Followers

Sunday, November 21, 2010

Bukan Ku Tak Sudi...

Eid ul Adha kali ini memberi kesempatan sekali lagi untuk aku membawa anak-anak menziarahi pusara ayah yang telah meninggalkan ibu dan kami adik beradik pada 22 Mei 1984.

Dan kini aku menumpang kasih ayah mertua ...walau berjauhan kasih sayang ayah tetap sama...sungguhpun begitu ayah tidak pernah menelefon apatah lagi menghantar sms....namun pagi ini aku 'dikejutkan' dengan kiriman sms daripada seseorang yang mengaku sebagai ayah...
Dikirim menggunakan no. 62852464807##, sms ditulis sebegini:

Ini ayah Tlong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah 012827104# ayah lgi ada msalah kat balai Police. Ta payah call ayah sekejap ayah call.penting

Persoalannya, ayah kandung dah lama tiada...ayah mertua memang tidak pernah menghantar sms sebelum ini lebih-lebih lagi menggunakan ayat-ayat yang agak meragukan...

DUN: Selalu baca amaran pihak polis di mesin pengeluaran wang tentang penipuan sms, malangnya masih ramai yang terpedaya...

9 comments:

ckLah@xiiinam said...
This comment has been removed by the author.
ckLah@xiiinam said...

"...ayah lgi ada msalah..."

Macam lenggok bahasa Indon...menurut penelitian ckLah sebagai guru BM.


:D

kakngah said...

gerun pn ada bila bc sms tu. cam gengster ek bunyiknya..


bkn jek penipuan sms, penipuan tru emel pn sama.. makin hari makin bijak mereke menipu.

DUN Behrang 2020 said...

To ckLah:

betul tu...mmg lenggok bahasa seberang...tp penghantar tidak diketahui...dan telah diabaikan...

DUN Behrang 2020 said...

To kakngah:
Mmg setiap hari akan ada mcm2 bentuk penipuan yg dihantar sama ada dlm bentuk sms atau emel...maka kita kena bijak utk mengatasinya...

julietchun said...

RM30 tu, kot ye pun mintaklah sikit dulu,gelojoh sangat.

DUN Behrang 2020 said...

To Juliet:

Tu la...rakus punya orang...minta le tiga hengget dulu ker...walau aku tetap tak sudi nk bagi...

iina said...

Emmm gitu pun ada.. teringat penah dpt panggilan ke telefon rumah kata polis bernama sekian kat balai polis tg malim.. dia suh saya call dia balik no hp ye.. ragu2.. saya call balai polis tg malim.. tanya ada tak pegawai nama sekian.. diorg ckp takde.. dah agak dah.. org nak menipu.. terus saya bagi no hp tuh pada polis di balai.. lepas letak telefon tuh saya duk menggeleng kepala jek.. kot nak menipu pun.. jgnlah ingat kita nie bodoh sgt..

DUN Behrang 2020 said...

To iina:
mmg mcm2 ada...tp hakikatnya mmg ada yg tertipu...tu sbb 'operasi' masih boleh berterusan...