Followers

Thursday, April 30, 2009

Mata Bertentang Mata...

Menjelang 5 Mei 2009, aku agak sibuk kerana ada satu "agenda negara" akan berlangsung pada tarikh tersebut. Mahu tidak mahu aku terpaksa berulang alik ke "venue" sejauh 45 km sehala untuk mengenalpasti persediaan dan persiapan yang telah dijalankan setakat ini. Kebetulan "venue" yang dimaksudkan terletak di bawah "jajahan" kami. Memang tak kering peluh dibuatnya!

Terdahulu, aku dan rakan-rakan telah tiga kali dijemput bermesyuarat/bertaklimat bersama "orang-orang besar" dari kementerian dan MDeC mengenai susun atur perjalanan agenda tersebut. Seriau gak la sebab inilah pertama kali aku "semeja" bertentang mata dengan "orang-orang besar". Selama ni bermesyuarat dengan orang-orang yang tak berapa besar je!

Antara "orang-orang besar" yang hadir.

DUN: Nantikan 5 Mei 2009 melalui media cetak dan elektronik di tempat anda...tungguuuuu!!!

Monday, April 27, 2009

Mari Belajar Bahasa Jawa...


Pagi hujung minggu, di rumah Opah. Kelihatan seekor anak kucing sedang membuat "catwalk".

Abang Ngah: Ayah, anak kucing dalam Bahasa Jawa dipanggil apa?

Aku: (adoi abang ngah ni...! Camner lak leh keluar soalan ni...Mana aku nak rujuk time cenggini!) Err..ayah tak tahu, nanti kalau kita jumpa orang Jawa, kita tanya.

Abang Ngah : kitten la...apa la ayah ni!

DUN : Orang Jawa sila tampil beri penjelasan. Terima kasih!

Thursday, April 23, 2009

Bunting La Pulak...

Waktu santai pada malam hari aku isi dengan kesempatan menonton berita bersama anak-anak (sambil jaga Syakir dan Malihah sebenarnya), sementara Cik Ayang membuat kerja mana yang patut...Abang Ngah sibuk bermain kerana rancangan kegemarannya "tergendala sebentar" sehingga jam 9.00. Kak Long kelihatan sibuk membaca sesuatu.

Kak Long : Ayah, bunting tu apa?

Tanpa mengalihkan pandangan dari kaca tv aku cuba beri penerangan...(satu kesilapan yang besar kerana tidak memberikan perhatian kpd anak2 yang sedang bertanya dan kesannya..?)

Aku : Bunting tu sama macam manusia sedang mengandung. Cuma istilah bunting kita guna pada haiwan...kucing ke...macam Putih hari tu...sebelum ada anak, kan perut dia besar sangat...

Kak Long : Tapi dalam kamus ni tak de gambar haiwan pun, gambar tali dengan tiga segi warna warni ada la....(kata Kak Long sambil menunjukkan Kamus KBSR yang dibacanya.)


Bunting yang dimaksudkan...

DUN: Apa kaitan keladi bunting dengan bunting pelamin?

Wednesday, April 22, 2009

Terima Kasih Daun Keladi...

Terima kasih kerana sudi "memeriahkan" Majlis Ulang Tahun Ke-1 Blog DUN Behrang 2020...kepada yang tak sempat datang tu, boleh je datang bila-bila masa...cuma tak leh la rasa nasi briyani perasa chicken chop masakan julietchun tu...


Sempena genap setahun ni, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menceriakan hari-hari yang telah aku lalui...meskipun tak pernah bersua muka...(kecuali bbrp orang yang siap ngeteh lg), moga perkongsian ini memberi manfaat dan mengeratkan silaturrahim antara kita!

Dan sebelum "pulang" tu...silakan ambil sorang satu kad yang telah aku sediakan sebagai tanda mata dan hati kita pernah bergurau senda. Maaf andai selama tempoh itu ada bahasa yang mengguris, ada hati yang terhiris...

Istimewa untuk semua rakan bloggers yang mempunyai pautan dan followers yang sudi menjadi pengikut blog ini.

Tuesday, April 21, 2009

Anda Di Jemput...


Adalah dengan segala hormatnya anda rakan-rakan pembaca blog ini dijemput menghadiri Majlis Ulang Tahun Blog DUN Behrang 2020 yang Ke-1 pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 21 April 2009
(n3 pertama pd 21 April 2008...camner lak leh lewat drp GPI nih!)

Masa : Bila-bila masa anda lapang dan suka....

Tempat : Di mana jua anda berada...

Berikut adalah senarai AJK yang dilantik TANPA persetujuan empunya diri;

Bacaan Doa : GPI

Penyambut Tetamu : Azlan Lin

Tukang Masak : JulietChun

Pengacara Majlis : Sonata Anak Kancil

Tukang Buat Air Strawberry : One Z

Tukang Hias Dewan Majlis : Kak Ngah and the gang

DUN: Nak kek cam GPI dapat tu!

Thursday, April 16, 2009

Camar Yang Pulang...

Program ke SK Pos Musoh : 14 & 15 April 2009


Berkumpul di SK Batu 7 sebelum meneruskan perjalanan sejauh 19 km , menaiki kenderaan Guru Besar yang cukup selesa...yahoooooooo!!!

Perjalanan diteruskan dengan menaiki motor penduduk Kampung Asli Pos Musoh sejauh 6 km mendaki Banjaran Titiwangsa...yehaaaa!!!

Tersangkut jua akhirnya...keadaan jalan tanah merah yang sangat "mengerikan" memaksa kami menapak sejauh 1 km ke destinasi...

Selamat tiba ke destinasi impian...mana lak dorang ni pergi?


La...takkan tergolek dah bro! Penat berjalan wooooo!!!

Antara guru yang bertungkus lumus menyediakan makanan dan minuman sepanjang kami berada di sini...terima kasih cikgu!

Sebelum...

Susun atur PSS setelah "dimake overkan..."

Aktiviti diteruskan selepas solat Asar...semangat yang terus membara!

Guna kain pun boleh....

Seorang guru sedang mencuba talian internet... dunia tanpa sempadan!

Akhirnya Guru Besar tersenyum lebar...

DUN: Lepas ni nak "melawat" selatan Batang Padang lak...

Friday, April 10, 2009

Bila Larut Malam....Cewah!!!

Minggu depan, 14 dan 15 April 2009 insya Allah aku akan "melawat kawasan" di sebelah utara Batang Padang. Tinjau-tinjau kekurangan, kerosakan dan keperluan yang boleh dibantu. Bakal bermalam di perkampungan Orang Asli, pastinya menggamit memori silam...dan bila larut malam...

video


DUN: Layanzzzzzzzz!

Tuesday, April 7, 2009

Sedar Tak Sedar

Kesempatan menemani Cik Ayang yang dipanggil oleh Unit Kecemasan (on-call) pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas menarik minat aku untuk menulis n3 berikut...

Oleh kerana bersebelahan dengan Unit Farmasi merupakan kawasan yang paling redup maka aku pun memilih kawasan tersebut untuk menunggu bersama anak-anak sehingga Cik Ayang selesai menyediakan ubat-ubatan yang diminta oleh Unit Kecemasan.

Kebiasaannya pada waktu itu jugalah kumpulan penagih yang "sedar" dan berhajat untuk melupakan ketagihan mereka datang untuk mendapatkan methadone, sejenis ubat yang membantu mengurangkan ketagihan. Silih berganti, ada yang amat "tegar" dan ada yang badan seperti Fahrin Ahmad. Pernah juga aku lihat yang datang bersama isteri dan anak-anak. Itu bagi yang sedar...dan aku percaya masih ramai lagi di luar sana yang belum sedar!


DUN: Cuma yang aku sedih...majoriti yang datang tu "orang kita!!!"

Friday, April 3, 2009

Makan Setalam...

Amalan makan setalam boleh membuatkan hubungan suami isteri dan anak-anak menjadi sangat rapat dan mesra.

Pertengkaran dengan pasangan pun tidak pernah terjadi. Jika ada perselisihan faham biasanya dapat diatasi dengan cepat.


DUN: Teringin nak cuba...! " iina, pinjam gambar...!"

Thursday, April 2, 2009

Kisah Abang Ngah

Minggu lepas...


Abang Ngah balik dari sekolah seperti biasa...cuma kali ni ditemani seorang rakan sekelas. Bila ditanya oleh Opah, Abang Ngah sekadar menjawab,

"Dia nak ikut Abang Ngah balik!"

Hari Isnin (30 Mac 2009)...

Abang Ngah pulang dari sekolah dengan membawa sebatang aiskrim sedangkan aku tidak memberikannya duit belanja. Bila ditanya, Abang Ngah tersenyum dan berkata,

"Kawan Abang Ngah yang ikut balik hari tu belanja!"

Hari Selasa (31 Mac 2009)...

Abang Ngah galak bercerita dengan Opah, kawannya peluk dia dengan kuat.

"Sampai nak tercekik Abang Ngah!"

Hari Rabu (1 April 2009)...

Warga SKSB gempar dengan berita seorang ustazah kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke sekolah. Kemalangan yang turut mengorbankan anak lelakinya yang berusia 6 tahun, manakala ustazah tersebut dan seorang lagi anak perempuannya selamat.

Ketika pulang dari kerja dan singgah mengambil Abang Ngah dan Kak Long di rumah Opah,

"Ayah, kawan Abang Ngah dah meninggal...!" Kata Abang Ngah membuatkan aku serba salah.

Malam...

"Ayah, kawan Abang Ngah baru 6 tahun dah meninggal!"

"Tak apalah...itu janji dia dengan Allah...baik Abang Ngah baca Al-Fatihah untuk dia."


Al-Fatihah!

DUN: Abang Ngah semakin mengerti warna-warni kehidupan.


Wednesday, April 1, 2009

OBSESI : Siri Akhir

Rintik-rintik hujan mula membasahi bumi. Tiba-tiba ingatanku beralih kepada kejadian yang berlaku siang tadi. Masih jelas terngiang di telingaku pertanyaan yang diajukan oleh Terbang. Kehairanan dan berbaur kesal.


”Mengapa Batin halau Encik Hassan dan orang-orang dari pejabat tanah itu?”


”Habis, kamu mahu aku berdiam diri sahaja? Ikut sahaja telunjuk mereka, begitu?“ Aku mula tidak puas hati.


”Bukan macam itu. Aku faham, tetapi bukankah Encik Hassan datang dengan cara yang baik?” Soal Terbang lembut.


”Baik? Macam itu, baik kata kamu? Kamu tengoklah sikap kawannya tadi. Dia kata tindakan aku boleh menghalang kemajuan negara. Boleh menyebabkan kaum kita terus hidup dalam kemunduran. Ketinggalan zaman. Lebih sakit hati aku apabila dia kata aku tiada hak ke atas tanah ini!” Aku mula meninggikan suara. Marah benar rasanya.


”Sebenarnya Batin sudah salah faham,” ujar Terbang lagi.


”Aku salah faham? Dia yang tidak faham! Tanah ini ayah aku yang teroka. Ayah kamu pun sama. Kamu ingat begitu senang orang lain hendak ambil? Aku tidak akan membiarkan perkara ini berlaku. Kamu suruh sahaja mereka balik. Sebelum darah aku naik, lebih baik kamu suruh mereka balik sekarang juga. Pergi balik! Balik!”


Apa sudah jadi dengan Terbang? Sudah butakah hatinya untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Tidak mungkin Terbang tidak dengar apa yang diperkatakan. Dia duduk betul-betul di belakang aku. Mana mungkin. Atau dia sengaja buat-buat tidak dengar. Boleh jadi!


Sambungan...