Followers

Wednesday, May 5, 2010

Diam Diam Jatuh Cinta...

Diam tak diam sudah sebulan aku bergelar guru semula dan segalanya sangat manis sehingga ke hari ini. Bermula dengan jadual waktu yang sedikit, waktu balik sekolah sebelum jam 1.00, rakan-rakan guru yang menerima aku sebagai 'ahli keluarga' dengan baik, kakak-kakak yang sediakan soalan ujian bulanan serta lembaran kerja (maklum la...aku budak 'baru' belajar) sehinggalah kepada sapaan murid-murid dengan kalimat yang aku rindu dan telah ditinggalkan 6 tahun yang lalu...

Mengajar murid tahun satu (kelas akhir) menuntut satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih santai tetapi berkesan. Setiap pergerakan perlu diawasi dan setiap jiwa perlu dirasa agar proses pembelajaran ada impaknya. Biar sedikit asal berdikit: menyanyi, menari, melompat sangat sinonim dengan kanak-kanak dan itulah yang aku lakukan supaya aku juga adalah mereka...

Biar dimarah, biar ditegur, biar sebesar mana mata, gerun anak-anak ini seketika...bila melintas lalu di kelas, di kantin atau di mana jua...aku disapa, dilaung dan didekati membuatkan azam aku semakin tinggi...betapa tiada dendam di hati bersih anak-anak ini...

p/s: Ada seorang murid lelaki tahun 6, asal jumpa aku je salam cium tangan...padahal aku tak mengajar kelas dia pun...nanti la aku cuba 'siasat' sebab apa...

DUN: Sesungguhnya Ya Allah, aku bahagia dan bersyukur dengan setiap rahmatMu ini...

20 comments:

ONE ZABA said...

harap harap cinta tu berterusan... jgn nak main kayu tiga pulak.

Alimaz-Kembara Terasing said...

heheheh sokong one zaba....

Che' Pit said...

emm jangan sanmpai terjatuh tangga udah lah yer..

al-lavendari said...

saya senang dengan orang yang bersyukur dan gembira dengan tugas dan tanggungjawabnya. selama ini selalu sangat saya mendengar orang yang merungut dengan kerja mereka

julietchun said...

tolong siasat kenapa budak tahun 6 tu buat baik pada kamu,ehehehehe.

jangan lompat tinggi sangat bimbang pecah lantai,ekekekeke.

DUN Behrang 2020 said...

To One Z:

Cinta pada kerja 'baru' je bro...main kayu 2 pun tak sempat...inikan pulak nak main kayu 3!

DUN Behrang 2020 said...

To Alimaz:

Sokong apa tu? Sokong berbayar ke sokong tak berbayar nih...hahahahaha...

DUN Behrang 2020 said...

To CP:

Ok bro..teman turun pelan2...

DUN Behrang 2020 said...

To al-lavendari:

Kan setiap yang berlaku tu ada hikmahnya...ambil yang positif...buang yang negatif...

DUN Behrang 2020 said...

To juliet:

Tengah siasat la ni...

Tak la lompat tinggi sangat...lompat sampai cucur atap jer...

Catwoman said...

Salam Cik DUN....

Amin. Semoga ko terus bahagia ye....

Aku doakan yg baik2 buat ko dan seluruh family ko serta kejayaan ko ye.....

:)

DUN Behrang 2020 said...

To Catwoman:

Terima kasih...untuk ko juga...aku doakan yang terbaik...ingat...kita hidup di dunia ni hanya sementara so buat perkara yang baik2 k!

iina said...

Alhamdullilah teruskan mendidik anak bangsa ;)

Catwoman said...

Terima kasih ye, Cik DUN...

Apabila kita saling m`doakan yg baik2, pasti aman dan sejahtera hidup kita sbg hamba-Nya...

:)

DUN Behrang 2020 said...

To iina:

Kita 'pendidik' akan punya rasa yang sama...betul tak?

DUN Behrang 2020 said...

To catwoman:

Betul tu catwoman...sesungguhnya Allah itu Maha Adil...biar terkadang kita lupakan DIA, tapi DIA tetap memberi ruang kpd kita...

LiNda said...

Tahniah !

Awak benar-benar maksudkannya .

Teringat anak saya Danish sukakan guru dia sejak dari tahun 1 hingga sekarang . Every single moment dia mesti ingat cikgu kesayangan dia .

Ku Tak Sempurna said...

muka ko mengingatkan atuknya.......... kot.. tu yg budak tahun 6 tu asal jumpa je cium tgn ko


:D

:D

:D

kakngah said...

bakal menantu kot..... hiks!

sebbaik dun tgglkn jejak. hrtu pndh rmh sume link hlg... huhuhu!! cntk tak rmh baru ai???

DUN Behrang 2020 said...

To kakngah:

cantik bonar rumah baru ekau tu ngah...seb bek den ingek 'alamat' rumah ekau ngah....