Followers

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Friday, April 3, 2009

Makan Setalam...

Amalan makan setalam boleh membuatkan hubungan suami isteri dan anak-anak menjadi sangat rapat dan mesra.

Pertengkaran dengan pasangan pun tidak pernah terjadi. Jika ada perselisihan faham biasanya dapat diatasi dengan cepat.


DUN: Teringin nak cuba...! " iina, pinjam gambar...!"

Tuesday, December 30, 2008

Alkisah Dalam Cuti

Alkisah dalam cuti persekolahan hujung tahun ni macam-macam peristiwa yang terjadi...yang sibuk menguruskan pertukaran persekolahan anak-anak, mak anak dan diri sendiri macam brader azlan dari Johor ke Tanjong Malim (aku pun terlibat sama tukarkan sekolah anak-anak tapi dari Tanjong Malim ke Sg. Behrang je...), yang bercuti "makan angin" macam sonata anak kancil (naik flight tuuu..!), yang balik kampung macam Cikgu Din, yang sempat shopping kat Tesco macam brader One Z, yang kahwin macam...ermm haa macam mawi + ekin tu dan tak lupa juga yang menerima ahli keluarga baru macam GPI SKSV...tahniah!

Rentetan perbualan aku dengan GPI SKSV di alam siber, beliau mencadangkan aku supaya berkongsi petua bagi bayi yang terkena jaundis di peringkat awal kelahiran. Kebiasaannya apabila bayi terkena jaundis, kalau di kampung siap kena jemur tepi tingkap...menggelejat gak la budak tu bila dah panas...bukannya apa...konsepnya nak suruh budak tu jaga dari tidur kemudian akan menyusu sebab jaundis akan menyebabkan bayi mengantuk. Tapi biasanya tukang tunggu tepi bayi tu yang ngantuk dulu...

Oleh kerana sekarang ni pemanasan global yang melanda bumi...tukang pangku bayi lak yang menggelejat dulu (ni jenis yang kena pangku)...Ada beberapa petua yang telah digunakan berdasarkan pengalaman orang "yang dulu makan garam"...jadi antara kaedah yang boleh diguna ialah:

1. Dipercayai buah kundur yang bersalut gula (halwa kundur? boleh didapati di pasaraya) boleh mengurangkan tahap bacaan bilirubin bayi. Caranya basuh sehingga gula yang disalut tertanggal.
Rendam kundur dalam air suam dan beri sedikit kepada bayi.

2. Bagi bayi yang dinasihatkan ke klinik berhampiran oleh JM, dinasihatkan tidak disusukan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum diambil darah dan selepas diambil barulah boleh disusukan seperti biasa. Ini mengelakkan tahap bacaan bilirubin tinggi sehingga bayi diarah masuk wad...sesuatu yang kurang selesa bagi bayi, ibu bayi dan ayah bayi...

Petua ini hanya untuk bayi yang mengalami jaundis normal. Aku dapat pun daripada rakan-rakan dan setelah dipraktikkan, alhamdulillah...!

DUN: Sekadar berkongsi pengalaman...

Friday, August 8, 2008

Oh kome, deroyan dah berbunge!


Oh kome, durian udah luruh...mari kita cepat pergi suluh! Musim deroyan dah tibe weh! Kome idak ke turut sama berpesta deroyan...teman awal-awal lagi dah pekena...mana boleh nengok je. Rugi le...

Teman sebenonye bukan nak cerita sangat pasal deroyan ni...tapi pasal produk yang terhasil daripada deroyan iaitu tempoyak. Tempoyak ni memang salah satu kegemaran teman...buat penyelera ketika makan nasi...tapi tempoyak mentah ni kena yang baru, kalo dah mula masam teman dah tak gemor...yang itu kena buat gulai ke, buat sambal tumis ke...

Apa yang teman nak kongsi ni ialah bagaimana menjaga tempoyak supaya tidak masam...ni tips ni teman dapat daripada makcik yang jual tempoyak tahun lepas. Makcik tu kata, beli tempoyak banyak-banyak (agak-agak cukup stok untuk setahun), lepas tu masukkan ke dalam bekas aiskrim yang dah kosong (semestinya) sampai penuh, bila selesai masukkan bekas tadi ke dalam peti ais (bahagian beku). Bila nak guna tempoyak tu, potong agak-agak cukup untuk waktu itu, dan selebihnya simpan balik ke dalam peti ais. Harus diingatkan, potong tempoyak yang dah keras tu terlebih awal...supaya sempat kembali ke asal...kalo idak kome nengok je le tempoyak keras tu...kalo tak sabo kokak sorang sikit...hehehe!

Thursday, July 24, 2008

Kaedah Mengingat Semasa Belajar

Tidak dinafikan sememangnya banyak kaedah mengingat yang diguna pakai dan ianya bergantung kepada penerimaan dan pemahaman seseorang individu. Bagi aku, satu kaedah mengingat yang paling berkesan dan masih kekal sehingga kini ialah "Cara Mengingat Warna Pelangi". Kredit kepada guru semasa di sekolah rendah yang menggunakan kaedah ini dan sekarang aku gunakan untuk anak-anak. Caranya ialah hafal ayat ini (mungkin ramai yang sudah tahu):

Muthu Jual Kacang Hijau Balik India Utara

Menariknya ayat tersebut ialah, ianya relevan dan mudah diterima pakai. Huraiannya seperti berikut:

M - Muthu (seorang berbangsa India)

J - Jual

K - Kacang (kebiasaan bagi orang India menjual kacang)

H - Hijau (ada bermacam jenis kacang antaranya Kacang Hijau)

B - Balik

I - India

U - Utara (kebiasaan bagi peniaga India ini akan balik ke negara asal mereka. Cth: India Utara)

Kaitannya dengan warna pelangi ialah :

M - Merah

J - Jingga

K - Kuning

H - Hijau

B - Biru

I - Indigo

U- Ungu

Mari kita lihat warna pelangi yang sebenar...





Kepada anak-anak, lepas ni kalau guru suruh warnakan gambar pelangi ikut urutan...nah, silakan!

Sumber Gambar: Wikipedia

DUN : Suka dengar lagu Pelangi Petang. Kesimpulannya, cubalah teknik-teknik yang sesuai supaya pembelajaran berlaku dalam suasana yang menggembirakan...contohnya menukar lirik lagu popular berdasarkan fakta dalam sesuatu mata pelajaran...tentu menarik!

Thursday, June 26, 2008

How to be a Successful Husband

1. Dress up for your wife, look clean and smell good.

When was the last time us men went shopping for designer pajamas? Just like the husband wants his wife to look nice for him, she also wants her husband to dress up for her too. Remember that Rasulullah (saw) would always start with Miswak when returning home and always loved the sweetest smells.

2. Use the cutest names for your wife.

Rasulullah (saw) had nicknames for his wives, ones that they loved. Call your wife by the most beloved names to her, and avoid using names that hurt her feelings.

3. Don't treat her like a fly.

We never think about a fly in our daily lives until it 'bugs' us. Similarly, a wife will do well all day - which brings no attention from the husband - until she does something to 'bug' him. Don't treat her like this; recognize all the good that she does and focus on that.

4. If you see wrong from your wife, try being silent and do not comment!

This is one of the ways Rasulullah (saw) used when he would see something inappropriate from his wives (ra). It's a technique that few Muslim men have mastered.

5. Smile at your wife whenever you see her and embrace her often.

Smiling is Sadaqah and your wife is not exempt from the Muslim Ummah. Imagine life with her constantly seeing you smiling. Remember also those Ahadith when Rasulullah (saw) would kiss his wife before leaving for Salah, even if he was fasting.

6. Thank her for all that she does for you. Then thank her again!

Take, for example, a dinner at your house. She makes the food, cleans the home, and a dozen other tasks to prepare. And sometimes the only acknowledgement she receives is that there needed to be more salt in the soup. Don't let that be; thank her!

7. Ask her to write down the last ten things you did for her that made her happy. Then go and do them again.

It may be hard to recognize what gives your wife pleasure. You don't have to play a guessing game, ask her and work on repeating those times in your life.

8. Don't belittle her desires. Comfort her.

Sometimes the men may look down upon the requests of their wives. Rasulullah (saw) set the example for us in an incident when Safiyyah (ra) was crying because, as she said, he had put her on a slow camel. He wiped her tears, comforted her, and brought her the camel.

9. Be humorous and Play games with your wife.

Look at how Rasulullah (saw) would race his wife A'ishah (ra) in the desert. When was the last time we did something like that?

10. Always remember the words of Allah's Messenger (saw),

"The best of you are those who treat their families the best. And I am the best amongst you to my family."
Try to be the best!

In conclusion: Never forget to make Doa to Allah Ta'ala to make your marriage successful.

And Allah Ta'ala knows best.

By Muhammad Alshareef.