Followers

Thursday, June 10, 2010

Kerana Kau...

Tag daripada CP...

Baru je nak 'menikmati' cuti sekolah...tiba-tiba disapa dengan satu tag daripada CP yang memang sengaja 'jeles' kat aku sebab dia tak dapat cuti panjang macam ni...

(a) Copy gambo kat atas tu : mula-mula dah copy...lepas tu tak tahu nak buat apa...jadi aku PASTE kat sini...boleh?

(b) Tulis 23 fakta rawak wak wak ( rendom dem dom ) tentang diri awak (tak kisah lerr bende tuu fakta kerr angan angan kerr cita cita kerr imaginasi ker or wat so ever la... )

1. Dilahirkan pada 3 hb...
2. Alamat rumah bonda : No. 3 Jalan M
3. Mempunyai 3 orang abang
4. Mempunyai 3 orang kakak
5. Mengenali Cik Ayang selama 3 bulan sebelum bersetuju untuk mengikat tali pertunangan
6. Hari pernikahan merupakan hari ke 3 bersua muka dengan Cik Ayang : Pertama -
semasa mula kenal, Kedua - semasa bertunang dan ke 3 - semasa nikah.
7. Mempunyai 3 orang adik ipar
8. Mempunyai 3 orang anak perempuan setakat ini daripada 5 orang anak
9. Kereta yang digunakan sekarang adalah kereta yang ke 3
10. Rumah yang didiami sekarang merupakan rumah yang ke 3 selepas berkahwin
(Kg. Manggis/Kuarters Poliklinik/Behrang 2020)
11. Mempunyai 3 rumah jiran sebelah kiri
12. Merupakan ahli ke 3 termuda ketika menyertai 'keluarga' BTPN Perak (2004)
13. Orang ke 3 bertanggungjawab menguruskan PKG Tanjong Malim sejak ia ditubuhkan
14. Juga orang ke 3 bertanggungjawab menguruskan PKG Gopeng (2009-2010)
15. Telah berkhidmat di 3 buah PKG sebelum kembali ke sekolah
16. Semasa di PKG Tanjong Malim...hanya ada 3 orang staf secara keseluruhannya...
17. Pekerjaan ke 3 sebelum masuk maktab (MPRM) ialah di Stesen Petronas Kepong
18. Pernah memenangi tempat ke 3 dalam acara 400 meter anjuran Kelab Olahraga MPRM
19. 3 jenis haiwan perliharaan yang pernah dibela : ayam, kucing dan ikan hiasan
20. 3 panggilan yang bermula dengan huruf A iaitu : Abang, Ayah dan Acu...
21. Menunggu peluang untuk dapat APC ke 3...hahahahaha...
22. Suka nombor 3...
23. 3 kali baca n3 ni sebelum publish...

DUN : Siap gak akhirnya...lopeh ni ekau tag orang lain pulo yo...pakcik dah ponek...pakcik tak kocik atinyo...

18 comments:

Alimaz-Kembara Terasing said...

huhuhu semuanya tiga..... dalam kelas dulu sekolah selalu dapat no 3 ker....

DUN Behrang 2020 said...

To alimaz:

Tak dicatatkan sebagai fakta...maknanya bukan la tu...huhuhuuh!

LiNda said...

And..

Tidak termasuk dlm fakta . Makanya TIDAK akan kawen 3 !

DUN Behrang 2020 said...

To Linda:

Insya Allah...pencinta wanita tapi juga pencinta yang setia...

julietchun said...

wah! cinta pandang pertama tu dgn cik ayang. :P

Che' Pit said...

hmm x byk sgt kaitan dgn no 3.. cuma no rumah kat kg, no 3.. motor ke 3 belum ada.. kereta ke 3 pun belum ada.. bini no 3? hmm no 1 pun x dpt lagi, ada hati nak no 3 huhu..

ps teman x kira.. asal teman kena tag, teman tag gak mike..

Ku Tak Sempurna said...

madu je belum 3

.
.

hihihi


gigih bonar pokcik menjawab tag.. syabas :D

pasni bole org tag laie.. :P

GPB said...
This comment has been removed by the author.
DUN Behrang 2020 said...

To Juliet:

A'ah dan cinta selepas nikah...hihihihi

DUN Behrang 2020 said...

To CP:

Uwaaaa...kok capek gue kayak gini...bisa pulang negeri deh...

pssst: sesapa tolong jangan tag mamat berbaju melayu kaler pink ni dah...

DUN Behrang 2020 said...

To KTS:

Botol madu ada 2 kat rumah...hahahaha...cuti 2 minggu ni 'gigih' jugak la...sebab ada masa selain makan tido...huhuhu...

Shifu67 said...

ni rhopenye keje kamu masa cuti ni yeeee

Rashid said...

salam

suka no 3? hehe.. tiba-tiba teringat pula lagu p.ramlee dalam filem madu 3. .. apa tuu.. 'senangnya dalam hati.. ana kawen 3.. '

DUN Behrang 2020 said...

To shifu67:

uikksss...dah takde koje tuan...ni le gayenye...hehehehehe!

DUN Behrang 2020 said...

To cgu rashid:

Suka lagu je tapi tak suka bermadu 3...

semut api said...

lama ilang bro..
dah tiga(3) puluh kali visit baru update... :)

slamat bercuti..

DUN Behrang 2020 said...

To semutapi:

Sori arr bro...3 kali baca baru perasan lu ada mari...sori arrr!

Bapak said...

heheh...asalkan bukan Madu 3 sudah...hehehe..