Followers

Monday, October 26, 2009

Sendiri...

Satu lagi minggu yang sibuk....seawal hari Ahad aku telah ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu seminar kerjaya...membelah kesibukan kota yang tak pernah aku fikirkan selama ini...namun atas permintaan rakan-rakan di 'daerah' baru yang kononnya nak berkenalan dengan Che Puteh, maka aku pasrah...kepada Hasri yang pakar dengan teknologi GPS...tenkiu bro!

Hari Khamis...sehari selepas pulang dari Pulau Pinang, menanti pula satu mesyuarat di peringkat negeri...dan pada hari Jumaat satu lagi mesyuarat di peringkat daerah...

Itu secara ringkas kesibukan aku sepanjang minggu sehingga tak sempat jenguk rumah kengkawan apatah lagi nak kemaskini rumah yang semakin bersawang...

Namun dalam kesibukan, aku masih sempat melayan pendengaran melalui stesen 'yang sentiasa menyinari hidup anda'...al-kisah pada suatu petang setelah perasaan dibuai dengan suara merdu Lata Mangehskar, si penyampai radio memberikan satu 'fakta' yang agak menarik tentang penyanyi ini dan aku tertarik untuk kongsikan...

Why did you not marry? I never got time to think about it. I started working at 13 and I had the responsibility of ensuring the livelihood of nine people. It never occurred to me.

Namun kata si penyampai radio, Lata Mangeshkar sebenarnya tak mahu berkahwin kerana takut perkahwinan akan menjejaskan suaranya....

DUN: Ada sesiapa yang besetuju bahawa perkahwinan mampu menjejaskan kualiti suara? Beri alasan anda dengan menulis tidak melebihi 15 patah perkataan...hahahaha!

22 comments:

Na Shari said...

Laaa...baru tau rupanya selama ni Lata Mangeshkar tu anak dara lagi...

Mana pulak deejay tu dapat fakta kalau kawin boleh menjejaskan suara....

Tak setuju dengan pendapat deejay tu...

Nota nakal: Rasanya, lepas kawin, suara KM bertambah manja....

DUN Behrang 2020 said...

To Na:

Tak tau la mana deejay tu dpt fakta...tp itu le yg sempat singgah di pendengaran...

Setuju ngan Na gak...lepas kawin ni pun ramai yg dok puji sore lagi sedap...hahahaha!

Nota nakal: Jgn makan hati weh!

KTS said...

suara zena zen dah tak sedap skrg ni... suara nuar zen, menten sedap..

kesimpulannya : nuar zen masih solo...


hahahaha...
sekian, alasan saya..
tolong kira sendiri patah perkataan tu ya..

hahahaha

DUN Behrang 2020 said...

To KTS:

Betul la...kena lak sekarang ni kak jena makin 'pancit'...

wah..ngam2 15 p.p...terer arrr!

julietchun said...

patutlah lagu tok ti kurang dpt sambutan skang, adakah krn dia telah berkawen dgn dato K? kakakakakaka.

kakngah said...

tibe2 sy xder suara utk memberi komen... hiks!

GPI said...

tapi, selepas kawin.. suara saya makin sedap... cuma mutakhir ni... semput sikit... sbb seluar makin mengecil..
(16 pth kata)

Rashid said...

a'ahh setuju. Suara orang pompuan makin hilang kemerduannya ( dan manja?) bila kawen tapi suara orang laki makin 'macho'.. hehe..

tapi suara amy mastura masih best le w/pun dah kawen. ishhh ini yang musykil ni..

iina said...

sebelum kwin xberani nak bebel2.. dah kwin asyik bebel jek..sebab tuh suara xbest dah..

sonata anak kancil said...

dengar jugak cite ni - tak kawen sebab jaga suara....rugi tak kawen kerana jaga suara kan??? dah kawen, suara dijaga jugak malahan amat berguna ( penting utk bebelan...he3x suara biar sedap! )...jangan bisu udah le!

Unknown said...

malangnyee nasib dia.... siapa laa yg bagi idea tu kat dia.... hahaha

ckLah @xiiinam said...

Err..macam mana perkahwinan boleh menjejaskan suara?
Part yang mana tu? ha..ha..ha..

DUN Behrang 2020 said...

To juliet:

Cam ada gak kebenarannya kan..kan...kan...seb bek ko bukan penyanyi...

DUN Behrang 2020 said...

To kakngah:

Uitttss...tak de sore nk bagi komen? Tu lagi ganazzz tu!

DUN Behrang 2020 said...

To GPI:

Hahahaha...ok le tuh...sore makin sedap...pinggang makin ramping...hebat tak hebat penangan kawin ni kan....anda ni mesti dalam kategori 'rajin'...hehehehe!

DUN Behrang 2020 said...

To cgu rashid:

Yang tu kena try test tengok...alami perbezaannya...hahahahaha!

DUN Behrang 2020 said...

To iina:

Bukan ke kalo selalu bebel lagi best sore tu...latihan 'vokal' dan pernafasan yang cukup...hihii!

DUN Behrang 2020 said...

To sonata:

Rasanya mmg rugi banyakkkkk...tp dah itu prinsip dia...dia takut somi 'curi' sore dia kotttt!

DUN Behrang 2020 said...

To shifu67:

Dia bertindak mesti bdasarkan pengalaman kan...kan...kan...

En shifu je la bg pemahaman kat dia...tgk gambar tu...kan masih jelita!

DUN Behrang 2020 said...

To xiiinam:

Puas dok membayangkan 'part mana' satu persatu...nak tergelak pun ado!

Catwoman said...

Dato Seri DUN....

aku nak bagi komen JAHAT tahap jin aprit nihhhh.

Aku rasa la may be sbb malam2 dok "bersenam lewat malam" dgn sleeping partner dan kene jerit kuat2. Sbb tu suara merdu dan manja p`puan jd "pancit".
(Larikkkkkkkkk....selamatkan diri!!!..)

Huhuhuhhhu....(ampunkan dakuuuu.)
18SX ghupernyer aku niiii.
:)

DUN Behrang 2020 said...

To zyma:

Aku pun terkejut kucen baca komen ko kali ni...hahahahaha! Sib bek aku dah lps 18sx....kesimpulannya menjejaskan sore ppuan je...sore lelaki makin shedapppp!Nape ek? Hahahaha!