Followers

Tuesday, December 2, 2008

Membantu Sekadar Mampu

Gambar Hiasan

Hari Sabtu yang lepas aku terima panggilan daripada bro Azlanlin yang ketika itu berada di FELDA Sg. Behrang...mencari rumah sewa katanya sambil "mengintai" keadaan sekolah tempat mem besor dia akan mengajar...ermm...bagus punya suami! Sedikit lewat kerana ketika itu aku baru sahaja pulang dari Sg. Behrang...biasala aktiviti rutin aku setiap minggu...

Oleh kerana aku yakin bro ni takkan diculik atau diapa-apakan, aku bagi peluang kepadanya untuk "berkenalan" sendiri dengan persekitaran FELDA kesayanganku ini. Lewat petang aku terima lagi panggilan yang mengatakan bro Azlan berada di Behrang 2020. Ketika itu aku sedang berurusan di kaunter pembayaran Pasaraya TF : Pasaraya terbesar di daerah Batang Padang ( tak de share k!)

Hanya berpandukan kereta kancil "kaler" hitam seperti yang diberitahu, akhirnya kami berjumpa di persimpangan keluar pasaraya TF. Seperti suara-suara di dalam blog, begitulah orangnya...cekal, tabah, berani dan mesra...baru je kenal, macam dah kenal lama...

Keterbatasan waktu membuatkan aku tak dapat membantu sangat untuk mencari rumah sewa...dan kami sepakat untuk meneruskan pencarian keesokan harinya. Tapi bro Azlan ni memang jenis tak duduk diam...keesokan harinya dia mencari dan mencari di sekitar Tanjong Malim sebelum kami berjanji untuk bertemu...dan akhirnya pencarian yang berhasil...syabas bro!

Walaupun selepas itu kami tak berjumpa dah...hanya bercakap melalui telefon...insya Allah lepas ni leh jumpa lagi...apapun Selamat Datang Ke Tanjong Malim!

DUN: Ada yang tanya camner leh kenal ngan bro Azlan ni...hehehe!

Rakit Batang Pisang

Gambar Hiasan

Masih dalam mood cuti sekolah walaupun aku sebenarnya tak cuti pun sejak tukar "aliran" ni...maka terbayanglah kisah silam zaman kanak-kanak...antaranya bermain rakit batang pisang di sungai berhampiran rumah emak. Seronok sangat!

Bila terpandang anak-anak yang tidak merasai kenangan sebegini, kesian la pulak...tapi nak buat camne...sungai kat rumah emak pun dah hampir kering airnya...pokok pisang hutan tu mungkin banyak lagi...

Apapun aku bercadang nak berpakat dengan abang-abang dan jiran-jiran untuk turun ke sungai tu sambil "mengemaskini" laluan mana yang patut sementara cuti sekolah masih berbaki sebulan lagi ni...bagi dorang rasa pengalaman yang aku rasa suatu ketika dahulu...

DUN: Cewah, macam le aku ni ada banyak masa...hehehe!

Tuesday, November 18, 2008

Ayam Serama : Kegilaan Menggila

Cuti-cuti ni aku nak cerita sikit tentang kegilaan lampau aku pada haiwan perliharaan ni...terutama sewaktu aku masih bujang trang tang tang!


Pertama : Kucing! Kucing ni memang pantang kalau aku jumpa...mesti tergoda punya! Dalam sejarah hidup aku...aku pernah pelihara 14 ekor kucing sekaligus...ada satu kes tu sampai aku sanggup minta dari tokeh kedai papan. Saja tanya...bila dia kata "u mau angkatla..." apalagi.....3 ekor sekali aku sapu...sekarang pun aku masih lagi tergoda tapi aku "kuatkan iman" sebab anak-anak masih kecil dan aku pun bukan ada masa sangat nak layan. Alih-alih awal tahun ni ada lak seekor ibu kucing dok bawak lari 2 ekor anaknya (tak salah kot sebab anak sendiri) kat belakang rumah aku...kesian punya pasal aku bagi je la makan...ye la...kucing baru lepas beranak...tentu perlu banyak makan untuk tenaga...dari 2 ekor je anaknya sekarang dah beranak lagi 5 ekor...hahaha ...tujuh dah tu....sapa nak jawab? Tu belum campur ngan kucing jantan yang bermadu (bapa-bapa anak-anak kucing tu)...fenin daaa!

Gambar hiasan : Perghh...yang idung merah tu..mari sini ko!

Kedua : Ayam Serama. Ayam serama ni memang aku "giler" sangat-sangat! Masa aku bela ayam serama ni dulu...siap beli makanan yang terbaik...bagi makan minyak ikan lagi...aku sendiri pun tak makan minyak ikan. Lepas tu bagi ulat sagu...Ye la...masa bujang kan banyak masa...jadi layan ayam-ayam ni je la...pernah masa ayam serama ni tengah "hot", kebetulan aku berkursus di Kedah (Kelantan dan Kedah terkenal dengan ayam serama ketika itu)...tidur lak kat hostel je...jadi sehari sebelum balik aku sempat "lari" ke kampung berhampiran dan beli sepasang ayam serama...malam tu aku tidur ngan ayam serama dalam hostel daa...kena lak masa tu tumpang kereta member...semua jampi aku baca nak pujuk dia...nasib baik member ni cool...(thank you Pian!) Seminggu lepas kursus...bila jumpa Pian dia kata, "kat perumahan aku ada anjing serama, ko tak nak ke?"

Gambar Hiasan : Masa kecik lagi aku dah bela ayam ni...tapi arwah ayah aku kata ini ayam burung! Bila besar baru tahu ni ayam serama.

Gambar Hiasan : Anjing "serama" seperti yang dikatakan oleh Pian.

Ketiga : Ikan. Ikan ni aku suka gak...macam-macam ikan aku dah bela...ikan kelah, ikan keli, ikan lampam, ikan "flower horn", ikan kelisa, ikan "angel"...dan paling menjadi "pojaan" hatiku adalah ikan laga...Oleh kerana penjagaannya mudah...boleh le aku bela hingga sekarang...cuma baru-baru ni aku didesak oleh abang ngah yang mahukan akuarium...dek kerana keterbatasan waktu, aku beli la akuarium yang comel lote...dan kerana akuarium dah comel...ikannya kena la comel gak...

Gambar Hiasan : Ukur akuarium dengan ikan-ikan! Ikan guppy ni kira sesuai la...

Gambar Hiasan : Sedang mencari ikan laga (betta) putih. Suka yang crown tailed macam ni...half moon pun no problem yang macam di bawah ni...

Bro 0ne z, kat atas sana banyak kot yang macam ni, maklum la...kat sana kan sejuk...
atau yang macam ni...

dikhabarkan yang ni bernilai USD1000!!! Huhu...

Opocot!!!

DUN: Kagum dengan ciptaan Allah!

Thursday, November 13, 2008

Cucu Opah Errah!

Anak aku Si Abang Ngah memanggil opahnya (mak aku le tu) dengan nama Opah Errah...entah le mana dia dapat nama ni...nak kata kami sekeluarga peminat Erra Fazira pun tidak jugak...sejak dari itu...cucu-cucu yang lain pun panggil opah dengan nama yang sama...glamer kata dorang. Tapi bukan cerita abang ngah yang aku nak sampaikan di sini. Ni cerita pasal cucu-cucu yang lain. Ada 27 orang dah cucu opah dan 2 cicit! Aku je telah menyumbangkan seramai 4 orang setakat ini...

Keputusan UPSR dah keluar...jeng jeng jeng! Tahun ni ada 2 orang cucu opah yang ambil UPSR...seorang namanya Izzati tinggal di N9 dan seorang lagi Ella dok kat KL. Sambil menunggu khabar berita, cam biasa aku buat kerja mana yang patut. Lebih kurang jam 11.30, alang (kakak kedua) yang dok kat KL hantar sms seperti ini,

Alhamdulillah, Ella dapat 5 A!

Ye, alhamdulillah...terasa gembira bila baca sms tersebut. Selang beberapa minit, sms dr N9 (abang kedua) lak masuk. SMS yang diterima,

Izati dapat 5 A, alhamdulillah!

Wah, keseronokan berganda! Dua orang cucu opah dapat 5 A sempena UPSR 2008. Tahniah kepada Ella dan Izzati...teruskan usaha mendaki kejayaan...Hadiah cucu-cucu kepada Opah Errah!


Ella dan Izzati...kat tengah tu takkan Opah Errah kot!

DUN: Tumpang gembira tengok mak (opah) gembira!



Tuesday, November 11, 2008

Tahniah Kak Long!

Sabtu memang dinanti-nantikan sebab hari cuti...(kena lak dok kat Cameron macam One Z, fuyoooo best tu!) biasanya time ni cik ayang masak sedap-sedap (sebenarnya lebih banyak drp biasa dan warna warni, tu yang nampak lebih sedap) almaklumlah...punya kesempatan untuk lebih lama di dapur. Tapi Sabtu ni nampaknya aku kena temankan Kak Long untuk menerima hadiah sempena Hari Kecemerlangan kat sekolah agama. So, hari ni beli lauk kat Ocu Ami je la... ikan keli bakar cicah air asam (resepi istimewa)...pergh!!!

Gambar hiasan: Yummy!


Kalau bukan kita siapa lagi yang akan memartabatkan tulisan jawi ni...tak gitu? Ha alif ro ya...sila sambung, siapa cepat dia dapat....hadiah lumayan menanti anda!

Kak Long dapat no 4 tapi tak pe...tahun depan cuba dapatkan tempat yang lebih baik, yakin boleh!!!

Khas untuk Kak Long daripada ayah, ibu, Solihin, Syakir dan Malihah.

DUN: Bangga sebab dapat temankan Kak Long seawal jam 8.00 pagi seperti dalam surat pemberitahuan walaupun majlis sebenar berlangsung jam 9.30 pagi.