Followers

Showing posts with label Kak Long. Show all posts
Showing posts with label Kak Long. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya

Lama kan aku 'mendiamkan diri'...bukan sebab lupa password seperti yang didakwa, atau masuk workshop bagai diduga jauh sekali melawat mangsa banjir bagai dikata...tapi aku sebenarnya kelemasan dalam kebanjiran tugasan yang mengganas hujung-hujung tahun ni...namun semalam aku ambil keputusan untuk bercuti kerana ini...

Abang Ngah ketika 'digraduankan'...

Abang Ngah dan rakan-rakan ketika membuat persembahan...

Kak Long ketika menunggu giliran untuk menerima hadiah...

Terbaik mata pelajaran BM (Pemahaman) dan Sains Tahun 2...perlu gandakan usaha!

Anak buah (Hakim)...tempat pertama Tahun 3 dengan 7 mata pelajaran terbaik...tahniah!

Anak buah (Ridzuan) dengan 2 mata pelajaran terbaik (English & Matematik) dan UPSR 4A 1B...tahniah!

Ada seorang lagi anak buah (Farhan) dengan kedudukan dalam kelas nombor 4 keseluruhan tapi disebabkan tiada terbaik dalam mata pelajaran maka tahun ni 'direhatkan' daripada naik ke pentas...apapun Farhan tetap terbaik!!!

Dan kesibukan aku berterusan lagi terutama menjelang minggu hadapan kerana Cik Ayang dijangka bersalin anak kami yang ke-5...semoga semuanya berjalan dengan selamat... Amin!

DUN: Di kala asmara lepaskan layarnya dalam musim hujan...huhuhu!

Wednesday, July 8, 2009

Antara Dua...

Dalam kereta...

Kak Long: Apa tu?

Abang Ngah : Anak cempedak la...

Kak Long : Bukan, tu anak nangka!

Abang Ngah : Anak cempedak!


DUN: Pemberian seorang ustazah semasa MTQ baru-baru ni...

Sunday, June 21, 2009

Kenangan Terindah...

Hari ini mungkin ramai bloggers yang bergelar bapa dilayan dengan istimewa sekali...mungkin juga pelbagai 'kezutan' yang layak disimpan sebagai kenangan terindah sepanjang hayat...apapun memperingati jasa dan pengorbanan seorang ayah bukan hanya pada hari-hari tertentu cuma pada hari ini ianya diraikan di merata tempat...

Bagi aku, ungkapan 'Selamat Hari Bapa' tidak dapat dilafazkan kerana ayah telah meninggalkan kami kira-kira 25 tahun yang lalu...biarpun begitu segala gelak tawa dan kasih sayangnya masih terasa hingga kini...

Dan kini, seawal pagi aku sendiri telah menerima ucapan keramat itu daripada Kak Long yang semakin mengerti dunia realiti dan terima kasih juga kepada Guru Pendidikan Seni Kak Long (Pn. Rozita a.k.a Mem Besor Azlanlin) yang telah 'mengajar' Kak Long membuat kad ucapan yang sangat bermakna buat aku...

DUN: Semoga kita semua menjadi bapa yang berjaya memikul amanah Allah dengan sempurna mungkin...

Thursday, April 23, 2009

Bunting La Pulak...

Waktu santai pada malam hari aku isi dengan kesempatan menonton berita bersama anak-anak (sambil jaga Syakir dan Malihah sebenarnya), sementara Cik Ayang membuat kerja mana yang patut...Abang Ngah sibuk bermain kerana rancangan kegemarannya "tergendala sebentar" sehingga jam 9.00. Kak Long kelihatan sibuk membaca sesuatu.

Kak Long : Ayah, bunting tu apa?

Tanpa mengalihkan pandangan dari kaca tv aku cuba beri penerangan...(satu kesilapan yang besar kerana tidak memberikan perhatian kpd anak2 yang sedang bertanya dan kesannya..?)

Aku : Bunting tu sama macam manusia sedang mengandung. Cuma istilah bunting kita guna pada haiwan...kucing ke...macam Putih hari tu...sebelum ada anak, kan perut dia besar sangat...

Kak Long : Tapi dalam kamus ni tak de gambar haiwan pun, gambar tali dengan tiga segi warna warni ada la....(kata Kak Long sambil menunjukkan Kamus KBSR yang dibacanya.)


Bunting yang dimaksudkan...

DUN: Apa kaitan keladi bunting dengan bunting pelamin?