Followers

Friday, January 16, 2009

RE: TERJUNAN CINTA



U jump, I'll jump...
I dah jump, why u not jump-jump?


Seawal pagi ( tak ada maknanye kalau dah jam 7.30 pagi) ketika syok pekena roti canai di kedai mamak, pandangan aku tertarik pada gambar muka hadapan sebuah akhbar harian yang dibaca oleh brader meja bertentangan. Gambar bersiri yang menunjukkan aksi lompatan seorang wanita persis Bionic Woman itu dilaporkan sebagai "tergelincir" ketika cubaan membunuh diri akibat tertekan dengan masalah rumahtangga yang dihadapinya.

Bukan aku menidakkan masalah rumahtangga yang kadangkala memang payah untuk ditangani, lebih-lebih lagi kita pembaca yang tidak tahu apa masalah sebenar, tetapi cubaan membunuh diri sebegitu dan yang seangkatan dengannya bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik malah dosa besar bagi umat Islam. Ada kes-kes lain tu belum nikah pun lagi...baru dalam fasa kenal mengenali...nak terjun gak!

Mungkin pelaku beranggapan dengan terjun dari bangunan tinggi segala masalah akan selesai. Selesai ke kalau...

  • Lepas terjun tu cedera parah : kan bomba, polis, ahli keluarga dan orang ramai kena hantar ke hospital, kat tempat kejadian dah tentu "jem" teruk, sampai kat hospital lak terus ke bahagian kecemasan, doktor cemas, juru rawat cemas, ahli keluarga usah kata la...
  • Koma / Tahan di wad : Terpaksa la ahli keluarga tunggu siang malam bergilir-gilir, ahli keluarga yang bekerja kena ambil cuti, emak ayah yang dah tua tak pasal-pasal dok kat wad sekali kalau dah tak ada orang lain yang jaga, ada anak kecil tengok la siapa yang kesian nak tolong jagakan atau suami ada...padan muka suami?
  • Maut : Maut sekali pun, mungkin kat dunia macam dah selesai masalah sebab dah tak ada kat dunia tapi jangan lupa di sana menunggu...
DUN : Moga kita semua selalu di dalam perliharaan dan lindungan Yang Maha Esa.

4 comments:

julietchun said...

Amaran : Aksi ini hanya boleh dilakukan oleh ahli sukan lasak sahaja ;D

GPI said...

Kalo ye pun..
Letak le gambor hiasan yg tidak menjolok skrin tu... hemm.... emmm...

sonata anak kancil said...

Terjun biar terus maut...kalau tak memang la 'menyusahkan' semua orang.

Bab hari kemudian tu, hah tanggung le sendiri...sape suruh terjun???

Sebab tu, sebagai manusia ni kita dianugerahkan akal...Fikir-fikir-fikir...

DUN Behrang 2020 said...

Alamak GPI SKSV...sowii ek!...Teguran anda diterima hehehehe!!!Lupa lak, biasala... Melayu mudah lupa???