Followers

Wednesday, September 15, 2010

Satu Hari Di Hari Raya...


Anak lelaki kedua aku Syakir yang kini berusia 3 tahun semakin 'riuh' mulutnya. Dan ketika menyambut 1 Syawal di rumah atuk opah sebelah ibu...berlaku beberapa dialog yang membuatkan aku sehingga kini tersenyum sendirian...

#1.
Aku : Syakir makan apa?

Syakir : Makan ayam masak merah tapi ayam dia warna kuning.

Rendang ayam le tu...memang anak-anak aku sangat menggemari ayam masak merah...


#2.

Aku : Syakir, mana Abang Ngah?

Syakir : Abang Ngah kat dapur. Abang Ngah tak puasa ayah, dia korek hidung!

Ni gara-gara Abang Ngah dan Kak Long sering saling ingat mengingatkan antara satu sama lain sepanjang bulan Ramadan yang lalu.

DUN : Pengalaman adalah guru yang sejati...

Tuesday, September 7, 2010

Biru Mata Hitamku...

Masjid Al-Hidayah, Behrang 2020 yang serba biru tatkala menyambut kedatangan Ramadan tempohari...

Kad hari raya berlatarbelakangkan 'Masjid Biru' (bukan pink ye!') khas untuk semua rakan-rakan blogger...

DUN: Kepada semua rakan-rakan blogger...Maaf Zahir & Batin...

Saturday, August 28, 2010

Umpama Mimpi Dalam Mimpi...

Selasa lepas usai tugas 'wajib' disempurnakan...aku bersiaran secara atas talian sambil mengemaskini blog sekolah - antara 'tugas khas' aku yang kadangkala menjadi bahan gurauan rakan-rakan yang sengaja kononnya tidak berpuas hati dengan kesempatan masa yang aku perolehi...

Dan kebiasaannya ketika itu juga aku turut mengaktifkan sama fb dan ketika itulah aku menerima satu sapaan melalui 'chat box' yang tertera nama Baggio Daharun atau lebih dikenali sebagai Baggio Damasutra...ye betulllll...penyanyi Kumpulan Damasutra tu...


Masih terkejut dengan sapaannya...ada antara rakan-rakan yang membuat spekulasi masing-masing sama ada Baggio punya rencana untuk mempelawa aku berduet dalam album terbarunya atau ???

DUN: Apapun Baggio sempat meninggalkan nombor telefonnya untuk dihubungi...

Saturday, August 7, 2010

Alahai Anak Omak...

Ahad minggu lalu tertunai sudah hajat Bonda untuk membuat Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat sempena kedatangan Ramadhan dan mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Maha Pencipta. Kesempatan itu juga, Bonda dapat berjumpa rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu lantaran faktor usia dan kesihatan yang sedikit menjejaskan pergerakan Bonda untuk aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Juga, pastinya anak-anak Bonda yang sejak awal telah menetapkan bahawa tarikh tersebut merupakan tarikh 'wajib' pulang ke kampung...

Lazimnya, 'kenduri' merupakan majlis yang agak sibuk. Usai majlis utama, tetamu dijemput menikmati makan tengah hari. Dalam kesibukan melayan tetamu, perhatian dialihkan dan anak-anak 'terlepas' daripada pemerhatian aku seketika.

Maka sedikit kecoh apabila Kak Chik @ Malihah hilang dari kumpulan rakan sepermainan. Kalut, risau dan resah silih berganti. Memang aku bimbang sehinggalah akhirnya...

|

|

|

|

|

|

Kak Chik ditemui dicelah-celah tetamu yang hadir sedang menjamu selera...

DUN: Awasi anak anda...!

Saturday, July 3, 2010

Sejujur Mana Kata-Kata...

Jumaat datang lagi dan seperti biasa aku berbaju Melayu...dan sebaik memasuki kelas Tahun 1, aku disapa oleh anak-anak ini yang bicaranya pasti bukan ikut skrip...hahahaha!

"Cikgu kalau hari Jumaat je hensem gilerrr!"

Erk? Hari Jumaat je? Sama ada yang dimaksudkan ialah pakaian berbaju Melayu tu...atau memang setiap pagi Jumaat wajah aku 'berseri-seri'...aku pun tak pasti...yang pasti aku bukan la nak lawan mamat berbaju melayu pink tu...

sekadar gambar hiasan

DUN: Tema baju raya aku sekeluarga pada tahun ini hijau macam model di atas cuma warna hijaunya lebih gelap sedikit...