Cuti-cuti ni aku nak cerita sikit tentang kegilaan lampau aku pada haiwan perliharaan ni...terutama sewaktu aku masih bujang trang tang tang!
Pertama : Kucing! Kucing ni memang pantang kalau aku jumpa...mesti tergoda punya! Dalam sejarah hidup aku...aku pernah pelihara 14 ekor kucing sekaligus...ada satu kes tu sampai aku sanggup minta dari tokeh kedai papan. Saja tanya...bila dia kata "u mau angkatla..." apalagi.....3 ekor sekali aku sapu...sekarang pun aku masih lagi tergoda tapi aku "kuatkan iman" sebab anak-anak masih kecil dan aku pun bukan ada masa sangat nak layan. Alih-alih awal tahun ni ada lak seekor ibu kucing dok bawak lari 2 ekor anaknya (tak salah kot sebab anak sendiri) kat belakang rumah aku...kesian punya pasal aku bagi je la makan...ye la...kucing baru lepas beranak...tentu perlu banyak makan untuk tenaga...dari 2 ekor je anaknya sekarang dah beranak lagi 5 ekor...hahaha ...tujuh dah tu....sapa nak jawab? Tu belum campur ngan kucing jantan yang bermadu (bapa-bapa anak-anak kucing tu)...fenin daaa!
Gambar hiasan : Perghh...yang idung merah tu..mari sini ko!
Kedua : Ayam Serama. Ayam serama ni memang aku "giler" sangat-sangat! Masa aku bela ayam serama ni dulu...siap beli makanan yang terbaik...bagi makan minyak ikan lagi...aku sendiri pun tak makan minyak ikan. Lepas tu bagi ulat sagu...Ye la...masa bujang kan banyak masa...jadi layan ayam-ayam ni je la...pernah masa ayam serama ni tengah "hot", kebetulan aku berkursus di Kedah (Kelantan dan Kedah terkenal dengan ayam serama ketika itu)...tidur lak kat hostel je...jadi sehari sebelum balik aku sempat "lari" ke kampung berhampiran dan beli sepasang ayam serama...malam tu aku tidur ngan ayam serama dalam hostel daa...kena lak masa tu tumpang kereta member...semua jampi aku baca nak pujuk dia...nasib baik member ni cool...(thank you Pian!) Seminggu lepas kursus...bila jumpa Pian dia kata, "kat perumahan aku ada anjing serama, ko tak nak ke?"
Gambar Hiasan : Masa kecik lagi aku dah bela ayam ni...tapi arwah ayah aku kata ini ayam burung! Bila besar baru tahu ni ayam serama.
Gambar Hiasan : Anjing "serama" seperti yang dikatakan oleh Pian.
Ketiga : Ikan. Ikan ni aku suka gak...macam-macam ikan aku dah bela...ikan kelah, ikan keli, ikan lampam, ikan "flower horn", ikan kelisa, ikan "angel"...dan paling menjadi "pojaan" hatiku adalah ikan laga...Oleh kerana penjagaannya mudah...boleh le aku bela hingga sekarang...cuma baru-baru ni aku didesak oleh abang ngah yang mahukan akuarium...dek kerana keterbatasan waktu, aku beli la akuarium yang comel lote...dan kerana akuarium dah comel...ikannya kena la comel gak...
Gambar Hiasan : Sedang mencari ikan laga (betta) putih. Suka yang crown tailed macam ni...half moon pun no problem yang macam di bawah ni...
Bro 0ne z, kat atas sana banyak kot yang macam ni, maklum la...kat sana kan sejuk...
atau yang macam ni...
dikhabarkan yang ni bernilai USD1000!!! Huhu...
Opocot!!!
Bro 0ne z, kat atas sana banyak kot yang macam ni, maklum la...kat sana kan sejuk...
atau yang macam ni...
dikhabarkan yang ni bernilai USD1000!!! Huhu...
Opocot!!!
DUN: Kagum dengan ciptaan Allah!