Followers

Saturday, August 7, 2010

Alahai Anak Omak...

Ahad minggu lalu tertunai sudah hajat Bonda untuk membuat Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat sempena kedatangan Ramadhan dan mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Maha Pencipta. Kesempatan itu juga, Bonda dapat berjumpa rakan-rakan yang sudah lama tidak bertemu lantaran faktor usia dan kesihatan yang sedikit menjejaskan pergerakan Bonda untuk aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Juga, pastinya anak-anak Bonda yang sejak awal telah menetapkan bahawa tarikh tersebut merupakan tarikh 'wajib' pulang ke kampung...

Lazimnya, 'kenduri' merupakan majlis yang agak sibuk. Usai majlis utama, tetamu dijemput menikmati makan tengah hari. Dalam kesibukan melayan tetamu, perhatian dialihkan dan anak-anak 'terlepas' daripada pemerhatian aku seketika.

Maka sedikit kecoh apabila Kak Chik @ Malihah hilang dari kumpulan rakan sepermainan. Kalut, risau dan resah silih berganti. Memang aku bimbang sehinggalah akhirnya...

|

|

|

|

|

|

Kak Chik ditemui dicelah-celah tetamu yang hadir sedang menjamu selera...

DUN: Awasi anak anda...!

12 comments:

ONE ZABA said...

masa salam dengan tetamu yg nak balik tu kang pastikan tak tersalam anak sendiri jugak

DUN Behrang 2020 said...

Hahahaha...cam biasa je bro!

Catwoman said...

Salam Cik DUN.....

Apa khabar? Semoga sihat hendaknya ye d`samping family t`sayang.

Hihihihihi, Kak Chik tumpang makan di celah2 tetamu majlis sbb dia lapar sgt tu.

Comel benor la Kak Chik tu....

:)

DUN Behrang 2020 said...

Salah satu 'hobi' Kak Chik tu ialah makan...bab2 cenggini mmg dia selalu bersedia awal...tp tak sangka lak selamba jer dia duduk kat situ...kena lak opah-opah tu layan dia...

Rashid said...

DUN rasanya ini kes bapa borek anak rintik.. hahaha!! suspen je baca.

iina said...

hehehe.. dia sedap2 jek makan.. mak n ayah dio risau giler

DUN Behrang 2020 said...

Cgu Rashid:

Kemungkinan tu ada kot...mana tumpahnya kuah...hahahahaha...

DUN Behrang 2020 said...

To iina:

Tu la...teman ni mmg pantang kalo anak hilang dari pandangan...mula la seriau!!!

Catwoman said...

Salam 1 Ramadhan, Cik DUN....

Selamat m`jalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Semoga p`olehi k`berkatan dari-Nya di bulan yg mulia ini, Insya Allah.

Jaga diri. Sayangi family.

:)

Semut Api said...

slamat berpuasa..anak dah belajar puasa ke?

DUN Behrang 2020 said...

To Catwoman:

Jaga diri dan sayangi family untuk anda juga...dan selamat menjalani ibadah puasa...

DUN Behrang 2020 said...

To semut api:

Alhamdulillah...abang dan kakak tu sejak umur 5 tahun lg dh puasa penuh...yg tinggal sekarang tu baru sibuk nk puasa (baru 3 tahun) tp ngap tetap ngap...hahahahaha...