Cerpen yang memenangi Hadiah Saguhati Peraduan Menulis Cerpen Peringkat Umum Formula Malaysia 2000.
“Pergi balik! Balik!”
“Saya fikir, lebih baik Encik Hassan balik dahulu. Bila sudah reda nanti, saya akan beritahu encik,” rayu Terbang sambil ekor matanya tepat ke mukaku.
Terbang kata, aku tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Aku tahu. Sememangnya aku tidak pernah bersikap sedemikian. Sebelum ini. Tetapi petang tadi lain. Amarahku lain. Resah aku lain! Terbang kata lagi aku terlalu emosional. Aku pun tidak faham makna perkataan yang disebutkan oleh Terbang itu. Dia kata aku terlalu mengikut perasaan. Terlalu mengikut kata hati. Ketepikan rasional. Rasional? Apa itu rasional? Sekali lagi aku tidak faham apa yang diucapkannya. Kalau Barisan Nasional, aku memang tahu sangat. Dia kata aku ketepikan alasan munasabah yang mendasari sesuati tindakan. Aku telah membelakangkan pertimbangan yang wajar. Benarkah begitu? Entahlah!
Sambungnya lagi, tindakan aku boleh dipertikaikan. Boleh memudaratkan. Dan boleh memecahbelahkan. Aku jadi bingung. Bingung sebingung-bingungnya. Memang benar, tetamu yang datang tidak boleh dihalau. Tidak boleh disakiti hati mereka. Nenek moyang kami selalu berpesan, tetamu mesti dilayan. Musuh yang datang pun sepatutnya perlu dilayan terlebih dahulu. Dilayan dengan baik. Itu aku tahu. Tetapi mereka bukan tetamu. Musuh juga bukan. Mereka adalah pengacau. Mereka pengacau? Siapa kata?
”Aku datang sebenarnya hendak berjumpa dengan Batin. Aku dengar Batin halau balik Encik Hassan siang tadi. Baguslah kalau macam itu. Mereka ingat kita semua ini bodoh? Kita semua boleh dijual beli? Boleh dicucuk hidung begitu sahaja? Nasib baik aku tiada di sini tadi. Kalau aku ada, aku ajar-ajar mereka semua. Mereka itu pengacau!”
”Bagaimana isteri kamu Dedai? Sudah bersalin?”
”Sudah Batin. Anak perempuan. Aku agak, esok lusa baru boleh keluar hospital. Err, aku balik dulu Batin. Pagi esok aku hendak ke hospital lagi,” pinta Dedai setelah menyedari bahawa aku seakan tidak berminat membicarakan kisah siang tadi.
3 comments:
Masih belum terlewat, sekalung tahniah dengan kemenangan itu, boleh terus menulis...Mungkin dah banyak kot...Takat ni sonata jadi penulis blog je le...(sebelum ni ada juga tulis rencana )
..malam ini lain benar sejuknya?
Cerita pasal isteri nak bersalin? ni yg tambah suspend ni.. huhuh..
Apa-apa pun.. Tahniah! atas kejayaan lampau..
Ada la sikit-sikit...masa x berapa mengizinkan...menulis rencana tu kira dh bagus tu sonata...perlukan pemikiran yang tajam...hahaha GPI ni lain lak suspendnye...
Post a Comment