Followers

Friday, May 15, 2009

Racau Sang Guru...

Umum mengetahui bahawa 16 Mei merupakan Hari Guru...dan tugas guru pada masa kini tersangatlah mencabar. Guru bukan sahaja mengajar malah mendidik manusia menjadi insan yang berguna...setinggi mana pangkat dan darjat seseorang itu...sejarahnya bermula daripada didikan seorang guru biasa, hayati bait-bait ini...


GURU OH GURU

USMAN AWANG

Berburu ke padang datar,

Dapat rusa belang kaki,

Berguru kepalang ajar,

Ibarat bunga kembang tak jadi.

(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada Negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Dun: Guru BM pernah berjanji akan memberikan hadiah istimewa kepada sesiapa yang skor A dalam BM (SPM) dan aku berjaya menyahut cabaran beliau...cumanya aku tak tuntut sebab 'kasih sayang dan pengorbanan' beliau merupakan hadiah yang tidak ternilai...terima kasih kepada semua guru yang pernah mendidik aku! Kepada anda yang pernah dan sedang menjadi guru...Selamat Hari Guru!

12 comments:

julietchun said...

cikgu aku penah gak janji camtu dan aku tuntut hadiah tu,kekekeke. tapi pastu aku bagi balik, sedih bila ingatkan zaman skolah,huhuhu, maklum ler aku ni budak nakal.

ONE ZABA said...

bila pulak nak ucap "selamat Hari PTP PKG" ..uuhuuuu!!!!

DUN Behrang 2020 said...

To julietchun:

zaman dh lps skolah pun aku tgk ko ni nakal gak...ni mesti ada cgu yg ko n da gang kutuk kaw2 nih...

DUN Behrang 2020 said...

To one Z:

Bila ek...bila dengo cikgu2 nyanyi lagu Hari Guru kat perhimpunan...seronok je...pastu yg kita ni nyanyi la sorang2 dlm bilik...uwaaaaaaaaa!!!

GPI said...

Hahahahahahaha..

Ketawakan diaa....

Hahahahahaa....

(Selamat Hari Guru Bro. Dun!)

CIKGUSIR said...

Ku Tanyakan Pada Sang Guru

Wahai guru ku, ceritalah apa asal mu...
Hai anak...
Aku juga insan seperti mu dulu
Mentah tiada haluan namun terima bimbingan
Oleh Sang Guru seperti ku
Pelbagai nasihat sebagai iringan
(bersambung di cikgusir.blogspot.com)

SELAMAT HARI GURU

sepohonkayu said...

selamat hari guru to me!

***

DUN Behrang 2020 said...

To GPI:

Oooo gelakkan ye...'Aiman x kisah: Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji....'Uwaaaaaaaaaaaaa!!!

DUN Behrang 2020 said...

To CguSir:

Berminat nak ikuti sambungannya...kita jumpa di sana...di sana...di sanaaaaa!

DUN Behrang 2020 said...

To sepohonkayu:

Slmt Hari Guru To U, May Allah Bless U always!

Anonymous said...

Aku pulak dulu, asal hari guru menangis minta duit ngan Omak nak belikan adiah cikgu. Tapi, tak penah dapat. Mak aku cakap, kalo ada duit beli lauk pun dah cukup baik..Aku harap sangat cikgu2 maafkan aku...

DUN Behrang 2020 said...

To Arryani:

Tak pe...ingatan ko tu dah kira hadiah paling tulus...tak caya ko g tanya mana2 cgu2...mak ko bukan sengaja tak bagi...ko dimaafkan bg pihak guru2!