Followers

Monday, May 24, 2010

Aku Yang Kau Panggil Sayang...

Kemeriahan Hari Guru tidak berakhir pada 16 Mei atau 17 Mei sahaja sebaliknya berlarutan seminggu lamanya dan dalam tempoh tersebut aku masih menerima beberapa hadiah dari anak-anak Tahun 1 ini...

Bukan nilai atau harga yang jadi ukuran tetapi rasa dihargai oleh anak-anak ini membuatkan aku lagi terpanggil untuk mendidik semampu yang boleh tetapi bukan bermakna yang tidak menghadiahkan aku apa-apa akan dipinggirkan...bagi aku mereka adalah sama!

Namun, seawal pagi Rabu aku dihadiahkan sesuatu di dalam sebuah kotak yang tidak berbalut. Teruja untuk melihat apa isinya, aku lantas membuka dan...jeng...jeng...jeng...

|

|

|

|

|

|

Seutas tangan berjenama POLO CLUB!

Keterujaan aku bertukar menjadi bimbang...lantas aku belek belakang jam tersebut dan tertera 'Bank $$$$$ - 25 th Anniversary'...alahai anak...

DUN: Aku perlu bersemuka dengan kedua ibu bapa murid ini...

Friday, May 21, 2010

Percayalah...

Pengumuman....pengumuman....

Kepada Pn. Linda, Cik Juliet, Cik KTS, Pn. Catwoman, KakNgah, Cikgu ckLah, iina, Cikgu Sonata dan yang sewaktu dengannya...mohon sediakan 'apa-apa' yang patut...sebab aku tidak bertanggungjawab dengan apa yang bakal berlaku selepas ini...

Diumumkan 'Artis' Solo Terbaik bagi persembahan Hari Guru SKTM 2010 disandang oleh DUN Behrang 2020! Biar betullllll??? Lihatlah duniaaaaaaaaaa....


Dan setelah menonton semula rakaman yang dibuat, aku mengambil keputusan untuk bersara seketika secara serta merta dalam bidang seni ini...kata orang elok 'bersara' ketika nama tengah memuncak, hahahahahaha!

DUN: Aku tak salahkan korang andai tak percaya kerana aku pun sebenarnya masih tidak percaya...

Monday, May 17, 2010

Lagu Jiwa Lagu Cinta...

Bersaksikan murid-murid dan warga sekolah...akhirnya dendamku terlerai sudah...

DUN: Cik Ayang dan anak-anak tak payah jadi juri dah lepas ni...

Sunday, May 16, 2010

Terlalu Istimewa..

Umum mengetahui 16 MEI merupakan hari guru...dan buat sekian lama akhirnya hari ni aku menerima ucapan sms bertalu-talu daripada nombor-nombor yang aku kenali juga nombor-nombor yang aku tak pasti...apapun terima kasih atas ucapan itu...juga kiriman ucapan melalui FB!


Esok, seawal pagi sambutan di peringkat sekolah...bermula dengan aku 'dipilih' sebagai salah seorang pembaca perutusan...diikuti acara sukaneka dan kemuncaknya persembahan guru...

Sebagai Ketua Persembahan Guru, aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pentadbir dan guru-guru kerana telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada aku yang masih 'baru'...walau pada peringkat awal khabarnya ada yang menentang di belakang, hairannya aku mendapat maklum balas yang di luar jangkaan...dan semua cadangan tidak mendapat sebarang bantahan...

Dan kerana aku berjaya 'memaksa' kumpulan-kumpulan guru membuat persembahan, sudah pasti aku 'terpaksa' menjadi lebih over...dan buat pertama kalinya esok aku sanggup membuat persembahan solo di hadapan pentadbir, guru-guru dan murid-murid...dan atas 'permintaan', aku bakal men'sumbang'kan lagu Yank/Yang (Wali Band)...hahahaha...jangan ada yang rakam pastu masuk youtube...

Dan ketika ini juga aku sedang giat berlatih disaksikan oleh Cik Ayang dan anak-anak...

DUN: Kini baru kurasai semula kemanisannya bagai....sila sambung ikut kreativiti kalian...

Sunday, May 9, 2010

Bertakhta Di Hati...

Saban tahun sambutan Hari Ibu diawalkan sehari kerana 8 Mei merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Bonda dan Cik Ayang...sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup aku apabila dua orang insan yang paling aku sayang berkongsi tarikh yang sama...


Kepada Bonda, terima kasih kerana menjadi ibu yang hebat, membesarkan aku dengan penuh lara tanpa suami disisi sejak 25 tahun yang lalu dan kini setiap detik akan aku cuba untuk membahagiakanmu ibu...

Kepada Cik Ayang...inilah luahan dari hati seorang suami...yang tidak pernah berhenti untuk mencintaimu...insan yang telah sudi menerima seadanya aku...aku sangat bersyukur dan berterima kasih kerana dikau menjadi ibu kepada anak-anak kita...

Dan kepada ibu-ibu ini dan ibu-ibu di luar sana, sesungguhnya keikhlasan anda melahirkan anak-anak telah meletakkan anda ke satu martabat yang sangat tinggi dan mulia yang tidak dimiliki oleh lelaki yang bergelar suami...


DUN: Sayangi ibu, sayangi ibu, sayangi ibu!!!

Wednesday, May 5, 2010

Diam Diam Jatuh Cinta...

Diam tak diam sudah sebulan aku bergelar guru semula dan segalanya sangat manis sehingga ke hari ini. Bermula dengan jadual waktu yang sedikit, waktu balik sekolah sebelum jam 1.00, rakan-rakan guru yang menerima aku sebagai 'ahli keluarga' dengan baik, kakak-kakak yang sediakan soalan ujian bulanan serta lembaran kerja (maklum la...aku budak 'baru' belajar) sehinggalah kepada sapaan murid-murid dengan kalimat yang aku rindu dan telah ditinggalkan 6 tahun yang lalu...

Mengajar murid tahun satu (kelas akhir) menuntut satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih santai tetapi berkesan. Setiap pergerakan perlu diawasi dan setiap jiwa perlu dirasa agar proses pembelajaran ada impaknya. Biar sedikit asal berdikit: menyanyi, menari, melompat sangat sinonim dengan kanak-kanak dan itulah yang aku lakukan supaya aku juga adalah mereka...

Biar dimarah, biar ditegur, biar sebesar mana mata, gerun anak-anak ini seketika...bila melintas lalu di kelas, di kantin atau di mana jua...aku disapa, dilaung dan didekati membuatkan azam aku semakin tinggi...betapa tiada dendam di hati bersih anak-anak ini...

p/s: Ada seorang murid lelaki tahun 6, asal jumpa aku je salam cium tangan...padahal aku tak mengajar kelas dia pun...nanti la aku cuba 'siasat' sebab apa...

DUN: Sesungguhnya Ya Allah, aku bahagia dan bersyukur dengan setiap rahmatMu ini...