Followers

Thursday, March 5, 2009

Marah Sepaku

Alkisah, bingkisan emel dari seorang rakan...



Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" Tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu" jawab bapanya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia dapat mengurangkan kemarahannya. Dia mendapati lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya pada suatu hari, pemuda tersebut tidak lagi marah walau pun sekali. Lalu dia memberitahu bapanya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda itu lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangga.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok dan berkata,
"Kamu telah melakukan dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kamu menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti di atas. Tetapi ingatlah, berapa kali kamu memohon maaf dan menyesal dengan perbuatanmu, lukanya masih ada. Luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal."
DUN: Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda...

10 comments:

GPI said...

mula-mula.. guna paku..
pastu gmbr berikutnya... nmpk mcm jarum je...

Kalu paku, tekan dengan tangan.. ok gak.. ilang marah.. timbul sakit..then insaf la..

* abstrak sgt...

DUN Behrang 2020 said...

To GPI :
Mula2 jumpa gambar paku...pastu jumpa gambar hati kena cucuk jarum lak...jenuh cari tak de yg kena cucuk paku...tu yg tepek je...tp kalo sanggup bagi gmbor hati mike tertusuk paku...ok je...leh pinjam kamera brader lan jap!

julietchun said...

aku tkt nak mrh2, tkt cpt tua,hahahha.

ONE ZABA said...

kerabu pucuk paku jugak yg sedap campur pulak dgn hati masak kicap....fuhhhh!!!

azlanlin said...

Perasaan AMARAH memang kena lempiaskan. Itu memang tabiat kita sebagai manusia yang penuh dengan nafsu dan emosi. Kita bukannya manusia yang perfect.

Cuma berbeza antara sesorang seseorang yang lain cara melempiaskannya. Ada yang etrus bersembur, ada yang menguyah dulu then telah mana isi-isi yang boleh ditelan. Selesai menelan isi, baru dibuang sisa2 yang tak diperlukan. Cara bunag sisia tu yang perlu berhemah.

Kalu aku, biasanya aku akan sebut perkataan sebutir-sebutir dengan penjelasan yang padat tanpa senyum dan gurau senda. Mem Besor dah kenal bebenor peel aku. Itulah tandanya aku marah dan ada yang tak kena..Hehehhe. TQ mem besor...

DUN Behrang 2020 said...

To 1Z"

Fuh kecor yop...kerabu pucuk paku tu + hati masak kicap...kerabu tu pastikan campur kerang dan hati masak kicap taruk skit rempah kurma...sekian ye kak ngah, kak pah, kak bedah suma, ketemu di lain rancangan pada minggu hadapan...dalammmmm...Jalan2 Cari...

sonata anak kancil said...

Ni anak yang baik, nasib baik dia tak baling paku ke muka ayahnya...

cubit sayang kat pipi syakir & malihah yang comel lote tuuuu....

DUN Behrang 2020 said...

To JC:

Jgn takut tua...nk wat camne...tiap tahun bukan makin muda...asal hati tetap muda!

DUN Behrang 2020 said...

To Azlan:

Tgk gaya rambut pun dh leh bayang time sebut perkataan sebutir-sebutir tu...asal jgn bg teman kutip bola ping pong sebutir sebutir dah le...

DUN Behrang 2020 said...

To sonata:

Budak ni kategori panas baran tp menurut perintah...masih boleh wat calon menantu ni...

Cubit sayang tu kalo suruh syakir yg cubit lg laju...tak suruh pun dia dok geram ngan adiknye tu...tu sebab tak berani tinggal dorang 2 beradik...