Alkisah, bingkisan emel dari seorang rakan...
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" Tanya pemuda tersebut."Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu" jawab bapanya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia dapat mengurangkan kemarahannya. Dia mendapati lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya pada suatu hari, pemuda tersebut tidak lagi marah walau pun sekali. Lalu dia memberitahu bapanya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang dia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda itu lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangga.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok dan berkata,
"Kamu telah melakukan dengan baik anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kamu menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti di atas. Tetapi ingatlah, berapa kali kamu memohon maaf dan menyesal dengan perbuatanmu, lukanya masih ada. Luka di hati adalah lebih pedih daripada luka fizikal."
DUN: Maafkan aku sekiranya aku pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda...