Minggu ini aku menghitung hari lantaran tarikh isteriku dijangka melahirkan anak kami kian tiba. Sementelah isteriku memberitahu bahawa doktor pakar menetapkan bahawa hari Sabtu, 13 September 2008 isteriku perlu "dipaksa" bersalin sekiranya tidak bersalin secara normal sehingga ke tarikh itu. Kebimbangan isteriku menjadi-jadi kerana mengetahui bahawa ubat yang digunakan untuk "memaksa" proses bersalin itu boleh menyebabkan kesakitan yang berganda.
Lantas aku sebagai seorang suami hanya mampu menenangkannya dan berdoa kepada Allah agar isteriku bersalin sebelum tarikh tersebut. Alhamdulillah...sekitar jam 10.00 pagi tadi, isteriku selamat melahirkan seorang bayi perempuan setelah mula keluar "tanda-tanda" untuk bersalin ketika bangun untuk sahur. Allah yang menentukan segala-galanya!
DUN: Terima kasih kepada jururawat-jururawat dan petugas-petugas Hospital Slim River. Semoga Allah sentiasa merahmati anda!

1 comments:
TAHNIAH DUN...dengan kelahiran ANUGERAH itu moga-moga bertambah ceria aidilfitri ini. Agar kita ketemu di tahun hadapan.. Insyaallah!
Post a Comment