Followers

Monday, January 19, 2009

The Moment Of Truth

Kalau diperhatikan tajuk n3 kali ni sama dengan tajuk satu rancangan "popular" stesen tv berbayar. Rancangan ni disiarkan agak lewat malam...tapi aku pun tak ingat pada hari apa...sebab aku tonton tv bila aku "sempat" tengok je. Agak menarik sebab rancangan ni mencari manusia yang masih jujur "di kalangan mereka" dan sebagai imbuhan akan menerima tunai yang sangat lumayan. Diuji dengan mesin poligraf terlebih dahulu, ketidakjujuran akan menyebabkan seseorang itu berputih mata, pulang dengan tangan kosong!

Setiap peserta boleh mengundang sapa-sapa je yang rapat dengan dorang tak kira suami / isteri, mak pak, kawan-kawan, sapa-sapa je la yang dorang suka...sebagai saksi "penelanjangan dari sebuah kejujuran". Apa taknya, soalan yang ditanya boleh dikategorikan sebagai "soalan maut"...peluh jangan cakap laaa...

Mana tak "maut" bila si isteri ditanya...pernah tak ada perasaan ingin berdamping dengan majikan lelaki:(ni kira ayat aku dah edit ni) kalau jawap "NO", mesin kata "TRUE", kira selamat la kan...kalau mesin tu kata "FALSE" tak ke naya...suami tertonggok kat depan tu hah! Tapi duit punya pasal tu yang dorang sanggup join tu!

Soalan berkaitan dengan kerja sehinggalah kepada hal-hal peribadi...kalau kat Malaysia boleh ditanya cam gini kot: "Pernahkan anda mencuri?" (soalan ni pun aku edit supaya tak laser sangat). Satu Malaysia lak tengah tengok time tu Kak Temah oiii!!!

Jauh lak menyimpangnya, yang aku nak cerita pasal ni hah. Apa korang buat bila "menatang "ni hinggap kat anggota badan korang?

Biasanya tepuk sampai mati kan? Kalau kuat sikit memang terus mati pastu kena lumat le...kalau masih ada "nyawa-nyawa ikan" walaupun "menatang" ni bukan ikan, pernah tak korang ambil, tengok dekat-dekat, pastu korang cabut kepak dia, cabut kaki dia satu persatu sampai dah tak berkaki dah, last sekali picit sampai lumat? The truth is...

DUN: YESSSSSSSSSSS!!! Your answer is.....(dag dig dug).... "TRUE!!!" Ini cerita "dolu-dolu" dan jangan lupa sertai kempen "Ten Minutes A Week, Take The Mosquito Away".

5 comments:

julietchun said...

skang ni denggi dan chikugunya ada lagi kan, bhy, kena bersihkan kawasan umah selalu kalo taknak dok hospital.

sonata anak kancil said...

kempen tu nak buat macamana?senang cerita, kawasan rumah kena sentiasa bersih...

azlanlin said...

Jujur:
Sukar kita tentukan kerana ianya adalah suatu yang konstrak. Biasanya, kita mampu menilai kejujuran pada tingkahlaku seseorang sahaja. Terfikirkah kita bahawa seseorang hanya mempamerkan tingkahlaku di hadapan kita sekadar memenuhi tuntutan yang hendak kita tengok sahaja. Adakah sekadar perlakuan yang kita lihat dan dipamerkan itu wajar dikatakan jujur?

Tak berani membuat penilaian perihal ini... Siapa saya untuk menilai kejujuran seseorang. Hehehhe...mcm ilmiah bebenor ek? Hehehhe..

Nyamuk:
"Menatang" yang sering menjadi mangsa lenyekan manusia. Walhal, nyamuk adalah menatang yang paling jujur. Maklumlah, menatang ni nak menghisap darah pun meminta kebenran daripada mangsanya. Pernah kita dengar dengungannya di tepi telinga? Hehehhehe

~PakKaramu~ said...

Salam kunjung dari Pak karamu

DUN Behrang 2020 said...

To julietchun: x de sapa nk dok spital...x tau le kalo tgoda ngan misi atau doktor kt situ...

To sonata: camtu le kempen tu...bersih kwsn rmh, plg kurang seminggu sekali...

To azlanlin: mak aiii bro...pjg lebar tu...terkesima teman sekejap!!!

To pakKaramu: terima kasih...kunjung selalu ye...