Followers

Wednesday, October 15, 2008

Mantera Beradu : Tersurat Dan Tersirat

Masih belum sempurna....

Gerakkan hati hati gerakkan
Pandanglah aku akulah dia

Kulitku tebal kukebal ingatku kebal
Banyak berbual makan angin kembung perut mual

Resah dan tidak senang hidup tak pernah lenang
Ku schizo paranoia takut pecah tembelang


Pecah tembelang peta dah hilang
Bangau dah pulang suara sumbang

Lidahku kaku tak selicik kuku teman baikku buku
Biniku pena tak pernah lena
Aku suka mengintai pantang ditenung
Berakhir pertelingkahan dalaman pasti belum

Ikut gerak hati pena melayang
Dilihat dua layang pandang taklah segarang
Takat meradang tanya abang gedang apa barang?
Badan macam badang main acah belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
Tradisi kekalkan adaptasi harus betul

Tujuh baris keramat tujuh garis penamat
Baik berpada biar jahat asal selamat
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak


Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat semua janji yang terikat lebur di sisiMu

Yo! Ijazah terbaik datangnya dari jalanan
Dari pengalaman bercakar dan bersalaman
Konflik motivasi cuba meditasi
Positif yang benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi
Pekakkan sebelah alang biar keduanya
Muka cantik soalan bodoh yang ditanya
Jadi melodi yang lebih hina dari zina
Lu bikin dosa kubikin prosa
Testosterone testarosa

cita-cita sosa kl kl cosa nostra
Jalan berliku ku harung roller coaster
Gah sentosa tiada penyesalan luas pandangan jauh dah berjalan
Tak sempurna masih ada kejanggalan
Gagal merancang, merancang kegagalan


Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat semua janji yang terikat lebur di sisiMu

Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau


Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
Turun bukit pucat dengar tiga miaw
Kucing bawa tidur rimau bawa ngigau
Masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
Tolak pintu gua tiga kerat tenaga
Kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
Ingat nak berlaga tapi takkan boleh menang
Menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi naga ikan koi renang-renang
Pura-pura salah jawapan untuk naik berang
Panggil lima kawan atau biar pergi laju
Risaukan perkara temeh kita tak akan maju
Muka sama hijau hati siapa tahu
Merah dah menyala pasti mati siapa mahu
Gagap tiga kali bercakap benar saja
Bulan terang ramai yang keluar buat kerja
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
Naik sampai nampak dah terpegun turun
Tiga ular ikut lompat atau paut
Kalau lari mati jika belok maut


Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah rebah rindu yang terkumpul
Semua gerak dan kalimat semua janji yang terikat lebur di sisiMu

Puisi hatimu hatimu puisi
Palu hatiku...palu hatiku

Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
Pandang sini pandang sini ku berbahasa baku
Tatakata nahu himpun jadi satu
Mantera beradu dengan irama dan lagu
Akhirnya sempurna...


Sumber : Lirik lagu Malique ft M. Nasir.

DUN:Bakal Juara Lagu ni.

Tuesday, September 30, 2008

Salam Lebaran


Thursday, September 11, 2008

Allah Maha Mendengar, Maha Penyayang dan Maha Segala-galanya!

Minggu ini aku menghitung hari lantaran tarikh isteriku dijangka melahirkan anak kami kian tiba. Sementelah isteriku memberitahu bahawa doktor pakar menetapkan bahawa hari Sabtu, 13 September 2008 isteriku perlu "dipaksa" bersalin sekiranya tidak bersalin secara normal sehingga ke tarikh itu. Kebimbangan isteriku menjadi-jadi kerana mengetahui bahawa ubat yang digunakan untuk "memaksa" proses bersalin itu boleh menyebabkan kesakitan yang berganda.

Lantas aku sebagai seorang suami hanya mampu menenangkannya dan berdoa kepada Allah agar isteriku bersalin sebelum tarikh tersebut. Alhamdulillah...sekitar jam 10.00 pagi tadi, isteriku selamat melahirkan seorang bayi perempuan setelah mula keluar "tanda-tanda" untuk bersalin ketika bangun untuk sahur. Allah yang menentukan segala-galanya!

DUN: Terima kasih kepada jururawat-jururawat dan petugas-petugas Hospital Slim River. Semoga Allah sentiasa merahmati anda!

Tuesday, September 9, 2008

Salah Siapa?

Jumaat lepas ketika aku dalam perjalanan menunaikan Solat Jumaat, betul-betul di satu persimpangan aku "dikejutkan" dengan tindakan seorang "kakak" yang membelok kereta keluar dari simpang tanpa memberi isyarat sedangkan ketika itu aku berada di jalan utama. Mujur aku sempat memperlahankan kenderaan. Hairannya, pemandu tersebut terus memandu tanpa rasa bersalah atau sekurang-kurangnya memberi isyarat maaf. Lantas teringat aku pada satu tajuk perbincangan berkaitan "pemandu wanita vs pemandu lelaki" yang dikelolakan oleh sebuah stesen radio yang sentiasa panas.


Mungkin "kakak" tadi kecemasan dan oleh kerana tiada apa-apa yang berlaku, aku terus membontoti kereta tersebut untuk meneruskan perjalanan ke masjid. Tiba-tiba aku terpandang satu pelekat yang dilekatkan pada cermin belakang keretanya yang bertulis Perlahan Sikit "Brader"!

Gambar hiasan (dipetik dari juliansi.blogspot.com)

DUN: Siapa yang bersalah? Tetiba je aku teringat lagu Kak Melah...

Thursday, September 4, 2008

ADUN Behrang vs DUN Behrang 2020

Sedikit terlewat ke masjid malam tadi menyebabkan aku terus menunaikan solat Tahiyatul Masjid dengan segera. Tanpa disedari rupa-rupanya aku bersembahyang bersebelahan dengan YB Jamaluddin, ADUN Behrang. Lebih-lebih lagi dengan baju melayu Johornya dan kain pelikat "biasa" yang membuatkan aku "tak perasan".

Sesudah selesai solat tarawih, Pak Imam bertugas yang juga merupakan Pengerusi Badan Khairat Kematian Behrang 2020, membawa aku berjumpa YB untuk menceritakan masalah berkaitan tanah perkuburan di kawasan perumahan kami. Aku adalah Setiausaha Badan Khairat Kematian tersebut, justeru Pak Imam membawa aku, tiada "seekor udang di sebalik mee" pun.

Sebelum pulang, YB sempat menjelaskan "duduk perkara sebenar" isu panas sejak seminggu dua ini. Aku dan Pak Imam mendengar sendiri penjelasan yang dikeluarkan oleh YB.

DUN: Hanya Allah Maha Mengetahui...dan Allah itu Maha Adil!