Alkisah dalam cuti persekolahan hujung tahun ni macam-macam peristiwa yang terjadi...yang sibuk menguruskan pertukaran persekolahan anak-anak, mak anak dan diri sendiri macam brader azlan dari Johor ke Tanjong Malim (aku pun terlibat sama tukarkan sekolah anak-anak tapi dari Tanjong Malim ke Sg. Behrang je...), yang bercuti "makan angin" macam sonata anak kancil (naik flight tuuu..!), yang balik kampung macam Cikgu Din, yang sempat shopping kat Tesco macam brader One Z, yang kahwin macam...ermm haa macam mawi + ekin tu dan tak lupa juga yang menerima ahli keluarga baru macam GPI SKSV...tahniah!
Rentetan perbualan aku dengan GPI SKSV di alam siber, beliau mencadangkan aku supaya berkongsi petua bagi bayi yang terkena jaundis di peringkat awal kelahiran. Kebiasaannya apabila bayi terkena jaundis, kalau di kampung siap kena jemur tepi tingkap...menggelejat gak la budak tu bila dah panas...bukannya apa...konsepnya nak suruh budak tu jaga dari tidur kemudian akan menyusu sebab jaundis akan menyebabkan bayi mengantuk. Tapi biasanya tukang tunggu tepi bayi tu yang ngantuk dulu...
Oleh kerana sekarang ni pemanasan global yang melanda bumi...tukang pangku bayi lak yang menggelejat dulu (ni jenis yang kena pangku)...Ada beberapa petua yang telah digunakan berdasarkan pengalaman orang "yang dulu makan garam"...jadi antara kaedah yang boleh diguna ialah:
1. Dipercayai buah kundur yang bersalut gula (halwa kundur? boleh didapati di pasaraya) boleh mengurangkan tahap bacaan bilirubin bayi. Caranya basuh sehingga gula yang disalut tertanggal.
Rendam kundur dalam air suam dan beri sedikit kepada bayi.
2. Bagi bayi yang dinasihatkan ke klinik berhampiran oleh JM, dinasihatkan tidak disusukan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum diambil darah dan selepas diambil barulah boleh disusukan seperti biasa. Ini mengelakkan tahap bacaan bilirubin tinggi sehingga bayi diarah masuk wad...sesuatu yang kurang selesa bagi bayi, ibu bayi dan ayah bayi...
Petua ini hanya untuk bayi yang mengalami jaundis normal. Aku dapat pun daripada rakan-rakan dan setelah dipraktikkan, alhamdulillah...!
DUN: Sekadar berkongsi pengalaman...
5 comments:
Sape2 yanag ber'anak' kecik...petua2 macam ni seme kena ambik tahu & cuba ikut la, kalau petua2 yang terdahulu tak 'jalan' jugakkk...Lain 'budak' lain cara...(gamaknya la.... Apa kurengnya yang tukang cite nya...cuti sakan nampaknya...
patut la tersedak masa makan...ada org sebut rupa di sini.... cuti nak tamat daaaa.... musim mantau ngan bengkel pulak nak menghambat puak-puak kita ni
Ish.. ada jugak masuk berita teman ek?
Pandai pulak letak link blog anak teman tu.. hehehe..
OK la.. apa2 pun.. dia dah sihat.. Thanks 4 advice.. @ advise..
Malam tadi "dating" ngan Brader Azlan kat Behrang Perdana sampai satu pagi..."minta petua"...brader one z ngan GPI SKSV jgn jeles k!
Bahaya ropanya guna perkataan "dating" kat Slim River-Tg. Malim buat masa ni...ok la bro Azlan...teman tarik balik perkataan tu...teman tukar camni..."Malam tadi lepak ngan brader azlan kat bla..bla...bla...
Post a Comment