Saban tahun sambutan Hari Ibu diawalkan sehari kerana 8 Mei merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Bonda dan Cik Ayang...sesuatu yang cukup istimewa dalam hidup aku apabila dua orang insan yang paling aku sayang berkongsi tarikh yang sama...
Kepada Bonda, terima kasih kerana menjadi ibu yang hebat, membesarkan aku dengan penuh lara tanpa suami disisi sejak 25 tahun yang lalu dan kini setiap detik akan aku cuba untuk membahagiakanmu ibu...
Kepada Cik Ayang...inilah luahan dari hati seorang suami...yang tidak pernah berhenti untuk mencintaimu...insan yang telah sudi menerima seadanya aku...aku sangat bersyukur dan berterima kasih kerana dikau menjadi ibu kepada anak-anak kita...
Dan kepada ibu-ibu ini dan ibu-ibu di luar sana, sesungguhnya keikhlasan anda melahirkan anak-anak telah meletakkan anda ke satu martabat yang sangat tinggi dan mulia yang tidak dimiliki oleh lelaki yang bergelar suami...
DUN: Sayangi ibu, sayangi ibu, sayangi ibu!!!
14 comments:
Wahh..bersemangat ketika melaungkan Sayangi Ibu ! . Bergema satu seantero dunia.
Selamat Ulang tahun Cik Ayang and Bonda .
Hati Cik Ayang dan bonda berbunga2 nih :P
alahai.... untungnya cik ayang
.
.
sejuk perut bonda mengandung.. :D
Happy birthday buat Bonda dan Cik Ayang DUN!
Salam Cik DUN....
Selamat Hari Ibu buat Cik Ayang, ibu kandung Cik DUN dan ibu mertua Cik DUN ye.....
Semoga mereka ini sihat, sejahtera, tenang dan di bawah lindungan ALLAH....Amin.
:)
To Linda:
Sentiasa bersemangat...terima kasih bagi pihak Bona dan Cik Ayang...
To Juliet:
Hihihi...dalam hati ada taman...
To KTS:
Pasangan awak nanti pun beruntung gak...sapa la yang bertuah tu ye?
To Bapak:
Selamat Hari Ibu untuk isteri bapak gak...pasni Hari Bapa pula...
To Catwoman:
Selamat juga kepada catwoman dan ibu2 semua...semoga Hari Ibu ini terus mekar setiap hari tanpa layu...
ermm. luahan hati seorang suami penuh keikhlasan. Tentu sayu wf bila dengar ..
To Cgu Rashid:
Hihihihi...kalau kita cintakan kedamaian...kita kena ikhlas selalu...tak gitu?
Slamat hari guru juga bro..
Jasamu di kenang....
To semutzapi:
Toce...toce...uiksss...JASAKU dikenang?
Post a Comment