Followers

Tuesday, May 20, 2008

DATUAK NAN KAYO: Waris Yang Tinggal

Datuk Nan Kaya berasal dari Sumatera, Indonesia. Bersama tiga adik beradik yang lain iaitu Hj. Ibrahim, Nanin @ Namin dan Uci Negeran, mereka telah meneroka sebuah kampung yang kini dikenali sebagai Kampung Kelawar di Tanjung Malim.

Hj. Ibrahim dan Nanin@Namin merupakan adik beradik Datuk Nan Kaya seibu sebapa manakala Uci Negeran adalah adik bongsu perempuan satu bapa berlainan ibu. Sebagai anak yang sulung, Datuk Nan Kaya bertanggungjawab menjaga kesemua adik beradik beliau apatah lagi ketika berada diperantauan.

Perkahwinan Datuk Nan Kaya tidak dikurniakan anak. Manakala Hj. Ibrahim mempunyai 3 orang anak dan kini semuanya telah meninggal dunia. Uci Negeran mempunyai seorang anak dan juga kini telah meninggal dunia.

Nanin@Namin mempunyai dua orang anak dan salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia manakala seorang lagi kini merupakan satu-satunya anak saudara Datuk Nan Kaya yang masih hidup. Beliau yang dimaksudkan ialah HAJAH SHAIRAH BT NANIN@NAMIN.

0 comments: