Followers

Tuesday, March 17, 2009

Daging Haiwan Berenang: Ikan atau Sotong?

Alkisah...

Sudin sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menasihatkan agar dia berhenti merokok . Selain itu harus berhenti makan daging kambing, satu-satunya makanan kesukaan Sudin.

Doktor: "Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang".

Tiga bulan kemudian Doktor mengunjungi ke rumah Sudin untuk melihat perkembangannya. Doktor diberitahu oleh orang gaji bahawa Sudin berada di kolam renang.

Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana Sudin bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor pun bergegas menuju ke kolam renang di mana Sudin berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam renang?


Sudin berada di dalam air melatih kambing berenang!!!



DUN: Janji dapat makan daging kambing...masak kari sodap ni kakngah!

10 comments:

julietchun said...

hahahaha, tu mmg dah gila2 jth cinta ngan daging kambing.

DUN A. RANI said...

To JC:
Gila2 jatuh cinta ngan daging kambing tak pe lagi...kot2 jatuh cinta ngan bangla yg potong daging kambing tu kan ke haru...kat pasar Tg Malim tukang jualnye mamat bangla...nehi nehi!!!

Tp org kata daging kamben ni panas...sesuwei time ujan2 nih!

sonata anak kancil said...

Salah sape? Doktor kena cakap betul2 nama haiwan tu. Si Sudin ni , kepala batu! Lurus bendul pun mungkin jugak...Janji nak makan jugak si kambing hitam...

DUN A. RANI said...

To sonata:

Banyak benda kalo kita nk ckp kena sampaikan dgn jelas...teladan kt cikgu2 yg ngajor...murid2 ni tak suma cergas dan pintar...ramai gak yg cam sudin nih! Lurus bendul + hati batu! Hihihihi...

GPI SKSV said...

saja je nak tanya.. takdeke nama lain.. yg lebih sesuai.. buh nama dari negeri antah berantah ker...

~~~
as you commented:
ramai gak yg cam sudin nih! Lurus bendul + hati batu! Hihihihi...
~~~~

*walaupun sebenarnya pastinya entry anda tiada kaitan dgn yg idop atau yg mati..

DUN A. RANI said...

hahaha..camne ek nama org2 negeri antah berantah tu...apapun nama sudin gak yg sesuweiiii!!!

Rashid said...

hehe.. lawak je sudin tu ek.. gian punya pasal. Jadi sampai gitu sekali. Tapi kritis juga rupanya sudin tu.

ONE ZABA said...

nasib kau la kambing.... bengong tahap kritikal tu

DUN Behrang 2020 said...

To Cgu Rashid:

Kalo gian tahap kritikal cam tu la...kira gian makan daging kambing tu kira boleh maap lg tu!

DUN Behrang 2020 said...

To 1Z:

Sapa yg mengong tahap kritikal tu bro? Kamben tu ke tuan kamben...asal jgn tuan blog ni udah le!