Rintik-rintik hujan mula membasahi bumi. Tiba-tiba ingatanku beralih kepada kejadian yang berlaku siang tadi. Masih jelas terngiang di telingaku pertanyaan yang diajukan oleh Terbang. Kehairanan dan berbaur kesal.
”Mengapa Batin halau Encik Hassan dan orang-orang dari pejabat tanah itu?”
”Habis, kamu mahu aku berdiam diri sahaja? Ikut sahaja telunjuk mereka, begitu?“ Aku mula tidak puas hati.
”Bukan macam itu. Aku faham, tetapi bukankah Encik Hassan datang dengan cara yang baik?” Soal Terbang lembut.
”Baik? Macam itu, baik kata kamu? Kamu tengoklah sikap kawannya tadi. Dia kata tindakan aku boleh menghalang kemajuan negara. Boleh menyebabkan kaum kita terus hidup dalam kemunduran. Ketinggalan zaman. Lebih sakit hati aku apabila dia kata aku tiada hak ke atas tanah ini!” Aku mula meninggikan suara. Marah benar rasanya.
”Sebenarnya Batin sudah salah faham,” ujar Terbang lagi.
”Aku salah faham? Dia yang tidak faham! Tanah ini ayah aku yang teroka. Ayah kamu pun sama. Kamu ingat begitu senang orang lain hendak ambil? Aku tidak akan membiarkan perkara ini berlaku. Kamu suruh sahaja mereka balik. Sebelum darah aku naik, lebih baik kamu suruh mereka balik sekarang juga. Pergi balik! Balik!”
Apa sudah jadi dengan Terbang? Sudah butakah hatinya untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Tidak mungkin Terbang tidak dengar apa yang diperkatakan. Dia duduk betul-betul di belakang aku. Mana mungkin. Atau dia sengaja buat-buat tidak dengar. Boleh jadi!
7 comments:
rumah baru :D
Anda seorang penulis yg bagus, teruskan usaha, sekian.
To Julietchun:
Terima kasih...
Pasal rumah baru...ye la..tgk rumah org siap ada bunga2 besar kaler merah + pink...mau tak jeles!
Pasal penulis tu...komen cam cikgu skolah tulis dalam buku kemajuan je...
patut lama ilang...tuka rumah rupanya.
To 1z:
Banyak sebab lama ilang bro...br balik sempadan siam, pastu cuti rehat lagi...pastu tuko umah, kemas umah....macam2 lg la...naasib baik tak sangkut ngan org siam!
aduhai...lama benor, sambungannya.dah ingat2 lupa siri 1.2.3....
lawa cat / perabot baru...tangan sape melekat tu...pen tu berapa rm/dolar/rupiah....
To sonata:
sambungan tertangguh lama sbb penaja lari...
Mula-mula nk ngaku tangan sendiri psl nmpk "ensem" tp bila tgk kuku tu ada pjg skit terus kensel...tak simpan kuku pjg...
pen tu walaupun lawo tp murah je...2 hengget 10 batang...tp tarikh tempahan dh tutup daaa!
Post a Comment