Followers

Tuesday, December 2, 2008

Membantu Sekadar Mampu

Gambar Hiasan

Hari Sabtu yang lepas aku terima panggilan daripada bro Azlanlin yang ketika itu berada di FELDA Sg. Behrang...mencari rumah sewa katanya sambil "mengintai" keadaan sekolah tempat mem besor dia akan mengajar...ermm...bagus punya suami! Sedikit lewat kerana ketika itu aku baru sahaja pulang dari Sg. Behrang...biasala aktiviti rutin aku setiap minggu...

Oleh kerana aku yakin bro ni takkan diculik atau diapa-apakan, aku bagi peluang kepadanya untuk "berkenalan" sendiri dengan persekitaran FELDA kesayanganku ini. Lewat petang aku terima lagi panggilan yang mengatakan bro Azlan berada di Behrang 2020. Ketika itu aku sedang berurusan di kaunter pembayaran Pasaraya TF : Pasaraya terbesar di daerah Batang Padang ( tak de share k!)

Hanya berpandukan kereta kancil "kaler" hitam seperti yang diberitahu, akhirnya kami berjumpa di persimpangan keluar pasaraya TF. Seperti suara-suara di dalam blog, begitulah orangnya...cekal, tabah, berani dan mesra...baru je kenal, macam dah kenal lama...

Keterbatasan waktu membuatkan aku tak dapat membantu sangat untuk mencari rumah sewa...dan kami sepakat untuk meneruskan pencarian keesokan harinya. Tapi bro Azlan ni memang jenis tak duduk diam...keesokan harinya dia mencari dan mencari di sekitar Tanjong Malim sebelum kami berjanji untuk bertemu...dan akhirnya pencarian yang berhasil...syabas bro!

Walaupun selepas itu kami tak berjumpa dah...hanya bercakap melalui telefon...insya Allah lepas ni leh jumpa lagi...apapun Selamat Datang Ke Tanjong Malim!

DUN: Ada yang tanya camner leh kenal ngan bro Azlan ni...hehehe!

4 comments:

azlanlin said...

Apa-apa pun terima kasih bebanyak bro atas segala bantuan dan sokongan..

Kalu ada masa mai la taman pelangi di pagi sabtu tolong-tolong angkat barang..lori gerak jumaat malam meredah kabus di higway dan di jangka tiba sabtu pagi di taman pelangi..

Kalu tak kenal, mana nak cinta..
Bila dah kenal..terus jatuh CINTA!
Auuwwwww...x rela u!

wakakakak...

DUN Behrang 2020 said...

Insya Allah brader...kalau x ade aral...hahahaha...x de maknenye!!!

GPI said...

Bro. Dun...

Jgn lupa tau..
temujanji di pagi Sabtu..

DUN Behrang 2020 said...

Insya Allah...brader azlan x jumpa mike lagi kan...elok sgt le tu...pertemuan yg sgt2 bermakna dan BESAR harapan dia!!!