Petang semalam sebaik tiba kat rumah setelah seharian di Ipoh, aku diberitahu Cik Ayang jiran baru ada "bagi" kalendar kiriman seseorang. Akhirnya...aku dapat gak pegang dan lihat sendiri kalender "pojaan" ramai ni...
Komen aku: cantik, comel, informatif, islamik, mudah dibawa, mudah ditampal pada ruang sempit, warna warni, pendek kata menepati ciri-ciri sebuah kalendar yang baik malah jauh menandingi kalendar "kuda"...leh bagi 4.5 bintang daripada 5 (nak tahu kenapa teman bagi kurang 0.5, hubungi teman), ikhlas ni sebab tak dapat free pun. Sebab bangga dengan pencapaian kawan-kawan di samping memberi sokongan...teman tempah 7 buah untuk diberi kepada lain-lain PKG dalam daerah.
Tak tahu la kalo dalam sehari dua ni terfikir nak bagi kat kengkawan lain lak...kena order lain la pulak...ada lagi ke?
DUN: Nantikan secebis kisah tatkala aku di Ipoh semalam dalam "Sebuah Pertarungan".
Malam mula merangkak sepi. Sesekali terdengar jeritan cengkerik memecah kesunyian malam. Di selang seli dengan laungan ungka yang bagaikan ternampak sesuatu. Juga tangisan bayi yang terganggu lenanya dek bahang panas malam. Dicelah-celah dedaun rambutan yang ditumpahi warna kelam malam, berselerakan rumah-rumah yang hanya diterangi cahaya pelita. Jelas kelihatan dari celahan dinding bertam dan serdang yang disusun jarang-jarang.
Yok Ben, cucu lelaki aku masih belum pulang. Semasa aku pelawa dia tinggal bersama, kelihatan dia gembira sangat. Aku kasihankan dia. Sebenarnya dia rungsing tinggal di rumah sendiri. Rumah kecil. Adik beradik pula ramai. Tiga belas kesemuanya. Itu belum dikira yang di dalam perut emaknya lagi. Sementelahan pula aku tinggal seorang diri.
Biasanya pada waktu-waktu begini, dia tidak akan berada di rumah. Belum tiba masanya lagi. Semalam, dia ada berkata hendak mengikut anak bujang Terbang ke Kuala Lumpur. Cari kerja. Aku tidak kisah sangat. Tetapi aku sedikit bimbang. Bimbang jika dia kena tipu. Kena ejek. Kena buli! Dedai selalu kata macam itu.
Dedai kata, bangsa kami tidak akan sesuai dengan suasana sebegitu. Lagipun, jika sekadar hendak mencari duit, di sini pun boleh. Pokok petai masih banyak. Pokok rotan dan kayu gaharu juga masih banyak. Kalau hendak seribu daya. Kalau tidak, di mana-mana pun tidak akan ada. Katanya lagi, jika semua anak muda di kampung ini seperti Yok Ben atau macam anak bujang Terbang, siapa lagi yang tinggal untuk meneruskan tradisi ini. Tradisi turun temurun! Betul juga kata Dedai itu.
Aku pun hairan, dalam sekelip mata sahaja Yok Ben sudah petah membicarakan soal perubahan. Begitu kuat benar kesan tusukan jarum yang dimainkan oleh anak bujang Terbang itu nampaknya. Sehinggakan Yok Ben yang tidak pernah ambil tahu tentang dunia luar, kini sudah pandai bercerita tentangnya.
Rintik-rintik hujan mula membasahi bumi. Tiba-tiba ingatanku beralih kepada kejadian yang berlaku siang tadi. Masih jelas terngiang di telingaku pertanyaan yang diajukan oleh Terbang. Kehairanan dan berbaur kesal.
Alkisah dalam cuti persekolahan hujung tahun ni macam-macam peristiwa yang terjadi...yang sibuk menguruskan pertukaran persekolahan anak-anak, mak anak dan diri sendiri macam brader azlan dari Johor ke Tanjong Malim (aku pun terlibat sama tukarkan sekolah anak-anak tapi dari Tanjong Malim ke Sg. Behrang je...), yang bercuti "makan angin" macam sonata anak kancil (naik flight tuuu..!), yang balik kampung macam Cikgu Din, yang sempat shopping kat Tesco macam brader One Z, yang kahwin macam...ermm haa macam mawi + ekin tu dan tak lupa juga yang menerima ahli keluarga baru macam GPI SKSV...tahniah!
Rentetan perbualan aku dengan GPI SKSV di alam siber, beliau mencadangkan aku supaya berkongsi petua bagi bayi yang terkena jaundis di peringkat awal kelahiran. Kebiasaannya apabila bayi terkena jaundis, kalau di kampung siap kena jemur tepi tingkap...menggelejat gak la budak tu bila dah panas...bukannya apa...konsepnya nak suruh budak tu jaga dari tidur kemudian akan menyusu sebab jaundis akan menyebabkan bayi mengantuk. Tapi biasanya tukang tunggu tepi bayi tu yang ngantuk dulu...
Oleh kerana sekarang ni pemanasan global yang melanda bumi...tukang pangku bayi lak yang menggelejat dulu (ni jenis yang kena pangku)...Ada beberapa petua yang telah digunakan berdasarkan pengalaman orang "yang dulu makan garam"...jadi antara kaedah yang boleh diguna ialah:
1. Dipercayai buah kundur yang bersalut gula (halwa kundur? boleh didapati di pasaraya) boleh mengurangkan tahap bacaan bilirubin bayi. Caranya basuh sehingga gula yang disalut tertanggal. Rendam kundur dalam air suam dan beri sedikit kepada bayi.
2. Bagi bayi yang dinasihatkan ke klinik berhampiran oleh JM, dinasihatkan tidak disusukan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum diambil darah dan selepas diambil barulah boleh disusukan seperti biasa. Ini mengelakkan tahap bacaan bilirubin tinggi sehingga bayi diarah masuk wad...sesuatu yang kurang selesa bagi bayi, ibu bayi dan ayah bayi...
Petua ini hanya untuk bayi yang mengalami jaundis normal. Aku dapat pun daripada rakan-rakan dan setelah dipraktikkan, alhamdulillah...!
Balik daripada bercuti sibuk sikit dengan kerja-kerja yang setia menanti...termasuklah dengan borang opsyen cuti tahunan...25 hari ke 30 hari? Dalam pada baling-baling dadu...sempat gak jenguk rumah yang dah mula nak bersawang...tup tup ada sesuatu yang menunggu!
Bingkisan dari Sonata Anak Kancil...terima kasih pucuk jambu...lain kali bagi jambu sekali ye...wah, saujana mata memandang!
Tidak lama kemudian, ayah sendiri yang meninggal. Meninggal semasa mencangkung di atas batu ketika hendak mandi pagi. Emak kata ayah ditekan oleh hantu dari belakang sehingga lemas. Hantu Yok Sot! Berbulan lamanya kami tidak menggunakan sungai itu. Tetapi, sehari sebelum kejadian ayah ada berpesan. Katanya, tidak perlu lagi berpindah-randah sekalipun berlaku kematian selepas ini. Kuburkan sahaja jauh-jauh. Lagipun tanah di sini subur. Sesuai sangat untuk bercucuk tanam. Elok benar untuk penempatan. Kami terpaksa akur. Bukankah kata Batin mesti diikut? Aku akui, kata ayah sememangnya betul. Kawasan di sini memang pun subur. Hasil-hasil tanaman tidak pernah mengecewakan. Penduduk pun semakin ramai. Begitu pesat, subur juga!
Dahulu aku tidak kisah langsung tentang masa depan kampung ini. Ketika itu aku hanya sibuk melayan zaman remajaku. Yok Pis, Yok Aleng dan Yok Nun merupakan teman sepermainanku. Kami selalu bersama-sama. Menjala ikan, melastik burung, mencari petai pun bersama-sama. Sehinggakan aku tidak peduli langsung dengan dunia luar.
Aku cuma ada terdengar orang Melayu di kampung hujung sana kata yang negara sudah merdeka. Negara sudah bebas. Kata mereka lagi, orang putih sudah balik ke negara asal mereka. Itulah yang aku dengar ketika terserempak dengan mereka semasa mencari petai.Orang putih atau orang hitam, itu aku tidak peduli. Kami lebih selesa tinggal di dalam hutan ini. Damai dan tenang. Dunia kami di sini. Dunia aku memang di sini!
Masa begitu pantas berlalu. Seorang demi seorang sahabat aku meninggal dunia. Hanya aku yang tinggal menyaksikan perubahan di kampung ini. Banyak perubahan. Anak-anak buah aku pun sudah pandai berbasikal dan bermotorsikal. Sudah banyak duit agaknya.
Menurut Terbang ini semua sudah menjadi keperluan. Negara sudah maju. Kita semua pun mesti ikut maju. Untuk lebih maju kita semua perlu bergerak pantas. Nanti jauh tertinggal. Encik Hassan, pegawai JHEOA pun kata begitu.
”Untuk maju, adakalanya kita terpaksa berkorban sedikit. Korbankan apa yang kita sayang selama ini.”
Tetapi, Dedai kata lain. Dedai kata, Encik Hassan penipu. Encik Hassan dibayar. Kemudian bayar pula kepada Terbang untuk menipu aku dan orang-orang kampung. Aku tidak sangka bahawa Terbang sanggup khianati aku. Khianati orang-orang kampung dan bangsanya sendiri! Tetapi mengapa tidak? Jika sudah dibayar, jika sudah ada perjanjian, apa sahaja sanggup dibuat. Nasib baik Dedai sedar.
Malam mula merangkak sepi. Sesekali terdengar jeritan cengkerik memecah kesunyian malam. Di selang seli dengan laungan ungka yang bagaikan ternampak sesuatu...