Followers

Showing posts with label MPV. Show all posts
Showing posts with label MPV. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

Siang Terbayang Malam Merindu...

Benarlah kata pepatah, dari mata turun ke hati...sejak aku terpandang akan dia yang putih mulus...hati telah terpikat. Lantaran tidak mampu menipu...kuluahkan hasrat hati kepada Cik Ayang...Cik Ayang bagaikan tidak percaya...aku makin resah...

Aku: Bagaimana?

Cik Ayang : Terpulang la pada abang...kalau itu dah kehendak dan ada kemampuan.

Masa terus berlalu dan tibalah hari yang dinanti-nantikan...

Aku: Abang akan ke sana petang ni...Kalau Ayang ada lagi bahagia rasanya...

Cik Ayang : Tak apa la...nanti jumpa juga...

Bertemankan seorang rakan karib yang bakal menyaksikan termetrainya ikatan janji...selepas solat Jumaat, kami terus menuju ke destinasi.

Bersambung la pulak...nak gi PTK ni weh!

Friday, October 24, 2008

Proton MPV : Yang Mana Satu Idaman Hati?

Tahun 2008 ni dah bertambah seorang lagi ahli keluarga...sekarang dah ada 6 ahli keluarga. Kereta Wira kira dah tak muat seat dah apatah lagi kereta kancil silver tu yang comel macam cik ayang tu. Masa baby ni ok la lagi...dah beso sikit hari lagi mau berebut kerusi (macam dalam politik la pulak), tengok lak kengkawan dah ramai yang guna MPV dan yang sewaktu dengannya.


Apalagi... thinking cap!

Gambar Hiasan
Grand Livina...dah jadi kereta idaman orang lain..."kaler" hitam, siap singgah kat rumah lagi...

Gambar Hiasan
Estima memang menjadi "pojaan" hatiku,...lebih-lebih lagi "kaler" putih, tapi apakan daya...

Gambar Hiasan
"Proton MPV"? Cantik gak kan? Member yang sempat tengok ruang dalaman di kilang Tanjong Malim kata, "luas macam Innova!" Kot-kot sangkut dalam peraduan "Menamakan Proton MPV"...!

DUN: Anak aku yang sulung kata, "kalau ayah tak cukup duit nak beli kereta ni , ambil je duit raya kakak yang RM 93.00 tu." Gulp!!!