Followers

Friday, August 29, 2008

Perpaduan Teras Kejayaan


Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Tuesday, August 26, 2008

Indahnya Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

DUN : Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat Islam.


Wednesday, August 13, 2008

3 Hati 1 Rasa


Pagi hari minggu yang lepas, aku yang dalam perjalanan ke pasar terserempak dengan 2 auntie dan 1 uncle berbangsa Cina terbongkok-bongkok mengutip sesuatu di persimpangan jalan utama Taman Orkid.

Lalu aku memberhentikan kereta dan bertanya kepada mereka apa yang sedang dilakukan. Jawapan yang agak mengejutkan aku terima apabila mereka menunjukkan genggaman masing-masing penuh berisi paku karat berukuran setengah inci.

Ketika itu terbit rasa bangga melihat kesungguhan "3 hati mulia yang mempunyai 1 rasa" dengan payah mengutip satu persatu paku karat tersebut sejak satu jam yang lalu. Seketika kemudian aku berepilog sendiri...andai kata paku-paku itu terjatuh tanpa disedari oleh pembelinya, maafkan dia...tapi sekiranya paku-paku itu sengaja ditabur di situ...,

"Cilaka ini olang oooo!" kata salah seorang auntie yang mengutip paku-paku yang bertaburan.

DUN : Lu fikirlah sendiri...!!!

Friday, August 8, 2008

Oh kome, deroyan dah berbunge!


Oh kome, durian udah luruh...mari kita cepat pergi suluh! Musim deroyan dah tibe weh! Kome idak ke turut sama berpesta deroyan...teman awal-awal lagi dah pekena...mana boleh nengok je. Rugi le...

Teman sebenonye bukan nak cerita sangat pasal deroyan ni...tapi pasal produk yang terhasil daripada deroyan iaitu tempoyak. Tempoyak ni memang salah satu kegemaran teman...buat penyelera ketika makan nasi...tapi tempoyak mentah ni kena yang baru, kalo dah mula masam teman dah tak gemor...yang itu kena buat gulai ke, buat sambal tumis ke...

Apa yang teman nak kongsi ni ialah bagaimana menjaga tempoyak supaya tidak masam...ni tips ni teman dapat daripada makcik yang jual tempoyak tahun lepas. Makcik tu kata, beli tempoyak banyak-banyak (agak-agak cukup stok untuk setahun), lepas tu masukkan ke dalam bekas aiskrim yang dah kosong (semestinya) sampai penuh, bila selesai masukkan bekas tadi ke dalam peti ais (bahagian beku). Bila nak guna tempoyak tu, potong agak-agak cukup untuk waktu itu, dan selebihnya simpan balik ke dalam peti ais. Harus diingatkan, potong tempoyak yang dah keras tu terlebih awal...supaya sempat kembali ke asal...kalo idak kome nengok je le tempoyak keras tu...kalo tak sabo kokak sorang sikit...hehehe!