Followers

Monday, July 27, 2009

Lagu Kita...

Abang Ngah: Ayah tau tak lagu AHMAD DONA?

Aku pandang Cik Ayang, Cik Ayang sekadar angkat bahu.

Aku: Macam mana lagu tu?

Abang Ngah : Macam ni...Ahmad Dona had a farm...e.i.e.i.o...(berlagu sambil berlalu ke ruang tamu.)


DUN: Aku pandang Cik Ayang lagi...Cik Ayang pandang aku...1, 2, 3...Hahahahaha! Tapi tak de la sampai guling-guling k!

Tuesday, July 21, 2009

Menanti Sebuah Jawaban...

Terima kasih la kepada rakan bloggers yang bersusah payah cuba menterjemahkan ayat sms Mat Bangla tu...senarionya begini, Mat Bangla tu minta aku carikan kerja baru untuk dia...kira dah boring kerja tempat lama la ni, kemudian aku pun amik la nombor tepon dia...mana tau ada rezeki dia...kebetulan ketika aku ke pasar, saja 'gatai2' mulut tanya kat Mamak Penjual Daging Kambing kot2 nak cari pekerja...bagai pucuk dicita...Mamak tu memang tengah dok cari...aku pun apalagi...sms le Mat Bangla tu dan dibalasnya...

"Ene hare dabola saya ada hal baco jumpa askale kerja puinea toka"

Aku janji nak bagi hadiah misteri kat pemenang...sayangnya tak ade yg menjawab dengan tepat, sipi2 je...hahahaha nampaknye hadiah misteri tu jadi hak milik kekal aku je la...tapi ada la jawapan yang mencuit hati aku...antaranya...

bangla tercekik tempe ke tu...
-ni komentar daripada One Z

Tau lak ko ni Mat Bangla yg cakap ek...dulu satu skolah ker?

Dan yang paling buat aku guling2 sampai hari ni, jawapan brader aku yg sorang ni...

Gua teka beb....

"Ini hari ada pertandingan bola....MU & M'sia"(lebih kurang le maksud dia..'Ene hare dabola'..)


'ada hal baco jumpa askale'..jika ada hal..esok jumpa (maksudnya kawan hang ni, nak balik cepat nak tengok bola...)

"...puinea toka"...yang ini gua tak khatam lagi.....punai kena kokak ke..apa ke........mintak jauh simpang malaikat 44.....phuh !!
..berapa % betul...dun-zas

-ni lak komentar daripada ZAS

Kira korang nak tahu jawapan sebenarnya kan...tadaaaaaaaa!!!



Ene hare dabola saya ada hal (Ini hari tak boleh saya ada hal)

baco jumpa askale kerja puinea toka (besok jumpa sekali kerja punya taukeh)

DUN: Hahaha...korang jangan salahkan aku...dah nama pun dia tu Mat Bangla!

Saturday, July 18, 2009

Keliru...

SMS yang aku terima petang tadi...

"Ene hare dabola saya ada hal baco jumpa askale kerja puinea toka"


DUN:Hahaha...ada berani mau cuba? Hadiah misteri menanti anda...!

Wednesday, July 15, 2009

Aku Pasti Datang...

Kesempatan yang ada waktu 'kedinginan tengah hari', membawa aku menziarah blog rakan-rakan dan antara yang menarik adalah petikan kata-kata hikmah dalam blog seorang rakan...

'Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua..'

Sebenarnya sudah beberapa kali aku berdepan dengan situasi sebegini...'malas' nak berdepan dengan risiko sebolehnya...dah nama pun risiko kan! Tapi bila terbaca ayat yang kedua tu membuatkan aku 'renung-renung' kembali...lantaran itu juga aku terima 'penghijrahan ke Gopeng' dan untuk satu lagi risiko yang bisa membahagiakan...ayat ini mencadangkan agar diteruskan...

Penginapan di Herritage Hotel, Cameron Highlands

DUN: Petang ni ambil risiko 'serang' tempat kerja One Z!

Thursday, July 9, 2009

Jatuh Cinta Lagi...

Hari ni aku melaporkan diri ke tempat kerja yang baru...siap 'ditemani' bos lama...dan seorang lagi bos dari Selekoh...

Sampai di tempat kerja baru dan menyerahkan 'dokumen' yang berkaitan, aku dan 'ahli rombongan' dijamu makan tengah hari dengan hidangan yang sangat menyelerakan, kebetulan di tempat baru sedang berlangsung satu bengkel yang turut dianjurkan rakan-rakan sedaerah baru ini.

Sambil diperkenalkan (walaupun memang dah kenal), aku dapat rasakan 'kedatangan' aku diterima. Sempat menjenguk bilik yang telah disediakan : siap ada tandas dalam bilik, sofa dan tv! Dan yang paling best, layanan 'geng2' baru ni memang kelasssss!

Terima kasih geng2 Kinta Selatan...korang memang da bomb!



DUN: Tak sempat tengok paip air beso gedabak tu sebab ikut lebuh raya!