Followers

Monday, May 24, 2010

Aku Yang Kau Panggil Sayang...

Kemeriahan Hari Guru tidak berakhir pada 16 Mei atau 17 Mei sahaja sebaliknya berlarutan seminggu lamanya dan dalam tempoh tersebut aku masih menerima beberapa hadiah dari anak-anak Tahun 1 ini...

Bukan nilai atau harga yang jadi ukuran tetapi rasa dihargai oleh anak-anak ini membuatkan aku lagi terpanggil untuk mendidik semampu yang boleh tetapi bukan bermakna yang tidak menghadiahkan aku apa-apa akan dipinggirkan...bagi aku mereka adalah sama!

Namun, seawal pagi Rabu aku dihadiahkan sesuatu di dalam sebuah kotak yang tidak berbalut. Teruja untuk melihat apa isinya, aku lantas membuka dan...jeng...jeng...jeng...

|

|

|

|

|

|

Seutas tangan berjenama POLO CLUB!

Keterujaan aku bertukar menjadi bimbang...lantas aku belek belakang jam tersebut dan tertera 'Bank $$$$$ - 25 th Anniversary'...alahai anak...

DUN: Aku perlu bersemuka dengan kedua ibu bapa murid ini...

14 comments:

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...sayang betul anak itu dengan cikgunya.... harap2 dia tak buat benda tak elok...

kakngah said...

dek nk bg cikgu hadiah punya pasal, dirembatnyer souvenir bank loan keter abh dia.. hahahha!!
baik cikgu g tny cpt....

Che' Pit said...

hmm kalau tak mak, mesti bapaknya keje kat bank tu..

julietchun said...

sedih pulak kenangkan budak tu, sampai begitu sekali dia berkorban utk cikgunya yg pandai menyanyi,ehehehehe.

iina said...

Hehehe rasanya dia main ambik jek benda yang ada kat umah ;) Eloklah pulangkan balik.. kalau rasa tak elok camtu ;)

Takde dpt hadiah sabun ke?? hehehe ;)

Chenta said...

ekeke...

sesukahati jek dia nak bagi ..

Walau usaha dia murni , tapi kena di perbaiki .

DUN Behrang 2020 said...

To alimaz:

Salam...dia buat benda yang elok...cuma proses pendidikan sedang berlangsung...

DUN Behrang 2020 said...

To kakngah:

Mengajar dan mendidik adalah dua proses yang berbeza...

DUN Behrang 2020 said...

To CP:

Tak kisah la sapa yg kerja kt bank tu...

DUN Behrang 2020 said...

To Juliet:

Mmg terharu sangat...wajah bersihnya sebersih hatinya juga...hahaha untuk cikgunya yang pandai nyanyi lagu lompat si katak lompat....

DUN Behrang 2020 said...

To iina:

Hadiah tu tak penting...'niat' dia pun dah tak ternilai buat saya...

Sabun? Tak de la pulak...hihihihi!

DUN Behrang 2020 said...

To Linda:

Setuju...suci dalam debu....

KTS said...

hihihi.... ada udang di sebalik mee.... mesti budak tu nak bljr vokal drpd ko ...

:D


.
.

budak2 sek rendah mmg mnghargai guru sangat2

ckLah @xiiinam said...

...dapat hadiah pun, serba salah jadinya kan!