Followers

Monday, February 2, 2009

Tahun Baru Cina : Cuti...

Cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni kat rumah bonda tercinta buat satu kenduri kesyukuran...antara lainnya meraikan anak alang yang akan melanjutkan pelajaran ke Jepun. Antara VIP yang hadir...

En. Azlan sekeluarga

En. Musa sekeluarga

Keesokan harinya, dek tiada apa-apa aktiviti, aku menganjurkan satu pertandingan melukis menggunakan water colour dan tajuknya ialah : Rumah Tepi Sawah.

Para peserta sedang bersiap sedia...


peserta paling muda, Syakir menghayati teknik "water colour"...

Hasanah, juri muda (4 tahun) yang terkenal dengan keputusan yang berani dan kontroversi...

Syuhada memberi laporan hasil seni kepada ketua juri (opah) dengan penuh perasaan...

Amir Farhan


Kak Long dipilih sebagai johan dan mendapat bantahan peserta lain...tetapi KEPUTUSAN juri muda ADALAH MUKTAMAD dengan alasan lukisan Kak Long "warna macam rumah opah"...tu je sebabnye...


DUN: Teringat zaman ngajo lukisan daa...

ADUN Behrang Letak Jawatan : Tempias

Pagi ni hampir kesemua akhbar utama mengulas "kekecohan" yang berlaku di Negeri Perak gara-gara pengumuman rasmi Speaker Dewan Negeri Perak, V. Sivakumar semalam.

Sebaik sahaja berita melaporkan, aku menerima sms dari sahabat-sahabat yang sengaja "gatal tangan" bertanyakan perkara yang berlaku. Macam le aku ada kat situ...Kebetulan ketika berita dilaporkan aku sedang "mendodoikan" Syakir dan selalunya aku yang tertidur dulu...

Jadi kepada sahabat-sahabat yang lain, korang tatap le akhbar-akhbar hari ni atau search kat google ke...dan kalau korang jumpa blog aku ni terlebih dahulu masa korang search tu...tak dapek den nak nolong! Korang buat-buat singgah je la...jangan lupa bagi ole-ole!

Nanti kalau aku terjumpa YB Jamal, leh le aku tanya-tanyakan macam aku "terjumpa" masa kes rasuah tengah panas dulu tu...tapi kena ada Pak Imam la...

DUN: Tempias sikit je...

Monday, January 19, 2009

The Moment Of Truth

Kalau diperhatikan tajuk n3 kali ni sama dengan tajuk satu rancangan "popular" stesen tv berbayar. Rancangan ni disiarkan agak lewat malam...tapi aku pun tak ingat pada hari apa...sebab aku tonton tv bila aku "sempat" tengok je. Agak menarik sebab rancangan ni mencari manusia yang masih jujur "di kalangan mereka" dan sebagai imbuhan akan menerima tunai yang sangat lumayan. Diuji dengan mesin poligraf terlebih dahulu, ketidakjujuran akan menyebabkan seseorang itu berputih mata, pulang dengan tangan kosong!

Setiap peserta boleh mengundang sapa-sapa je yang rapat dengan dorang tak kira suami / isteri, mak pak, kawan-kawan, sapa-sapa je la yang dorang suka...sebagai saksi "penelanjangan dari sebuah kejujuran". Apa taknya, soalan yang ditanya boleh dikategorikan sebagai "soalan maut"...peluh jangan cakap laaa...

Mana tak "maut" bila si isteri ditanya...pernah tak ada perasaan ingin berdamping dengan majikan lelaki:(ni kira ayat aku dah edit ni) kalau jawap "NO", mesin kata "TRUE", kira selamat la kan...kalau mesin tu kata "FALSE" tak ke naya...suami tertonggok kat depan tu hah! Tapi duit punya pasal tu yang dorang sanggup join tu!

Soalan berkaitan dengan kerja sehinggalah kepada hal-hal peribadi...kalau kat Malaysia boleh ditanya cam gini kot: "Pernahkan anda mencuri?" (soalan ni pun aku edit supaya tak laser sangat). Satu Malaysia lak tengah tengok time tu Kak Temah oiii!!!

Jauh lak menyimpangnya, yang aku nak cerita pasal ni hah. Apa korang buat bila "menatang "ni hinggap kat anggota badan korang?

Biasanya tepuk sampai mati kan? Kalau kuat sikit memang terus mati pastu kena lumat le...kalau masih ada "nyawa-nyawa ikan" walaupun "menatang" ni bukan ikan, pernah tak korang ambil, tengok dekat-dekat, pastu korang cabut kepak dia, cabut kaki dia satu persatu sampai dah tak berkaki dah, last sekali picit sampai lumat? The truth is...

DUN: YESSSSSSSSSSS!!! Your answer is.....(dag dig dug).... "TRUE!!!" Ini cerita "dolu-dolu" dan jangan lupa sertai kempen "Ten Minutes A Week, Take The Mosquito Away".

Friday, January 16, 2009

RE: TERJUNAN CINTA



U jump, I'll jump...
I dah jump, why u not jump-jump?


Seawal pagi ( tak ada maknanye kalau dah jam 7.30 pagi) ketika syok pekena roti canai di kedai mamak, pandangan aku tertarik pada gambar muka hadapan sebuah akhbar harian yang dibaca oleh brader meja bertentangan. Gambar bersiri yang menunjukkan aksi lompatan seorang wanita persis Bionic Woman itu dilaporkan sebagai "tergelincir" ketika cubaan membunuh diri akibat tertekan dengan masalah rumahtangga yang dihadapinya.

Bukan aku menidakkan masalah rumahtangga yang kadangkala memang payah untuk ditangani, lebih-lebih lagi kita pembaca yang tidak tahu apa masalah sebenar, tetapi cubaan membunuh diri sebegitu dan yang seangkatan dengannya bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik malah dosa besar bagi umat Islam. Ada kes-kes lain tu belum nikah pun lagi...baru dalam fasa kenal mengenali...nak terjun gak!

Mungkin pelaku beranggapan dengan terjun dari bangunan tinggi segala masalah akan selesai. Selesai ke kalau...

  • Lepas terjun tu cedera parah : kan bomba, polis, ahli keluarga dan orang ramai kena hantar ke hospital, kat tempat kejadian dah tentu "jem" teruk, sampai kat hospital lak terus ke bahagian kecemasan, doktor cemas, juru rawat cemas, ahli keluarga usah kata la...
  • Koma / Tahan di wad : Terpaksa la ahli keluarga tunggu siang malam bergilir-gilir, ahli keluarga yang bekerja kena ambil cuti, emak ayah yang dah tua tak pasal-pasal dok kat wad sekali kalau dah tak ada orang lain yang jaga, ada anak kecil tengok la siapa yang kesian nak tolong jagakan atau suami ada...padan muka suami?
  • Maut : Maut sekali pun, mungkin kat dunia macam dah selesai masalah sebab dah tak ada kat dunia tapi jangan lupa di sana menunggu...
DUN : Moga kita semua selalu di dalam perliharaan dan lindungan Yang Maha Esa.

Tuesday, January 13, 2009

Anak Dan Bola Ajaib

Dah macam tajuk buku cerita kanak-kanak la pulak "n3" aku kali nih...bukannya apa...bila terkena batang hidung sendiri...tersengih je la...


Anak-anak aku (aku cerita pasal anak-anak aku, tak nak la kata anak orang lain cam ni gak) bila time suruh mandi pagi untuk ke sekolah (antara tugas rutin aku uruskan Kak Long dan Abang Ngah : sehala ke sekolah dan tempat kerja) ...alahai...punyalah sayang nak tinggalkan tempat tidur tu...kekadang tu terpaksa dukung sebab kalau tak buat macam tu alamatnya dengan aku sekali lewat ke tempat kerja...sambil tu pujuk-pujuk...sayang, manja, semua keluar...kalau tak jalan gak terpaksa bebel beb, mana tahan! Lambat kang!

Banyak la benda-benda lain yang kadang-kadang memang boleh meningkatkan temperature ni... So setiap kali aku "naik angin", aku teringat zaman "dolu-dolu" (kira macam tengok dalam bola ajaib tu le...ada ke pun?) selalu gak kena marah ngan bonda tercinta...bila fikir semula...sebab ni rupanya kenapa ibu bapa selalu bebel kat anak-anak mereka...tapi masa tu anak-anak cuma tahu tak suka kena bebel sekalipun tahu kenapa mereka kena bebel. Kurang sabar gak aku rupanya, azam tahun baru ni nak tambahkan sabar la...

DUN: Sedang membelek buku "Why Children Don't Listen" tulisan Monika Kiel-Hinrichsen. Baca? Banyak buku ni weh...buku PTK pun tak ngadap lagi nih...!