Followers

Tuesday, October 27, 2009

Suratan Takdir : Tragedi Titi Gantung Kuala Dipang

Panas dari oven...

Titi gantung yang menghubungkan kawasan perkhemahan dengan sekolah.

Tiang pemegang titi gantung yang tumbang...

Antara orang ramai yang mengunjungi lokasi kejadian...

Sukarelawan yang telah menjumpai mayat mangsa pertama...

TPM turut hadir ke lokasi...

Aku dan rakan sekerja bergegas ke lokasi kejadian dan hasilnya...

Menurut sumber, kejadian berlaku selepas aktiviti ice breaking kira-kira jam 10.30 malam dan murid-murid sedang menyeberangi titi gantung untuk mengambil 'makan tengah malam'...keseronokan 'menghenjut' titi gantung bertukar menjadi tragedi apabila tiang penyokong tumbang dan menyebabkan mereka jatuh ke dalam sungai.

Dilaporkan, ramai yang berjaya diselamatkan sementara 3 orang murid dihanyutkan arus deras...sehingga jam 1.30 petang, satu mayat berjaya ditemui dan operasi mencari 2 mangsa yang hilang masih diteruskan...

DUN: Semoga kita mengambil iktibar daripada apa yang berlaku...

27 comments:

julietchun said...

deras betul nampak air sungai tu. bkn kuala dipang ni dulu penah jadi banjir lumpur ke apa, dah lupa plak.

GPI said...

ringkasnya.. tak puas baca...

DUN Behrang 2020 said...

To juliet:

Menurut penyelamat, masa kejadian air naik sampai ke tebing, lepas kena hanyut...air tu surut perlahan-lahan...

DUN Behrang 2020 said...

To GPI:

Tak leh tulis panjang2...kang nangis lak wartawan2 kat msia ni...nak panjang kalu...kena 'open table' la bro!

ckLah @xiiinam said...

Kami bercakap tentang ini di sekolah tadi...dan sibuk mencari maklumat tentang itu di internet.




Terima kasih kerana laporan ini...


Simpati kepada mangsa....

Rashid said...

Titi sebegitu dilalui oleh pelajar? waktu malam pula tuu.. ishh..

Apapun moga semuanya menjadi iktibar kita bersama. Suratan takdir takde sapa yang bisa mengubahnya..

ONE ZABA said...

mesti cikgu-cikgu dan ppd yang terlibat tengah demam nak jawab soklan tu. harap-harap semua prosedur lengkap dan dipatuhi.

sonata anak kancil said...

takziah kepada keluarga mangsa...bila jadi macam ni - habislah dikorek sampai lubang cacing...jangan ada tak ikut prosedur...ini yang jamin kita.

iina said...

wah bahaya tuh.. ingat saje2 nk main2 dah jadi tragedi

Catwoman said...

Seram aku nengokkkkk.
Minta dijauhi dari segala keburukan dan bencana sebegini. Amin.

DUN Behrang 2020 said...

To xiinam:

Ceritanya panjang dan byk versi kalo tgk di tv atau media...tp bila pergi sendiri baru tahu kebenarannya terutama tajuk mula2 22 murid hilang tu sgt menggerunkan...padahal 3 orang jer...

sesuatu lain yg saya dapat...imej keguruan sedikit tercalar...harap semuanya akan ditangani dgn bijak!

DUN Behrang 2020 said...

To cgu rashid:

Cikgu lebih arif...apapun yg dirancang bertukar menjadi tragedi...satu pengalaman ngeri yg 'mahal' harganya...

DUN Behrang 2020 said...

To One Z:

Mmg tgh demam sakan...semua 'pihak' dok gasak selagi boleh...

DUN Behrang 2020 said...

To sonata:

Harap2 camtu la...tp selagi boleh 'pihak2 berkenaan' nk korek dan cari prosedur mana tak dipatuhi...berat mata memandang...berat lg bahu memikul...

DUN Behrang 2020 said...

To iina:

Mmg bahaya...tapi bebudak tu bukan tahu sgt tahap bahayanya...yang dorang tahu nak seronok...persoalannya...siapa yg patut memantau sblm kejadian...kan...kan...kan...

DUN Behrang 2020 said...

Amin...

Mmg serammmm...kalo dgr cerita daripada bebudak tu camner depa bergayut pada tali titi dlm sungai yg deras dan gelap sblm diselamatkan...lagi ngeriiii! Bertarung antara hidup dan mati!!!

kakngah said...

menurut para engineer ofs sy ni.. melalui pengamatan mereka, dipercayai concrete base titi tu tak menepati piawaian yg spatutnye.

sekian, itu sj laporan sy.

KTS said...

seronok ke henjut titi gantung??

uihhhhhhhhh... berani betul...
lebih baik penakut cam aku...


apa pun.. malang tak berbau...

Zakaria Abdullah Sani said...

Takziah, kepada ibu bapa yang terlibat....
Kepada, fasilitator, jurulatih serta guru yang terlibat, banyakkan bersabar, selaku pendidik kami sentiasa bersama-sama anda.

Chenta said...
This comment has been removed by the author.
Che' Pit said...

waktu yg sama - di kem bina semangat ampang pecah, kuala kubu bharu.. koordinat kem kepimpinan utk belia koperasi.. nasib baik takde buat aktiviti mcm tu.. cuma berakit guna tong kat bekas lombong.. fuhh lega xde apa2...

Chenta said...

takziah buat keluarga yg terbabit .

~speechles~

DUN Behrang 2020 said...

To kakngah:

Mongikut piawaian mato eseh pun cam tu gak ngah...

DUN Behrang 2020 said...

To KTS:

Keseronokan dah bertukar jadi tragedi...tak leh bayangkan dorang bergayut pada tali jambatan dlm sungai yang sejuk dan deras malam2 hari...

DUN Behrang 2020 said...

To ZAS:

Bagi pihak dorang...tenkiu bro! Berat mata memandang berat lagi bahu memikul...!

DUN Behrang 2020 said...

To Che' Pit:

Alhamdulillah la dilindungi drp kejadian sebegini...tak de sapa yg nak kan?

DUN Behrang 2020 said...

To Linda:

Sedikit sebanyak tentu ada rasa bimbang utk lepaskan anak sertai aktiviti sebeginikan...masa kat lokasi saya asyik terkenangkan anak2 je...