Followers

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Friday, February 6, 2009

Atur Kurang Atur


Cara nak melihat orang tu teratur atau kurang teratur, lihat pada cara dia menguruskan diri, cara dia meletak barang-barang, adakah teratur atau tidak (berterabur).

Orang yang teratur hidupnya, sentiasa kemas. Dia sukakan kebersihan dan kekemasan di mana jua dia berada, terserlah dalam apa jua yang dilakukannya.

Kelemahan orang yang terlalu atur pula adalah, cepat stress bila berdekatan dengan situasi penuh tekanan, yang kelam kabut dan haru biru. Biasanya, mereka suka suasana relaks dan selesa.

Orang yang kurang teratur hidupnya, kurang bersih dan kurang kemas. Bukan semestinya tak bersih, cuma kurang. Maksudnya tak terlalu teratur seperti jenis orang di atas.

Paling ketara, mereka berani, dalam perkataan, perbuatan dan pergaulan. Mereka juga ada semangat setia kawan yang tinggi dan sungguh fleksibel, cepat menyesuaikan diri dengan apa jua situasi.

Kelemahan orang terlalu kurang teratur adalah, bersikap terlalu terbuka dan kurang hormat pada orang sekeliling. Biasanya, suka memaki hamun sesuka hati, suka menyindir, bercakap besar dan suka memperbodoh-bodohkan orang lain untuk kepentingan mereka.

Jika Anda berjumpa dengan kedua-dua jenis orang di atas, kena pandai bawa diri. Kenali diri Anda jatuh di kategori mana terlebih dahulu, mungkin juga Anda ada kedua-dua sifatnya, bergantung pada mood Anda pada masa itu.

Oleh Shukri Abdullah.

DUN: Atur kurang atur supaya nampak teratur dan lebih teratur...

Thursday, February 5, 2009

Apa Yang Orang Cemerlang Bincangkan

“Orang-orang gagal suka berbincang mengenai hal orang lain. Orang-orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang-orang berjaya pula, suka berbincang mengenai perkara yang dapat mengubah diri mereka ke arah pencapaian yang lebih cemerlang, lebih baik dari yang sebelumnya.”

Bila kita tekad mahu menjadi orang yang cemerlang, hentikan bercakap lebih banyak tentang orang lain, apa yang mereka lakukan, kegagalan mereka, bisnes mereka dan apa yang membuat kita tidak puas hati dengan sikap mereka.

Tetapi, ubah sikap itu dengan memfokus kepada perubahan yang boleh diaplikasikan pada diri Anda sendiri, supaya dapat membentuk Anda menjadi orang yang cemerlang, tak kira cemerlang dalam pelajaran, kerjaya mahupun perniagaan.

Salah satu sikap orang cemerlang adalah, mereka sentiasa berubah supaya dapat memajukan diri kepada level yang lebih baik.

Mereka meniru sikap orang-orang yang lebih cemerlang daripada mereka lalu menyerapnya menjadi sikap diri sendiri.

Tips motivasi kali ini, cari orang-orang cemerlang, tiru pemikiran mereka, mindset mereka dan kalau boleh berkongsi aspirasi mereka, agar Anda juga dapat berjaya seperti mereka!

Oleh Shukri Abdullah.

DUN: Gembira dikelilingi rakan blogger yang cemerlang...dan suka berkongsi aspirasi ngan blogger yg namanya azlanlin.