Followers

Thursday, June 25, 2009

Madah Berhelah...

Musim durian datang lagi lalu menyingkap cerita seorang rakan...


Pilih-pilih, murah-murah!

Selonggok ni berapa?

RM 15.00, ini isi tebal!

Tak boleh kurang ke?

Boleh, kena kurangkan buahnya sekali!

DUN: Sabo je la ye...!

Akan Ku Tunggu...

Semalam ketika sesi makan-makan, aku 'diberitakan' oleh pihak yang bertanggungjawab bahawa masalah kekurangan sekolah rendah di kawasan Tanjong Malim akan berterusan sekurang-kurangnya bagi tempoh 5 bulan lagi gara-gara kelembapan pihak kontraktor melunaskan kerja-kerja pembinaan sekolah di Proton City mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sebaliknya, pihak kontraktor bumiputera yang membina sekolah menengah di Bandar Behrang 2020 disebut-sebut sebagai kontraktor yang sangat cemerlang kerana perkembangan yang 'tersangatlah laju'. Kepada para guru yang berhajat untuk menabur bakti bolehlah 'intai-intai' pejabat PPD, tanya-tanya khabar...

Rangka bangunan sekolah menengah di Bandar Behrang 2020 yang mula megah berdiri...

DUN: Siapa kata Melayu tak boleh?

Sunday, June 21, 2009

Kenangan Terindah...

Hari ini mungkin ramai bloggers yang bergelar bapa dilayan dengan istimewa sekali...mungkin juga pelbagai 'kezutan' yang layak disimpan sebagai kenangan terindah sepanjang hayat...apapun memperingati jasa dan pengorbanan seorang ayah bukan hanya pada hari-hari tertentu cuma pada hari ini ianya diraikan di merata tempat...

Bagi aku, ungkapan 'Selamat Hari Bapa' tidak dapat dilafazkan kerana ayah telah meninggalkan kami kira-kira 25 tahun yang lalu...biarpun begitu segala gelak tawa dan kasih sayangnya masih terasa hingga kini...

Dan kini, seawal pagi aku sendiri telah menerima ucapan keramat itu daripada Kak Long yang semakin mengerti dunia realiti dan terima kasih juga kepada Guru Pendidikan Seni Kak Long (Pn. Rozita a.k.a Mem Besor Azlanlin) yang telah 'mengajar' Kak Long membuat kad ucapan yang sangat bermakna buat aku...

DUN: Semoga kita semua menjadi bapa yang berjaya memikul amanah Allah dengan sempurna mungkin...

Friday, June 12, 2009

Biso Bonar...

Menarik dalam akhbar hari ini : 'Longgar Syarat Ambil Guru Lelaki'...ni semua gara-gara nisbah guru lelaki 20 berbanding 80 guru wanita...


Antara cadangan:
  • Longgar syarat kelayakan
  • Memperkenalkan insentif tertentu
Antara keperluan guru lelaki:
  • Penempatan di lokasi terpencil atau pedalaman
DUN: Agak-agak korang la...mengapa hal ini berlaku dan ok ke cadangan tu?

Wednesday, June 10, 2009

Berdua Lebih Baik...

Lama tak bukak 'pintu rumah', almaklum la cuti-cuti sekolah ni...

Bercerita pasal cuti sekolah ni...antara 'aktiviti wajib' adalah memenuhi undangan majlis perkahwinan la kan...aku pun sebelum 'berangkat' ke kampung cik ayang, sempat gak makan 3 kenduri dan hujung minggu ni ada 3 lagi yang menunggu...

Dan pastinya yang paling melakar sejarah ialah undangan ke majlis perkahwinan pada malam 30 Mei 2009. Perkahwinan anak perempuan Yok Terbang a/l Yok Rois dengan seorang guru sekolah di kampung berkenaan. Menariknya, kedua-dua mempelai ini adalah keturunan orang Asli yang telah medapat hidayah dengan memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Mengambil konsep perkahwinan orang Melayu, rombongan pengantin lelaki segak berkeris tanjak diarak dalam kegelapan malam dan disambut oleh pengantin perempuan sebelum duduk di pelamin yang dihias indah. Acara kemuncak ialah memotong kek 3 tingkat sebelum 'makan beradap' dan aku sempat 'menepung tawar' atas permintaan bapa pengantin perempuan...


DUN: Apa beza bersanding siang dengan bersanding malam?