Followers

Showing posts with label Abang Ngah. Show all posts
Showing posts with label Abang Ngah. Show all posts

Friday, November 20, 2009

Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya

Lama kan aku 'mendiamkan diri'...bukan sebab lupa password seperti yang didakwa, atau masuk workshop bagai diduga jauh sekali melawat mangsa banjir bagai dikata...tapi aku sebenarnya kelemasan dalam kebanjiran tugasan yang mengganas hujung-hujung tahun ni...namun semalam aku ambil keputusan untuk bercuti kerana ini...

Abang Ngah ketika 'digraduankan'...

Abang Ngah dan rakan-rakan ketika membuat persembahan...

Kak Long ketika menunggu giliran untuk menerima hadiah...

Terbaik mata pelajaran BM (Pemahaman) dan Sains Tahun 2...perlu gandakan usaha!

Anak buah (Hakim)...tempat pertama Tahun 3 dengan 7 mata pelajaran terbaik...tahniah!

Anak buah (Ridzuan) dengan 2 mata pelajaran terbaik (English & Matematik) dan UPSR 4A 1B...tahniah!

Ada seorang lagi anak buah (Farhan) dengan kedudukan dalam kelas nombor 4 keseluruhan tapi disebabkan tiada terbaik dalam mata pelajaran maka tahun ni 'direhatkan' daripada naik ke pentas...apapun Farhan tetap terbaik!!!

Dan kesibukan aku berterusan lagi terutama menjelang minggu hadapan kerana Cik Ayang dijangka bersalin anak kami yang ke-5...semoga semuanya berjalan dengan selamat... Amin!

DUN: Di kala asmara lepaskan layarnya dalam musim hujan...huhuhu!

Wednesday, July 8, 2009

Antara Dua...

Dalam kereta...

Kak Long: Apa tu?

Abang Ngah : Anak cempedak la...

Kak Long : Bukan, tu anak nangka!

Abang Ngah : Anak cempedak!


DUN: Pemberian seorang ustazah semasa MTQ baru-baru ni...

Monday, April 27, 2009

Mari Belajar Bahasa Jawa...


Pagi hujung minggu, di rumah Opah. Kelihatan seekor anak kucing sedang membuat "catwalk".

Abang Ngah: Ayah, anak kucing dalam Bahasa Jawa dipanggil apa?

Aku: (adoi abang ngah ni...! Camner lak leh keluar soalan ni...Mana aku nak rujuk time cenggini!) Err..ayah tak tahu, nanti kalau kita jumpa orang Jawa, kita tanya.

Abang Ngah : kitten la...apa la ayah ni!

DUN : Orang Jawa sila tampil beri penjelasan. Terima kasih!

Thursday, April 2, 2009

Kisah Abang Ngah

Minggu lepas...


Abang Ngah balik dari sekolah seperti biasa...cuma kali ni ditemani seorang rakan sekelas. Bila ditanya oleh Opah, Abang Ngah sekadar menjawab,

"Dia nak ikut Abang Ngah balik!"

Hari Isnin (30 Mac 2009)...

Abang Ngah pulang dari sekolah dengan membawa sebatang aiskrim sedangkan aku tidak memberikannya duit belanja. Bila ditanya, Abang Ngah tersenyum dan berkata,

"Kawan Abang Ngah yang ikut balik hari tu belanja!"

Hari Selasa (31 Mac 2009)...

Abang Ngah galak bercerita dengan Opah, kawannya peluk dia dengan kuat.

"Sampai nak tercekik Abang Ngah!"

Hari Rabu (1 April 2009)...

Warga SKSB gempar dengan berita seorang ustazah kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Kemalangan yang turut mengorbankan anak lelakinya yang berusia 6 tahun, manakala ustazah tersebut dan seorang lagi anak perempuannya selamat.

Ketika pulang dari kerja dan singgah mengambil Abang Ngah dan Kak Long di rumah Opah,

"Ayah, kawan Abang Ngah dah meninggal...!" Kata Abang Ngah membuatkan aku serba salah.

Malam...

"Ayah, kawan Abang Ngah baru 6 tahun dah meninggal!"

"Tak apalah...itu janji dia dengan Allah...baik Abang Ngah baca Al-Fatihah untuk dia."


Al-Fatihah!

DUN: Abang Ngah semakin mengerti warna-warni kehidupan.


Monday, March 30, 2009

Earth Hour 2009

Sejujurnya baru tahun ni aku "terperasan" benda ni ada...itu pun bila kerap dengar promo melalui radio yang sentiasa hangat tatkala memandu menghantar anak-anak ke sekolah dan ke tempat kerja...sampaikan Kak Long dan Abang Ngah pun "tahu" apa itu Earth Hour.

Kebetulan sekarang ni setiap hujung minggu Kak Long dan Abang Ngah memilih untuk tidur di rumah Opah bermula hari Jumaat dan akan diambil pada petang Ahad. Maka petang Ahad baru-baru ni ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Abang Ngah lantas bertanya;

Abang Ngah : Ayah padam lampu tak masa Earth Hour tu...ala satu jam aje!

Aku : Ayah tak padam sebab Malihah dengan Syakir kecil lagi...tak biasa bergelap sangat...lain la kalau dorang dah tidur...

Abang Ngah : Oooooo!

Sebagai menambah perbualan, aku sengaja tanya soalan yang sepatutnya aku tahu jawapannya.

Aku : Rumah Opah padam lampu ke? (Padahal aku tahu tentu tak padam punya)

Abang Ngah : Padam!

Aku : (Dalam Hati ...Biar betul Abang Ngah ni!)

Abang Ngah : Mula-mula ada bunyi POM!..Kuat sangat... Abang Ngah takut terus peluk Opah!

DUN: Blackout ropanya!Huhu!

Monday, March 2, 2009

Abang Keli


Kisah ni tak ada kena mengena dengan abang yang jual keli ke...atau abang yang tangkap keli macam gambar yang di atas...

Alkisah, Abang Ngah kalau nak makan nasi...lauk ikan keli mesti ada... tak kisah le goreng gitu je ke, goreng berlada ke, gulai ke, bakar ke...asalkan keli! Dia sanggup tak makan seharian jika lauk ikan keli tak masuk dalam senarai menu...masalahnya aku ngan Cik Ayang ni dah tak boleh nak "tengok" ikan keli ni...

Dek kerana dah tak lalu...aku pun beli ikan talapia merah...buat bakar cicah kicap.

Abang Ngah : Hari ni tak de lauk keli ke?

Aku : Ni kakak ikan keli...sedap gak...cuba rasa. Sedap tak?

Abang Ngah : Sedap...

Selamat aku....minggu berikutnya...aku beli baung sungai...siap masak gulai lemak tempoyak.

Abang Ngah : Ibu masak lauk apa hari ni?

Aku : (mencelah sebelum Cik Ayang sempat menjawab) Ibu masak abang ikan keli...lagi sedap!

Abang Ngah : Betul la ayah...memang sedap! Nanti ayah beli abang ikan keli ni hari-hari ye...Abang Ngah suka la...

Cik Ayang pandang aku sambil tersenyum manis....

DUN: Sedap tu memang sedap...poket ni je yang tak berapa sedap!

Friday, February 13, 2009

Ulam Oh Ulam!

Kelihatan opah sedang memetik pucuk putat untuk dibuat ulam sebagai memenuhi tuntutan cik ayang yang sekali-sekala ingin bermanja dengan ibunya ketika pulang bercuti ke kampung baru-baru ini.

Abang Ngah : Opah buat ape tu?

Opah : Ambil ulam ibu.

Abang Ngah : Ulam bapa tak de ke?

Ni la "ropa" ulam yang dimaksudkan...pucuk putat dan buah putat. Sebelum menjadi "somi" cik ayang, aku sendiri pun tak pernah kenal dan dengar pasal pokok ni...khabarnya menjadi kegemaran orang-orang "utara". Sekarang jangan cakap la...kalo balik je kampung sana, inilah ulam kegemaran aku...sedap...kelat-kelat lemak! Cecah lak ngan sambal tempoyak...perghhhh!!!

DUN : Ada ulam bapa ke brader oneZ?