Followers

Monday, June 23, 2008

Sajak #1 : Kesepian Yang Tertinggal

Nukilan ini lahir dari rasa sepi setelah rakan seperjuangan @ rakan skype pergi menyahut panggilan Illahi tanggal 7 April 2008 yang lalu. Mula mengenali arwah menerusi skype (menggunakan ID imran3456) sejurus selepas sama-sama menghadiri Majlis Konvokesyen OUM pada Julai 2007, ketika itu aku meletakkan gambar konvo pada profil dan disapa oleh arwah yang kebetulan juga menghadiri konvokesyen tersebut. Bermula dari situ, arwah mengirimkan beberapa keping gambar yang dirakamkan semasa menerima ijazah dan turut menasihati aku supaya mengambil tindakan segera ke atas permohonan DG41. Sehinggalah pada dua bulan terakhir arwah semakin menyepikan diri malah gambar pada profil skype beliau dibiarkan kosong. Lantaran memahami tugas masing-masing yang sibuk bermusim, aku membiarkan masa berlalu tanpa sebarang khabar berita sehingga dikejutkan dengan berita pemergian beliau buat selama-lamanya. Biar tidak pernah bersua rupa namun kesan tetap ada. Untuk arwah...semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman...Al-Fatihah!

KESEPIAN YANG TERTINGGAL

Semusim yang lalu
Tatkala aku disapa
Bukan dengan tutur bicara
Hanya pada sebaris kata
Melalui teknologi yang bernama Skype ini
Kita berkongsi rasa mesra
Walau tak pernah bersua rupa
Tentang sebuah adicita
Tergulung pada sekeping ijazah
Lambang cinta dan azam yang tak pernah melayah

Tapi hari ini
Sebelum cahaya dikau pergi meninggalkan kami
Dan medan Skype ini tertinggal sepi
Dengan ID yang tidak lagi berpenghuni
Semoga dikau tenang di sana
dan lorong itu akan kami susuli
suatu hari nanti
PASTI!

08042008.

0 comments: