Followers

Tuesday, April 7, 2009

Sedar Tak Sedar

Kesempatan menemani Cik Ayang yang dipanggil oleh Unit Kecemasan (on-call) pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas menarik minat aku untuk menulis n3 berikut...

Oleh kerana bersebelahan dengan Unit Farmasi merupakan kawasan yang paling redup maka aku pun memilih kawasan tersebut untuk menunggu bersama anak-anak sehingga Cik Ayang selesai menyediakan ubat-ubatan yang diminta oleh Unit Kecemasan.

Kebiasaannya pada waktu itu jugalah kumpulan penagih yang "sedar" dan berhajat untuk melupakan ketagihan mereka datang untuk mendapatkan methadone, sejenis ubat yang membantu mengurangkan ketagihan. Silih berganti, ada yang amat "tegar" dan ada yang badan seperti Fahrin Ahmad. Pernah juga aku lihat yang datang bersama isteri dan anak-anak. Itu bagi yang sedar...dan aku percaya masih ramai lagi di luar sana yang belum sedar!


DUN: Cuma yang aku sedih...majoriti yang datang tu "orang kita!!!"

11 comments:

azlanlin said...

Adakah benar persepsi yang kita buat berdasarkan apa yang lihat? buktikan..

Bukankah, kita mudah menjadi "hakim" dengan menjatuhkan hukuman berdasarkan persepsi kita? Ermmm...

Ada juga yang sememangnya batuk...

DUN Behrang 2020 said...

Ish...bro, yg ni mmg bukan ambil ubat batuk...ambil ubat batuk lain pintunye...kena lak hari Sabtu dan Ahad...klinik kerajaan tutup KECUALI kecemasan...Bukti? Ade je....!

DUN Behrang 2020 said...

Bukan sengaja "menelanjangkan" org Melayu, tetapi ada kalanya kita terpaksa terima hakikat...

Pun sebenarnya risau krn cabaran2 yg lebih hebat menanti anak2 kita di hadapan sana...

ONE ZABA said...

bumi kita ni kan panas. banyak minum ais...maka dpt la penyakit batuk. dah tentulah obatnya, obat batuk. dan org kita pulak sgt pandai merenowet sesuatu menjadi sesuatu yg memudaratkan. maka terjadi lah apa yang kita lihat dan dengar tiap hari tentang org kita.

DUN Behrang 2020 said...

To One Z:
Tu la...bab2 meronewet ni mmg terer bebeno...cuba renowet jalan nk ke Cameron ke... jgn bg bengkang bengkok...leh gak aku g tiap2 hari kutip stroberi...

julietchun said...

aku penah jumpa srg student lelaki berusia 16tahun dah terlibat dgn dadah sejak berusia 11 tahun kerana pengaruh kawan2 dan dia anak org kaya tapi tak dpt perhatian dari makpak. Orgnya hensem, bijak, tapi dah jadi penagih tegar skang ni.Kita dah rugi sorang yg ber IQ tinggi.

Binjaie said...

aku sokong ko DUN B, mmg hakikatnya org kita...

DUN Behrang 2020 said...

To Juliet:

Sayangkan! Sepatutnya org2 yg bijak IQ cenggini harapan kita utk masa depan...biasanya dh terlewat sok baru sedar!

DUN Behrang 2020 said...

To Binjaie:

Tu la...jgn dorang ingat aku camtu gak sbb parking keta kt situ dah le...

GPI said...

azlan kata:
Ada juga yang sememangnya batuk...

teman kata:
yg batuk btol2, jrg amik yg free.. sggup pi beli.. breacol, cap ibu anak, klapa laut afrika.. dll.
yg amik free ni.. sbb? dah xda pilihan.. nak jugak.. nak jugak..

DUN Behrang 2020 said...

To GPI:

Teman berkecuali k...teman mmg nk yg free tu je...bukan sbb tak de pilihan k! Tp kalo batuk teman telan madu ngan titisan limo nipis je...