Alahai…! Sakit hati, sakit jiwa rasanya bila kenangkan perkara ini. Tapi bak kata pepatah “nasi sudah menjadi bubur”, jadi telan je la…sebenarnya aku terjebak dalam menjamin orang ni secara tak sengaja??? Ye la…masa tu aku dapat panggilan telefon dari guru besar beritahu nak datang ke rumah sebab kawan dia juga guru besar nak jumpa. Masa tu rasa seronok dan bangga sebab “orang-orang besar” nak datang melawat walaupun masa tu aku tak tahu sebab apa.
Maka pagi tu aku sibuk ke kedai cari mee basah dan keperluan yang sewaktu dengannya al-maklum nak jamu “orang-orang besar” makan mee goreng. Dengan perasaan teruja aku pun keluarkan kemahiran memasak mee goreng yang aku ada. Bertambah bangga apabila tetamu aku pagi itu memuji dan siap tambah lagi.
Setelah sesi menjamu selera selesai, kawan guru besar aku tadi mengeluarkan borang dan meminta aku menjamin anaknya yang hendak melanjutkan pelajaran. Aku dengan rasa serba salah…sebenarnya tak tahu nak kata apa pada masa tu terus turunkan tanda tangan. Masa tu aku rasa lidah terlalu kelu untuk berkata tidak. Lagipun aku percaya kawan guru besar aku tadi yang juga guru besar tentu akan memantau pembayaran balik anaknya dan sekiranya berlaku apa-apa, dia mampu menyelesaikannya.
Masa terus berlalu dan aku terus dihujani surat yang memberitahu bahawa peminjam tidak membuat pembayaran balik sehinggalah pada tahun lepas (2007), ketika sedang beristirehat pada hujung minggu, aku terpandang nama aku terpampang pada akhbar Berita Minggu sebagai penjamin kepada peminjam dan apa yang akan berlaku sekiranya pembayaran tidak dijelaskan dalam tempoh dua minggu.
Rasa marah, kesal, sakit hati silih berganti. Mood hujung minggu terganggu tiba-tiba. Keesokan harinya aku menghubungi guru besar (bekas guru besar sebab dah pencen) lalu menceritakan segala-galanya. Dengan bantuan bekas guru besar itu tadi aku berjaya menghubungi kawannya dan aku nyatakan rasa kesal yang amat sangat. Dia berjanji akan
Dengan rasa geram yang masih menebal aku menghubungi pihak yang mengeluarkan kenyataan pinjaman dan memberikan segala maklumat serta nombor telefon yang berkaitan. Pihak tersebut berjanji akan membantu aku dan secara lisan memaklumkan akan
Kepada pihak yang menyediakan pinjaman, tolong ubah dasar penjamin sekurang-kurangnya tiada lagi “insan tidak berdosa” seperti aku ini teraniaya!!!
0 comments:
Post a Comment