Followers

Saturday, August 28, 2010

Umpama Mimpi Dalam Mimpi...

Selasa lepas usai tugas 'wajib' disempurnakan...aku bersiaran secara atas talian sambil mengemaskini blog sekolah - antara 'tugas khas' aku yang kadangkala menjadi bahan gurauan rakan-rakan yang sengaja kononnya tidak berpuas hati dengan kesempatan masa yang aku perolehi...

Dan kebiasaannya ketika itu juga aku turut mengaktifkan sama fb dan ketika itulah aku menerima satu sapaan melalui 'chat box' yang tertera nama Baggio Daharun atau lebih dikenali sebagai Baggio Damasutra...ye betulllll...penyanyi Kumpulan Damasutra tu...


Masih terkejut dengan sapaannya...ada antara rakan-rakan yang membuat spekulasi masing-masing sama ada Baggio punya rencana untuk mempelawa aku berduet dalam album terbarunya atau ???

DUN: Apapun Baggio sempat meninggalkan nombor telefonnya untuk dihubungi...

Saturday, August 7, 2010

Alahai Anak Omak...

Ahad minggu lalu tertunai sudah hajat Bonda untuk membuat Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat sempena kedatangan Ramadhan dan mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Maha Pencipta. Kesempatan itu juga, Bonda dapat berjumpa rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu lantaran faktor usia dan kesihatan yang sedikit menjejaskan pergerakan Bonda untuk aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Juga, pastinya anak-anak Bonda yang sejak awal telah menetapkan bahawa tarikh tersebut merupakan tarikh 'wajib' pulang ke kampung...

Lazimnya, 'kenduri' merupakan majlis yang agak sibuk. Usai majlis utama, tetamu dijemput menikmati makan tengah hari. Dalam kesibukan melayan tetamu, perhatian dialihkan dan anak-anak 'terlepas' daripada pemerhatian aku seketika.

Maka sedikit kecoh apabila Kak Chik @ Malihah hilang dari kumpulan rakan sepermainan. Kalut, risau dan resah silih berganti. Memang aku bimbang sehinggalah akhirnya...

|

|

|

|

|

|

Kak Chik ditemui dicelah-celah tetamu yang hadir sedang menjamu selera...

DUN: Awasi anak anda...!