Followers

Thursday, November 13, 2008

Cucu Opah Errah!

Anak aku Si Abang Ngah memanggil opahnya (mak aku le tu) dengan nama Opah Errah...entah le mana dia dapat nama ni...nak kata kami sekeluarga peminat Erra Fazira pun tidak jugak...sejak dari itu...cucu-cucu yang lain pun panggil opah dengan nama yang sama...glamer kata dorang. Tapi bukan cerita abang ngah yang aku nak sampaikan di sini. Ni cerita pasal cucu-cucu yang lain. Ada 27 orang dah cucu opah dan 2 cicit! Aku je telah menyumbangkan seramai 4 orang setakat ini...

Keputusan UPSR dah keluar...jeng jeng jeng! Tahun ni ada 2 orang cucu opah yang ambil UPSR...seorang namanya Izzati tinggal di N9 dan seorang lagi Ella dok kat KL. Sambil menunggu khabar berita, cam biasa aku buat kerja mana yang patut. Lebih kurang jam 11.30, alang (kakak kedua) yang dok kat KL hantar sms seperti ini,

Alhamdulillah, Ella dapat 5 A!

Ye, alhamdulillah...terasa gembira bila baca sms tersebut. Selang beberapa minit, sms dr N9 (abang kedua) lak masuk. SMS yang diterima,

Izati dapat 5 A, alhamdulillah!

Wah, keseronokan berganda! Dua orang cucu opah dapat 5 A sempena UPSR 2008. Tahniah kepada Ella dan Izzati...teruskan usaha mendaki kejayaan...Hadiah cucu-cucu kepada Opah Errah!


Ella dan Izzati...kat tengah tu takkan Opah Errah kot!

DUN: Tumpang gembira tengok mak (opah) gembira!



0 comments: