Followers

Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Tuesday, August 30, 2011

Satu Hari Di Hari Raya...

Syawal datang lagi dan untuk tahun ini kami telah bersetuju untuk memilih warna biru sebagai tema...dan kali ini giliran raya pertama di rumah Bonda. Satu hari di rumah Bonda dan esok akan berangkat ke rumah mertua untuk menyambung raya di sana sehingga 'habis' cuti...


DUN : Entah berapa kali 'take' tapi tak semua yang pandang kamera...nak buat macam mana kan?

Tuesday, September 7, 2010

Biru Mata Hitamku...

Masjid Al-Hidayah, Behrang 2020 yang serba biru tatkala menyambut kedatangan Ramadan tempohari...

Kad hari raya berlatarbelakangkan 'Masjid Biru' (bukan pink ye!') khas untuk semua rakan-rakan blogger...

DUN: Kepada semua rakan-rakan blogger...Maaf Zahir & Batin...

Saturday, August 7, 2010

Alahai Anak Omak...

Ahad minggu lalu tertunai sudah hajat Bonda untuk membuat Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat sempena kedatangan Ramadhan dan mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Maha Pencipta. Kesempatan itu juga, Bonda dapat berjumpa rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu lantaran faktor usia dan kesihatan yang sedikit menjejaskan pergerakan Bonda untuk aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Juga, pastinya anak-anak Bonda yang sejak awal telah menetapkan bahawa tarikh tersebut merupakan tarikh 'wajib' pulang ke kampung...

Lazimnya, 'kenduri' merupakan majlis yang agak sibuk. Usai majlis utama, tetamu dijemput menikmati makan tengah hari. Dalam kesibukan melayan tetamu, perhatian dialihkan dan anak-anak 'terlepas' daripada pemerhatian aku seketika.

Maka sedikit kecoh apabila Kak Chik @ Malihah hilang dari kumpulan rakan sepermainan. Kalut, risau dan resah silih berganti. Memang aku bimbang sehinggalah akhirnya...

|

|

|

|

|

|

Kak Chik ditemui dicelah-celah tetamu yang hadir sedang menjamu selera...

DUN: Awasi anak anda...!

Monday, May 24, 2010

Aku Yang Kau Panggil Sayang...

Kemeriahan Hari Guru tidak berakhir pada 16 Mei atau 17 Mei sahaja sebaliknya berlarutan seminggu lamanya dan dalam tempoh tersebut aku masih menerima beberapa hadiah dari anak-anak Tahun 1 ini...

Bukan nilai atau harga yang jadi ukuran tetapi rasa dihargai oleh anak-anak ini membuatkan aku lagi terpanggil untuk mendidik semampu yang boleh tetapi bukan bermakna yang tidak menghadiahkan aku apa-apa akan dipinggirkan...bagi aku mereka adalah sama!

Namun, seawal pagi Rabu aku dihadiahkan sesuatu di dalam sebuah kotak yang tidak berbalut. Teruja untuk melihat apa isinya, aku lantas membuka dan...jeng...jeng...jeng...

|

|

|

|

|

|

Seutas tangan berjenama POLO CLUB!

Keterujaan aku bertukar menjadi bimbang...lantas aku belek belakang jam tersebut dan tertera 'Bank $$$$$ - 25 th Anniversary'...alahai anak...

DUN: Aku perlu bersemuka dengan kedua ibu bapa murid ini...

Friday, May 21, 2010

Percayalah...

Pengumuman....pengumuman....

Kepada Pn. Linda, Cik Juliet, Cik KTS, Pn. Catwoman, KakNgah, Cikgu ckLah, iina, Cikgu Sonata dan yang sewaktu dengannya...mohon sediakan 'apa-apa' yang patut...sebab aku tidak bertanggungjawab dengan apa yang bakal berlaku selepas ini...

Diumumkan 'Artis' Solo Terbaik bagi persembahan Hari Guru SKTM 2010 disandang oleh DUN Behrang 2020! Biar betullllll??? Lihatlah duniaaaaaaaaaa....


Dan setelah menonton semula rakaman yang dibuat, aku mengambil keputusan untuk bersara seketika secara serta merta dalam bidang seni ini...kata orang elok 'bersara' ketika nama tengah memuncak, hahahahahaha!

DUN: Aku tak salahkan korang andai tak percaya kerana aku pun sebenarnya masih tidak percaya...

Monday, May 17, 2010

Lagu Jiwa Lagu Cinta...

Bersaksikan murid-murid dan warga sekolah...akhirnya dendamku terlerai sudah...

DUN: Cik Ayang dan anak-anak tak payah jadi juri dah lepas ni...

Sunday, May 16, 2010

Terlalu Istimewa..

Umum mengetahui 16 MEI merupakan hari guru...dan buat sekian lama akhirnya hari ni aku menerima ucapan sms bertalu-talu daripada nombor-nombor yang aku kenali juga nombor-nombor yang aku tak pasti...apapun terima kasih atas ucapan itu...juga kiriman ucapan melalui FB!


Esok, seawal pagi sambutan di peringkat sekolah...bermula dengan aku 'dipilih' sebagai salah seorang pembaca perutusan...diikuti acara sukaneka dan kemuncaknya persembahan guru...

Sebagai Ketua Persembahan Guru, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pentadbir dan guru-guru kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada aku yang masih 'baru'...walau pada peringkat awal khabarnya ada yang menentang di belakang, hairannya aku mendapat maklum balas yang di luar jangkaan...dan semua cadangan tidak mendapat sebarang bantahan...

Dan kerana aku berjaya 'memaksa' kumpulan-kumpulan guru membuat persembahan, sudah pasti aku 'terpaksa' menjadi lebih over...dan buat pertama kalinya esok aku sanggup membuat persembahan solo di hadapan pentadbir, guru-guru dan murid-murid...dan atas 'permintaan', aku bakal men'sumbang'kan lagu Yank/Yang (Wali Band)...hahahaha...jangan ada yang rakam pastu masuk youtube...

Dan ketika ini juga aku sedang giat berlatih disaksikan oleh Cik Ayang dan anak-anak...

DUN: Kini baru kurasai semula kemanisannya bagai....sila sambung ikut kreativiti kalian...

Sunday, May 9, 2010

Bertakhta Di Hati...

Saban tahun sambutan Hari Ibu diawalkan sehari kerana 8 Mei merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Bonda dan Cik Ayang...sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup aku apabila dua orang insan yang paling aku sayang berkongsi tarikh yang sama...


Kepada Bonda, terima kasih kerana menjadi ibu yang hebat, membesarkan aku dengan penuh lara tanpa suami disisi sejak 25 tahun yang lalu dan kini setiap detik akan aku cuba untuk membahagiakanmu ibu...

Kepada Cik Ayang...inilah luahan dari hati seorang suami...yang tidak pernah berhenti untuk mencintaimu...insan yang telah sudi menerima seadanya aku...aku sangat bersyukur dan berterima kasih kerana dikau menjadi ibu kepada anak-anak kita...

Dan kepada ibu-ibu ini dan ibu-ibu di luar sana, sesungguhnya keikhlasan anda melahirkan anak-anak telah meletakkan anda ke satu martabat yang sangat tinggi dan mulia yang tidak dimiliki oleh lelaki yang bergelar suami...


DUN: Sayangi ibu, sayangi ibu, sayangi ibu!!!

Saturday, April 17, 2010

Ramalanku Benar Belaka...

Kesibukan beberapa minggu diakhiri dengan temasya sukan sekolah pagi tadi...dan esok di pusat bowling JJ, Ipoh...aktiviti 'memenatkan' badan diteruskan namun berbaloi dek rasa kekeluargaan dan kekitaan yang mendalam...anjuran Badan Kebajikan Staf SKTM.

Pagi tadi, ketika juru acara meminta guru-guru lelaki berentap dalam acara 100 meter, aku pada mulanya berat hati namun kekurangan seorang lagi peserta membuatkan aku menukar fikiran...

Sememangnya semasa di maktab aku merupakan ahli kelab olahraga dan peluang ini aku gunakan untuk melihat sejauh mana keupayaan aku yang telah terlalu lama aku 'tinggalkan'...

Ke garisan...

Sebaik wisel dibunyikan, aku mengerah seluruh tenaga untuk memecut semampu yang boleh...dan anehnya aku bagaikan berlari di awang-awangan...satu perasaan yang tidak pernah aku alami ketika berlari sebelum ini...

Akhirnya ketika penyampaian hadiah dijalankan...tempat ke 4 dimenangi Cikgu Azmir, ketiga: Cikgu Mukhrizal, kedua: Ustaz Sallehuddin dan JOHAN...jeng...jeng...jeng...

|

|

|

|

|

bukan aku weh...Cikgu Affendy yang menang...seperti yang aku ramal...aku dah patut pencen dalam bidang ni, lagi pun tak manis sebenarnya kalau aku menang...nanti apa kata cikgu-cikgu muda tu...kan...kan...hahahahahaha!

DUN: Pakcik dah tuo!

Sunday, April 11, 2010

Sampai Hati...

Petang Khamis yang lalu...

Setiba di rumah selepas menjemput Cik Ayang balik dari kerja...Cik Ayang bergegas menolak pintu pagar...tapi belum pun separuh Cik Ayang berlari masuk ke dalam kereta semula...sambil memberitahu aku bahawa ada seekor kucing sedang bercanda dengan 'sesuatu'...

Aku lantas turun dari kereta dan wachaaaaaaaaaaaaaaaa!

|

|

|

|

|

|

|

|


Selain pencinta yang setia...aku sebenarnya pencinta haiwan tapi dalam kes ni...'cobra' yang tak diundang ni terpaksa aku korbankan demi keselamatan keluarga...maafkan aku!

DUN: Orang perempuan memang geli kalau dengan ular yang ini....

Friday, February 12, 2010

Kawan...

Malam tadi dengan ditemani seorang kawan, aku berkesempatan bertemu dengan seorang kawan...yang sekarang ini sudah menjadi 'pengarah'...


Tidak lama kemudian, 'kawan' merangkap orang kuat kepada kawan aku yang jadi 'pengarah' pun tiba dan kami berempat memulakan topik perbincangan...korang jangan pening dulu!

'Si Pengarah' kawan aku ni dan pasukannya mempunyai satu projek dan memerlukan 'khidmat' aku yang tak seberapa ni atas dasar kawan katanya...padahal dia lagi handal dalam mengendalikan pengisian projek tersebut...korang dah pening ke?

Atas dasar kawan itu juga la aku terima pelawaannya walaupun aku bakal berdepan dengan kawan-kawan yang semuanya pemimpin-pemimpin hebat kepada organisasi yang mapan...aku dah pening dah weh!

DUN: GPI...ko kawan aku kan...kan...kan!

Thursday, January 21, 2010

Lama Tak Jumpa...

Tadi aku berkesempatan mengikut Juru Teknik untuk 'melawat kawasan'. Memang aku teruja ke tempat ini disebabkan perjalanannya dan persekitarannya yang bisa mengimbau kembali kenangan aku di daerah lama.

Justify FullSK Ulu Geruntum, Gopeng

Namun sungguh tak kusangka, cempedak berbuah nangka! Ketibaan kami disambut oleh seseorang dan ketika bersalaman aku mengamati wajahnya lama-lama. Rupa-rupanya dia merupakan rakan lama ketika kami sama-sama menjalani praktikum di SK Besout 3 dan telah terpisah hampir 16 tahun. Sempat mengimbau cerita lama dan kami berjanji akan terus berjumpa lagi selepas ini.

Bersama Cikgu Wahab.

DUN: Dengan korang pun dah lama aku tak 'jumpa'...

Thursday, January 7, 2010

Kerna Terpaksa...

Sambungan...

Tiba-tiba telefon bimbit cokia DB berbunyi dan senyumannya tidak seghairah tadi...

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa kuturut kata hati
Gementar hatiku dengan keputusan ini
Biarpun pedih kuteruskan jua...

Boleh saya bercakap dengan Encik DB?

Saya bercakap!

Sebentar encik, ada panggilan daripada bahagian perjawatan.

Baik, terima kasih!

Panggilan disambungkan...

Pihak kami sudah terima surat perlantikan anda ke ****. Cuma perlukan pengesahan lisan dengan kadar segera sebab sudah agak terlewat dan perlu difaks pada hari ini juga. Hendak kekal di bahagian ini atau ke jabatan B?

Kalau kekal di bahagian, bagaimana dengan penempatan baru saya?

Itu bergantung kepada kekosongan, mungkin di Johor, Kedah atau Pulau Pinang!

Kalau begitu saya pilih jabatan B!

Baiklah, mohon datang ke sini esok untuk isi borang-borang yang diperlukan.

Membuat pilihan pada saat 'cemas' begini memang 'memedihkan'. Meninggalkan suasana kerja, dan persekitaran yang mendamaikan memang memilukan. Berpisah dengan rakan-rakan yang 'sehati sejiwa' teramat melukakan...namun apakan daya...kehidupan perlu diteruskan jua...

Petang yang diiringi gerimis mengundang sebak dijiwa...memandang wajah-wajah staf yang terpinga menyesakkan dada...namun apakan daya...itulah lumrah dunia...


DUN:Kupujuk hati meniti hari-hari sebelum kaki ini melangkah pergi...

Wednesday, December 23, 2009

Jika Kau Rasa Getarnya...

Tahun baru Hijriah baru sahaja berlalu dan tak lama lagi menyusul Tahun Baru Masehi...

Menjalankan tugas seharian seawal 6.30 pagi dan pulang semula ke rumah hampir jam 7 malam membuatkan aku 'kurang' berkesempatan menjaga 'kebajikan' Cik Ayang dalam pantang...I'm sorry....

Sepatutnya aku kena masakkan apa yang patut atau bantu sana sini , barulah syok tapi semua serba tak sempat. Hanya selepas solat maghrib baru la aku berkesempatan 'cuit' sana sini...

Oleh kerana itu jugalah sekarang ni makan malam aku berlaukkan 'menu orang dalam pantang' sebab Cik Ayang sengaja lebihkan lauk yang dimasak olehnya...aku ok je! Aku pun tak bagi dia masak lain...apa yang dia makan, itu juga la yang aku makan...

Ni menu orang yang bukan dalam pantang ye...

Mungkin ada yang kurang arif dengan menu orang dalam pantang...dan kalau teringin nak rasa dan getarnya...silalah tempah-tempah kad kahwin untuk 2010 ni...Insya Allah dapat rasa la pengalaman ni...

DUN: Sekali sekala best juga...

Wednesday, December 16, 2009

Pulangkannnnnn...


Sebenarnya dah lama aku nak tulis n3 ni tapi kerana terpaksa menunggu giliran Wajib Tayang...jadi sekarang adalah masanya...

Kisah ini adalah di sebalik tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang baru-baru ni...

Sumber yang dipercayai memberitahu bahawa pada petang sebelum kejadian, mentol lampu yang sepatutnya menerangi jambatan terbakar...lantas urusetia terbabit ke kedai untuk mencari mentol baru...

Anehnya semua mentol baru tidak berfungsi sehinggakan taukeh berkenaan mengeluarkan ayat berikut:

"Aiya...wa suey, atau lu yang suey, tak tau la..."

Apapun, ia adalah TRAGEDI yang sangat meruntun jiwa apatah lagi bagi keluarga-keluarga mangsa...lantaran itu mereka menuntut 'saman' yang bukan sedikit jumlahnya...

Lebih menggerunkan ada kalangan guru yang dimaki hamun malah turut diugut bunuh ekoran daripada TRAGEDI tersebut...cuma belajarlah terima hakikat bahawa sebanyak mana yang dituntut, jiwa yang terkorban tidak akan dapat dipulangkan...

DUN: Redha dengan ketentuan Illahi...

Monday, December 14, 2009

Laila Namamu Teratas...

Itu kata Amy Search...

Dalam hal aku ni...nampak gayanya nama Mardhiah telah mengungguli carta dari awal-awal lagi...terima kasih kepada rakan-rakan yang turut sama membuat undian...dan secara rasminya aku perkenalkan seperti yang diminta oleh Iluni...

Sofwah Mardhiah

Ermmm...Abang Lang dan Kak Cik tak kacau ke? Soalan yang paling kerap ditanya...biasa la naluri kanak-kanak...tapi ada cara nak handle...antaranya...

Abang Lang dan Kak Cik yang 'makan pujuk'...

DUN: Aku ok je!

Wednesday, December 9, 2009

3 Malam...

Tiga malam berlalu dengan jayanya tanpa ada aktiviti mencakar dinding seperti yang diramal oleh brader Shifu67...aku ok je bro!

Sambil menghabiskan baki cuti yang masih tinggal beberapa hari sahaja lagi dan 'berehat' daripada kesibukan tugas di pejabat, malam-malam begini terasa panjang namun cukup menenangkan...

Si Puteri masih belum punya nama secara sah...bukan tidak bersedia cuma ada beberapa cadangan sampingan daripada orang-orang terdekat yang terpaksa difikirkan semula...

Tradisinya...anak perempuan kami mempunyai gabungan pangkal nama S+M (S tu pangkal nama aku, M tu pangkal nama Cik Ayang) manakala yang lelaki M+S...M tu dah tentu Muhammad!

Pangkal S memang tidak menjadi masalah kerana telah ditetapkan sama bagi semua anak perempuan iaitu Sofwah dan yang membezakan hanya nama M dan antara cadangan-cadangannya: Madihah, Mariah, Marinah, Mardhiah dan dua tiga lagi yang rasanya terpaksa aku tolak awal-awal...Dalam nama-nama yang diberi tidak terkecuali nama yang 'memang kami cadang'...agak-agak yang mana satu?



DUN: Semuanya akan terjawab pada hari Jumaat ini...

Monday, December 7, 2009

Kita Serupa...

Alkisah...n3 yang lepas punya sambungan...

Tanda awal kelahiran pagi Jumaat tu tak memberikan sebarang rasa sakit...jadi Cik Ayang berhajat untuk menangguhkan dulu rancangan ke hospital...maka cerita lompat ke hari Sabtu...

Sabtu, 10 pagi aku dan Cik Ayang tiba di Dewan Bersalin dan kelihatan seorang bakal bapa muda sedang ke hulu ke hilir...menanti dalam resah...isterinya telah diberi 'ubat paksa bersalin' seawal jam 7 pagi...tak lama lepas tu datang seorang lagi bakal bapa muda keturunan asli...dengan wajah yang cemas...Cik Ayang selepas diperiksa terus dibawa ke wad biasa kerana tiada rasa sakit hendak bersalin...Aku bertekad untuk terus menunggu...

Oleh kerana aku yg 'senior' antara mereka, maka aku pun keluarkan la tips2 yang sesuai dan menariknya hanya kami bertiga sahaja sepanjang hari yang menunggu di luar Dewan Bersalin. Masa terus berlalu dan akhirnya jam 2.00 pagi Cik Ayang dibawa ke Dewan Bersalin...aku turut serta dan alhamdulillah jam 2.30 pagi Cik Ayang bersalin anak perempuan kami dengan selamat...

Rakan-rakan baru yang menunggu di luar turut gembira...dan aku terus bagi sokongan kepada mereka...sepanjang hari bersama memang menjadikan kami 'rapat'...ke lobi bertiga, baring di kerusi bertiga dan macam-macam lagi...

Jam 5.30 pagi, bapa muda yang pertama pula mendapat khabar gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata sulung walau pada awalnya tidak bersedia untuk masuk ke Dewan Bersalin kerana tidak bersedia namun aku sempat beri dorongan untuk kuatkan semangat...'rasai' apa yang isteri rasa...

Ahad, 7.00 pagi setelah memastikan semuanya selamat, aku pulang ke rumah bonda untuk menguruskan hal2 lepas bersalin...waktu melawat jam 1.00 petang aku kembali ke hospital dan turut dikhabarkan bahawa bapa muda keturunan asli juga baru menerima kelahiran anak sulungnya dan kegembiraan terpancar diwajahnya...kami bertemu semula sebelum masing-masing pulang dengan urusan tersendiri...

Kepada kedua-dua bapa muda tersebut, kita telah rasa debar yang sama, kita telah kongsi cerita yang sama dan mungkin akan kita kenang sampai bila-bila...


DUN: Sesungguhnya Engkau Maha Segala-galanya Ya Allah! Kepada rakan-rakan yang mendoakan, terima kasih di atas doa kalian...

Friday, December 4, 2009

Penantian...

Tempoh yang lama aku tak kemas rumah...

Hari ini sepatutnya aku menghadiri satu mesyuarat berkaitan dengan Pesta Sukan Badan Kebajikan yang bakal berlangsung akhir bulan nanti. Sebaik bangun tidur pagi tadi, Cik Ayang beritahu ada tanda-tanda kelahiran dan aku memutuskan untuk standby...lantas aku maklumkan kepada pihak 'berkenaan'...

Aku tengok Cik Ayang masih lagi 'rilex' dan aku dengan rilex gak buka laptop dan cuba nak kemas rumah yang dah bersawang ni...sambil menziarahi rumah rakan2...macam2 ada...ada yg kena 'rompak'...sabor banyak2 ye Na...ada yg dapat result memberangsangkan (Lan & isteri), ada yang buka kelas masakan...(apa resepi hari ni bro shifu?) dan macam-macam lagi...

Cik Ayang masih lagi steady...dan aku kena tunggu sehingga dapat isyarat untuk menghantarnya ke hospital...


DUN: Ujan lak tuuuu....pekena kopi O panas syok gak ni..

Friday, November 20, 2009

Di Kala Asmara Lepaskan Layarnya

Lama kan aku 'mendiamkan diri'...bukan sebab lupa password seperti yang didakwa, atau masuk workshop bagai diduga jauh sekali melawat mangsa banjir bagai dikata...tapi aku sebenarnya kelemasan dalam kebanjiran tugasan yang mengganas hujung-hujung tahun ni...namun semalam aku ambil keputusan untuk bercuti kerana ini...

Abang Ngah ketika 'digraduankan'...

Abang Ngah dan rakan-rakan ketika membuat persembahan...

Kak Long ketika menunggu giliran untuk menerima hadiah...

Terbaik mata pelajaran BM (Pemahaman) dan Sains Tahun 2...perlu gandakan usaha!

Anak buah (Hakim)...tempat pertama Tahun 3 dengan 7 mata pelajaran terbaik...tahniah!

Anak buah (Ridzuan) dengan 2 mata pelajaran terbaik (English & Matematik) dan UPSR 4A 1B...tahniah!

Ada seorang lagi anak buah (Farhan) dengan kedudukan dalam kelas nombor 4 keseluruhan tapi disebabkan tiada terbaik dalam mata pelajaran maka tahun ni 'direhatkan' daripada naik ke pentas...apapun Farhan tetap terbaik!!!

Dan kesibukan aku berterusan lagi terutama menjelang minggu hadapan kerana Cik Ayang dijangka bersalin anak kami yang ke-5...semoga semuanya berjalan dengan selamat... Amin!

DUN: Di kala asmara lepaskan layarnya dalam musim hujan...huhuhu!