Followers

Wednesday, May 27, 2009

Madu Dan Racun...

Aku tertarik dengan laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang bertajuk : 'Suami Curang, Isteri Enggan Bermadu Punca Cerai'...

Persoalannya:

Mengapa suami harus curang sedangkan sebelum kahwin, isteri adalah segala-galanya...lautan api sanggup direnangi dan macam-macam lagi kesanggupan yang Superman dan Super Hero yang seangkatan dengannya pun berfikir dua tiga kali sebelum melakukannya...

Mengapa isteri enggan bermadu sedangkan suami hanya 'pinjaman' di dunia ini..biasala kan barang-barang pinjam ni memang selalu dikongsi...bukan luak pun!

Mengapa mesti cerai sedangkan tidur sorang2 ni bukannya best pun!

DUN: Madu di tangan kananmu...racun di tangan kirimu....

Thursday, May 21, 2009

Aku Lebih Tahu...

Musim periksa...Kak Long sibuk 'baca' buku selepas beberapa kali ditegur, Abang Ngah lak sibuk 'buat' kerja sekolah, juga selepas kena 'syarah'...Abang Lang mundar mandir, kejap kacau Kak Long, kejap usik Abang Ngah...tak boleh jadi ni...

Aku : Abang Lang mari sini...kita baca buku!

Kelihatan Abang Lang sangat gembira lantas duduk diribaanku.

Aku : a + yam = ayam!

Abang Lang : a + yam = ayam!

Masa terus berlalu...

Abang Lang: Babenjoji!

Aku: Mana babenjoji?

Abang Lang : Ni!

Aku: Hahahaha!

Babenjoji?

DUN: Seronok belajar bahasa budak-budak nih!

Monday, May 18, 2009

Panggilan Pulau...

Lokasi : Pulau Pangkor

Antara imej yang berjaya dirakamkan menggunakan Canon 400 D...


Satu petang, aku dan rakan-rakan berkesempatan bersnorkeling untuk melepaskan lelah...

Ikan-ikan yang tersangatlah mesra...bukan sekadar roti ditangan yang digigit...bulu-bulu kaki pun digigit gak...(credit to 5sal13.blogspot.com)

Spesis lintah laut yang digelar 'K*#e Mamak' oleh orang tempatan...sampai hati bagi nama cenggitu. Memula ingat gamat...punyalah teruja!(credit to 5sal13.blogspot.com)

Friday, May 15, 2009

Racau Sang Guru...

Umum mengetahui bahawa 16 Mei merupakan Hari Guru...dan tugas guru pada masa kini tersangatlah mencabar. Guru bukan sahaja mengajar malah mendidik manusia menjadi insan yang berguna...setinggi mana pangkat dan darjat seseorang itu...sejarahnya bermula daripada didikan seorang guru biasa, hayati bait-bait ini...


GURU OH GURU

USMAN AWANG

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki,

Berguru kepalang ajar,

Ibarat bunga kembang tak jadi.

(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada Negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Dun: Guru BM pernah berjanji akan memberikan hadiah istimewa kepada sesiapa yang skor A dalam BM (SPM) dan aku berjaya menyahut cabaran beliau...cumanya aku tak tuntut sebab 'kasih sayang dan pengorbanan' beliau merupakan hadiah yang tidak ternilai...terima kasih kepada semua guru yang pernah mendidik aku! Kepada anda yang pernah dan sedang menjadi guru...Selamat Hari Guru!

Tuesday, May 12, 2009

Terlalu Istimewa...

8 Mei merupakan tarikh yang terlalu istimewa kerana dua insan yang aku sayang berkongsi tarikh ulang tahun kelahiran iaitu Cik Ayang dan Bonda. Oleh kerana tarikh itu juga hampir dengan sambutan Hari Ibu, maka aku memilih untuk menggabungkan kedua-dua sambutan tersebut dalam satu majlis yang sederhana tetapi penuh makna.

Setiap orang ada cara yang tersendiri sama ada 'menggantung periuk' pada hari tersebut atau pelbagai aktiviti lain. Aku memilih untuk memasak sendiri mee goreng dan pastinya tiada unsur-unsur 'rasa chicken chop' dalam masakan aku ini. Dan hasilnya, tadaaaaa....!

Licin woooo...!

Kek yang aku pilih membuatkan 'tetamu cilik' tak sabar menunggu...

Sesi meyuap kek kepada para ibu...kesimpulannya, yang menyuap lebih ternganga...

Aqim ditugaskan menyuap Opah...

Cik Ayang pun nak kena suap gak...'birthday girl' a.k.a Hari Ibu la katakan!

Opah bergambar bersama sebahagian daripada cucu-cucunya...

DUN: Kepada insan-insan yang bergelar ibu, anda memang manusia yang hebat...kepada bonda, terima kasih kerana telah melahirkan aku dan kepada Cik Ayang, terima kasih kerana menjadi isteriku dan ibu kepada anak-anakku...

Thursday, May 7, 2009

Akhirnya...

Majlis Pelancaran 15 Buah Sekolah Bestari Luar Bandar

Tarikh: 5 MEI 2009

Tempat: SMK (F) Besout, 35600 Sungkai, Perak

Pelancaran Oleh :
Y.BHG. DATO' HJ. ALIMUDDIN B. HJ. MOHD DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Antara hadirin yang hadir...

Y. Bhg. Dato' ketika melawat tapak pameran yang berkonsepkan "Latihan Dalam Perkhidmatan(LaDaP)."

Antara 'stesen LaDaP' yang terdapat di tapak pameran PKG Daerah Batang Padang :
Contoh Blog Panatia.

Antara cenderamata yang diperolehi:
Pen Bestari, pensel warna Bestari, paling suka thumbdrive GITN, pen GITN dan Buku Catatan GITN...siap dalam kotak cantik tu...(satu beg mengandungi buku catatan, pen dan air mineral tajaan MdEC hilang tanpa dapat dikesan)

DUN: Khabarnya bilik PC yang disediakan untuk wartawan media cetak dan elektronik sepi ...sesat jalan kot!