menebal aku menghubungi pihak yang mengeluarkan kenyataan pinjaman dan memberikan segala maklumat serta nombor telefon yang berkaitan. Pihak tersebut berjanji akan membantu aku dan secara lisan memaklumkan akan cuba mendapatkan surat pelepasan supaya aku tidak dilibatkan lagi selepas ini. Boleh percaya ke? Memang selepas itu hampir setahun aku tidak lagi “diganggu” dan aku percaya dengan pihak tersebut walaupun surat yang dijanjikan tiada sehinggalah bulan lepas aku menerima surat pemberitahuan baki pinjaman peminjam yang aku jamin hanya berbayar RM100.00 sahaja...!Ishhh…kenapa la liat sangat budak ni?!!!

Kepada pihak yang menyediakan pinjaman, tolong ubah dasar penjamin sekurang-kurangnya tiada lagi “insan tidak berdosa” seperti aku ini teraniaya!!!