Followers

Tuesday, November 30, 2010

Di Penghujung Rindu...

Esok Disember mula menjengah...bermakna kurang lebih sebulan sahaja lagi persekolahan 2011 akan menghampar laluan ...

Bagi murid-murid yang bercuti pastinya percutian sekolah diisi dengan pelbagai 'acara' dan terselit juga rasa rindu mereka pada sekolah...dan juga pada guru?



Adalah sesuatu yang normal sebenarnya apabila mereka berperasaan sedemikian cuma zaman ini mereka boleh luahkan melalui teknologi sedia ada...dan sebenarnya kita masih boleh mendidik mereka melalui rindu yang tertulis...

DUN: Rindu pada yang sudi...

Sunday, November 21, 2010

Bukan Ku Tak Sudi...

Eid ul Adha kali ini memberi kesempatan sekali lagi untuk aku membawa anak-anak menziarahi pusara ayah yang telah meninggalkan ibu dan kami adik beradik pada 22 Mei 1984.

Dan kini aku menumpang kasih ayah mertua ...walau berjauhan kasih sayang ayah tetap sama...sungguhpun begitu ayah tidak pernah menelefon apatah lagi menghantar sms....namun pagi ini aku 'dikejutkan' dengan kiriman sms daripada seseorang yang mengaku sebagai ayah...
Dikirim menggunakan no. 62852464807##, sms ditulis sebegini:

Ini ayah Tlong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah 012827104# ayah lgi ada msalah kat balai Police. Ta payah call ayah sekejap ayah call.penting

Persoalannya, ayah kandung dah lama tiada...ayah mertua memang tidak pernah menghantar sms sebelum ini lebih-lebih lagi menggunakan ayat-ayat yang agak meragukan...

DUN: Selalu baca amaran pihak polis di mesin pengeluaran wang tentang penipuan sms, malangnya masih ramai yang terpedaya...

Sunday, November 14, 2010

Syurga Di Telapak Kaki Ibu...


Semalam aku terima kiriman sms daripada seorang rakan lama yang juga ibu kepada seorang anak gadis tunggal berusia 13 tahun...

Si ibu menceritakan bahawa si anak yang ditatang penuh kasih sayang dan diberi pendidikan terbaik sehingga berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun lepas mula semakin 'pandai'...pandai 'merencana' kehidupan sendiri dan mula 'pandai' menghabiskan masa di luar bersama rakan-rakan.

Larangan si ibu sudah tidak dipedulikan apatah lagi setelah mendapat 'lesen besar' daripada si ayah. Lebih terluka hati si ibu apabila terbaca catatan si anak dalam diarinya yang semakin tidak selesa dengan 'kongkongan' si ibu dan merasakan si ayah lebih memahami jiwa remajanya...

DUN: Hanya mampu menasihatkan si ibu agar terus wujudkan komunikasi yang berkesan kerana sesal dahulu pendapatan...